MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday 17 November 2009

" Blog Follower yang KE ENAM datang menjenguk ku.."

En Ahmad dan Pn Siti from Brunei..
Sempat dinner bersama....alhamdulila
Minum Petang bersama juga...
Bismillah..salam from Makkah...semalam aku menerima lagi satu kunjungan dari Blog Follwe PDKM silent reader yakni En Ahmad and Puan Siti from Brunei Darulsalam....jutaan terima kasih kerana sudi melawat ku serta bersusah payah membawa bungkusan makanan yakni kueh raya makmur serta serunding daging..alhamdulilah..syukran..waslam




64 comments:

rokiah said...

Salam CL,

Seronoknya tetamu-tetamu Allah ini dapat menikmati pemandangan di dalam Masjidil HJaram dari bilik penginapan CL

rosli said...

Salam Sdra Azli dan rakan2,

Seronok tgk blog followers satu demi satu melawat Sdra Azli. Semoga mereka mendapat haji yang mabror dan sdra Azli juga mendapat berkat dan murah rezeki.

nailofar09 said...

salam..amboi...seronok CL terima ttamu...kita sronok gak dpt top 5...ok larrr...mga kita suma di rahmati

rokiah said...

Kalau kakak dah join blog CL sebelum Ramadan, tentu kakak juga tak lepaskan peluang untuk berjumpa CL kerana kakak berada sebulan di Makkah bulan Ramadan lalu...

Atikah said...

Salam..

Alhamdulillah... menjalinkan ukhwah persaudaraan.... follower dari brunie tu.... :) Selamat menunaikan ibadah haji... semoga mendapat haji yang mabrur...

Zie said...

Salam CL,
Seronok terima tetamu yang tak putus-putus datang berjumpa CL.... murah rezeki CL hendaknya. Hanya Allah yang membalas budi dan jasa.

Tahniah Kak Rokiah... ratu trek.

Atikah said...

Salam..

Alhamdulillah... menjalinkan ukhwah persaudaraan.... follower dari brunie tu.... :) Selamat menunaikan ibadah haji buat En Ahmad Suami Ister... semoga mendapat haji yang mabrur...

abang sulong said...

Salam CL,
Bukan calang-calang jugak Blog PDKM CL ni. Bermakna PDKM sentiasa sentiasa menjadi perhatian ramai. Tahniah CL, tak sia-sia niat sucimu.

UmmuAdam said...

Salam CL,

Beruntung sungguh tetamu2 yang datang melawat Cik Lie, pasti ada rezeki menanti...semuga Cik Lie terus dimurahkan rezeki dan sentiasa didalam lindunganNYA.

aznaz said...

salam Rokiah..

alhamdulilah...itu lah shaja yang mampu sya tolong..

waslam

aznaz said...

salam saudara Rosli..

mekasaih atas doa saudara tuh..aminn..

waslam

aznaz said...

salam nailofar.

alhamdulilah..kan dia skg dah jadi top three nih...taniah jugak lah

waslam

aznaz said...

salam rokiah...

oh ye ker..takpa kak nanti ada rezeki kita berjumpa yer..

waslam

aznaz said...

salam atikah..

alhamdulilah dik...semoga mereka mendapt haji yang mahbrur..insyalah

waslam

aznaz said...

salam zie...

alhamdulilah..seronok gak melayan tetamu allah nih...
akak rokiah kita tuh meamg dah jadi Ratu Trekk laa nih...

waslam

aznaz said...

salam abang sulung...

alhamdulilah..semoga allah swt merahmati kita semua abg sulung....meksih atas komen abg tuh

waslam

aznaz said...

salam Ummu adam..

alhamdulilah..meksih ats komen akak ummi..

syukran

waslam

Zie said...

Salam CL,
CL jamu apa En. Ahmad dan Puan Siti tu... Masak dalca dan tempe goreng bercili ke? Sedapnya... esok kena cari la benda2 ni... teringin la pula. Alhamdulillah, orang muda g haji... seronok tengok.

Anis Sazira said...

Salam..

suka ziarah blog ni..teringat2 kenangan2 masa saya dan suami mengerjakan haji tahun 2005. Cuma nk tanya sikit...rasanya dulu, tak boleh langsung bwk masuk kamera atau hp berkamera dalam masjid nabawi & masjidil haram...sekarang ni dh dibenarkan ke? seronoknya kalau mcm tu....dpt bergambar berlatar belakangkan kaabah & dlm masjid.

CM said...

salam

sungguh terisi hidup sahabat kita ni,dok mesia ni pun tak dapat kunjungan kekawan saban hari moga kerinduan pada sanak saudara terubat dengan kehadiran blogger yg mmmmg teringin nk jumpa pemilik blog ni....

Ayah Zain said...

Salam CL,

Seronok yer mendapat tetamu daripada peminat blog, siap bawa jajan tuh. Agak2 bilale az nak berposing kat 'foto studio' idaman blogers pdkm tuh. Semoga beliau suami isteri mendapat haji mabrur.

ps: pengunjung PDKM hari ini ialah 2,334 hits

rezeki said...

salam cl,

alhamdulillah, sentiasa menerima kunjungan dari para sahabat blogger PDKM yang sedang menunaikan haji di sana

semlm saya dtg bilik cl , tapi cl takda , samad kata cl pi pasar beli ikan ngeh,ngeh,ngeh
tapi saya datang dlm blog cl je

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam azli,

ramai peminat CL. untung Cl. hidup dgn penuh keberkatan dariNya.

hilmyiskandar said...

Salam.

Tangan yg menerima Tetamu Allah memanglah HEBAT. Teruskan usaha sedemikian, kepingin sangat kesana jua dgn famili.

Amin.

tq.

YB said...

Salam CL

Nampaknya tetamu CL ni dah tahap global. Apa pun semoga ibadah mereka mabrur

hilmyiskandar said...

Salam.

Tangan yg menerima Tetamu Allah memanglah HEBAT. Teruskan usaha sedemikian, kepingin sangat melangkah kesana jua dgn famili. Utk semua Jemaah didoakan mendapat Haji yg. Mabrur

Amin.

tq.

Unknown said...

salam CL..
PDKM blog antarabangsa terhebat bagi akak dan rakan blogger yg lain.tahniah
semoga jemaah2 haji semuanya sihat2 dan bertenaga untuk melakukan ibadah di kemuncak haji beberapa hari lagi.
كل عام وأنتم بخير

rokiah said...

Salam rezeki dan rakan semua,

Pandainya rezeki buat joke...

Pada mulanya dalam hati kakak berkata baru je akan baca kisah dan gambar rezeki mengerjakan haji 2 tahun lalu, dah pergi lagi tahun nii! ...

Sebenarnya jiwa dan hati kita sentiasa berada di sana...

safiudin.com said...

salam sdr,

Alhamdulillah, syukur...

makin seronok lah sdr, dah ramai followers ke sana melawat sdr...

seronoknya...

safiudin.com

ps: saya nak cadangkan kepada semua follower, kita rancang satu pakej umrah untuk lawat sdr azli di sana....

shami2 said...

Salam CL...

Alhamdulillah
Tetamu hadir silih berganti
Yang jauh maupun yg dekat dihati
Sungguh bertuah sahabat2 kita ni
Mendapat layanan istimewa dari Cik lie
Insan yg sentiasa menabur budi
Semoga mereka mendapt haji yg mabrur dari Ilahi...

CM said...

Salam

tertarik pulak dengan cadangan org kg CM tu,encik saifudin nk uruskan satu pakej umrah beribadah sambil melawat cik lie,,,hehehe,,ciklie kena siapkan khemah tau,..tapi menarik lah..lepas sorang-sorang tangkap gambar dekat studio idaman para blogger tu..ciklie kn jadi mutawif dan abg samad mesti ada tau..


tergelak baca lawak tuan ismet,tuan ismet!!!!!masa jumpa samad kat bilik CL tu dia ada tanya pasal CM tak????

ijoi said...

BEST JUGA YA CADANGAN SAFIUDIN TU... CL BAGI DISKAUN KAT KAMI DOK KAT HOTEL TU

ijoi said...

Jom kita p ramai2. Geng PDKM dlm satu flight je. Kalau lah jadi...

rezeki said...

salam cl,

kak kiah, kalau boleh tiap2 tahun nk pegi buat haji, tapi salah satu syarat "dunia" sekarang ialah kuota haji . takpelah , ini memberi peluang kepada jemaah lain yg belum berkesempatan ke sana

cm, samad ada cakap dan tanya , tapi dia cakap arab , ana ante cm , yg faham cm je ngeh,ngeh,ngeh

ijoi said...

Amboi CM pecut lajunya dia. Dok nomboq 1 lagi. Exam sejarah sedang berlangsung, kan. Uiiih

S said...

salam,

seronoknya CL dapat tetamu lagi.

tetamu Allah yang menjadi tetamu CL.
berkat tu. InsyaAllah.

kita pakat p tahun depan.
Saifudin jadi ketua rombongan.

Abang Aji said...

salam cl.
bestnya jadi tetamu allah dapat berkunjung ke baitullah. dan tambah menarik dapat jadi tetamu cl...teringin sesangat nak ke sana lagi .moga semua jemaah dalam peliharaan allah selalu. bila berkunjung ke blog cl saya rasa macam saya turut ada di sana bersama jemaah malaysia...

Abang Aji said...

salam cl,
kalau ade kelapangan, abang aji ingin sangat nak tengok view sebelah tempat sai yang di runtuh menghala ke masjid kucing.
abang aji mohon cl share kan gambar tersebut buat kami kat malaysia ni.
terima kasih dari abang aji.

CM said...

Salam ijoi

sat,sat CM tengok n3 ni CM no 30++,camana pulak ada kat no 1 ni??.hehehe ijoii ni..aah kul 11 tadi paper Sejarah 1..

ijoi said...

Tu yg to 20 commentator.

Kak Sidah said...

Salam CL,

Wah dah ramai jadi ratu trek , ni yang jeles ni, mcm mana nak dapat no 1, asyik sibuk je, buka2 dah yang last, Zie dan CM ari ni terlewat, nape ye tak jadi ratu ari ni, takpe la sekali2 beri kat ahli2 lain pulak kan

Seronok tengok CL melayan tetamu Allah semoga berkat rezeki dan mendapat haji mabrur, tetamu yang datang bawa rezeki kan......

Tumpang lalu CL, CR akak pun baru je habis baca perjalanan haji CR, seronok nya bila teringat balik setiap perbuatan yang CR lalui tu, tk, kerana share kisah yang sungguh bermanafaat tu.

Kalau ada geng PDKM yang nak buat Umrah tu akak nak join boleh ke.....

CM said...

Salam ijoi

ooh yang tu,jom kita lumba siapa yang banyak,so now tak kisah lg no 123,sebab ada dua anugerah,top commentator....pun ada anugerahnya kan ciklie..best yer kalau cam tu!!hehehe..

Zie said...

Salam Kak Syidah & CL,
Haji Safiudin ketua umrah tu... boleh ikut dia, boleh daftar sekarang dengan CM dan Ijoi. Istimewa travel agency CL dapat jamuan makan tempe dan dalca, kari unta dan teristimewa boleh bergambar kat studio tu... hehehe. daftar cepat.

rezeki said...

salam cl,

tumpang lalu sat ,

kak sidah, pengalaman perjalanan haji tu sekadar perkongian ilmu dan maklumat yg tak seberapa , semoga bermanafaat kepada semua dari saya insan kerdil yg cetek ilmu pengetahuan di sisi Allah SWT

rokiah said...

Salam CL,.

Tentunya pada masa ni CL sedang sibuk sangat kerana hari-hari kemuncak kian hampir.


Ohh..ye...
Tumpang lalu sattt..

Maaf ye zie, cikgu mas,norsidah,dll..
kakak orang baru kat sini...
malu pulak rasanya...

Tetapi seronok mendapat ramai kenalan baru sdi sini yang sama-sama cinta dan rindukan kota Makkah dan Madinah

Di sini kakak hanya mengenali Rezeki sejak 2 tahun lalu, itupun secara maya di satu forum yang bercerita tentang haji dan umrah

My Life said...

salam..

semoga ciklie dan semua jemaah dapat mengerjakan ibadat haji dgn lancar.. jaga kesihatan baik2 ciklie..

doakan azie

Mama Miraki said...

bestnya hari2 terima tetamu yea...walau jauh diperantauan

aznaz said...

salam zie..

nanti akak zie dtg sini sya masakkan yer..jgn risau..

waslam

aznaz said...

salam anis sazira..

skg dfh ramai sangat..depa dah takleh nak control lah...tapi kena berhati hati jugak kalau dapat tangkap depa rampas kamera tuh..

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

itu lah keberasaran disni..tak putus terima kunjungan dari Tetamu allah..alhamdulilah..

waslam

Anonymous said...

Salam Cik Lie....

Amboi..seronoknya terima tetamu...siap bawa buah tangan lagi....Itu lah tandanya Cik Lie disayangi ramai...

Semuga tetamu tetamu Cik Lie dan Cik Lie mendapat haji mabrur tahun ini...Amin...

Zie said...

Salam Kak Rokiah,

Tumpang lalu ye CL...
Seronoknya akak sebulan berpuasa di Makkah baru ni... tahun depan boleh pergi lagi dan bergambar kat studio CL. Salam ceria di PDKM... ini semua kerana CL.

Tuan Rezeki, saya menimba ilmu dan pengalaman haji tuan... banyak manfaatnya... rupanya ada forum lagi sebelum ni tentang haji dan umrah. Tahniah CR. Begitu juga perjalanan haji IP... saya kagum.. penghayatan, istiqomah yang berterusan.

mama ju said...

Assalammualaikum Cik LI..wah nampaknya peminat semakin ramai..memanglah diiktiraf blog antarabangsa!Cadangan rombongan cikkiah ke Mekah tu menarik sekali,bolehlah bersua muka mana cr,cm.ijoi,atikah,imran,ayah zain ,zie,umi,nosidah dll,dan semestinya ketua rombongan saifuddin!
Kita kenalah sewa hotel lain,hotel cik li tu klu yg mengadap kaabah masa selain haji dah rm950 semlm,saya tak mampu....komen sikit CL...

abang sulong said...

Mak..oi, RM950 semalam. Alamatnya tumpang lalu sajalah kat hotel tu. Asal dpt berposing di studio impian aje, jadilah..

malek said...

Salam. Seperti yang digambarkan, tentu seronok menerima kunjungan dari jemaah haji kita. Memang kita digalakkan untuk saling ziarah menziarah. Sdr tak ada rancangan ke nak menziarah pulak jemaah2 haji di hotel2 mereka? Boleh jugak upload gambar2 keadaan dia orang di sana. Nak tahu jugak dia orang kat sana ada kemudahan internet ke? Wassallam.

abang sulong said...

Tak dpt dibayangkan..seronoknya jemaah haji masa ni. Bermacam bangsa dan warna kulit. Yang paling best, jalan-jalan sekitar kota makkah sementara menunggu waktu sembahyang. Riuh rendah tauke-tauke kedai memanggil pelanggan beli jualan mereka. "Kullu riyalin..kullu riyalin".

Kak Sidah said...

Salam CL,

Tumpang lalu ye CL, saja nak borak dgn kengkawan, tak pe Rokiah, akak pun consider baru jugak , kita ceriakan lagi blog CL ni.

Tentang harga hotel tu mamaju, takpe mahal pun kita duduk ramai2 biar 10 orang satu bilik pun lagi seronak, CM, nanti masukkan nama akak dalam pendaftaran tu jgn lupa ye, nanti ijoi tinggalkan akak plak kalau tak daftar.

Ok Cl tk dengan blog ni, semoga CL diberkati Allah dengan adanya hubunga silaturrahim ni.

aznaz said...

salam syang semua orang..

maaaf snagat sampai sya tak da masa nak ajwap komen komen ada semua nih...
Ada satu rancangan sya .nanti balik di kl sya akan cuba organise kan umrah tahun depan di sini duduk di alsafwah..cuba give good rate room pada travel agency yang sudi memebri jugak pakacge yang murah..insyalah..semoga usaha kita semua ini akan dapat dan di berktai allah swt..insyalah..

waslsm

abang sulong said...

Salam CL dan rakan2.

Bagus le tu CL, kita tumpang gembira.

Abang Aji said...

salam cl.
seronok dengar cadangan cl nak cuba organisekan pakej umrah dan duduk di alsafwah...memang cadang nak pi tahun depan nak bawa anak-anak........
insyallah kalau mampu nak join dgn pakej cl ni....insyallah

rezeki said...

salam cl,

kak kiah, itu mesti dlm forum cari .Mmg saya ada berkongsi cerita haji dlm forum tu, tapi lps tu terus jd silent reader selps admin lock kerana dh spi lebih 100 pages

apa nick name kak kat forum tu ?

aznaz said...

salam abg sulung...

alahmdulilah...

waslam

aznaz said...

salam abang aji...

moga aba gaji leh lah join sekali nohhh...

waslam

Bababazly said...

salam CL.. dah lama tak dengar khabar ni, mengapa gambarnya dah tak da lagi nampak dalam blog? please keep in touch CL, ikhlas dari silent reader yg ke 6