MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Sunday 15 November 2009

" Nakqashhar Market....nak masak DALCA.."

Berhenti teksi disini nak masuk kedalam Pasar Naqashar..di kaki gunung rupanyer pasar nih terletak...
Hah...deretan sayur dah tersedia....seronoknyer dah dapat idea nak masak apa esok...
Yahoo..dah jumpa ikan kembong..leh lah goreng sambal esok..sekilo sr5 upah siang sr2 jer..so semua sr7..oklah tuh
yang bawak roda tiga tuh amik upah bawakkan barang barang borongan kita tau...fuhh siap ada kat sini.
Jumpa dah kacang buncis...set..esok goreng dgn tempe lah
sempat duk posing masa balik dari pasar nihh..orang sekelling duk jalan masuk ke Haram..cheq duk kendong apa tuh di tangan kiri? cuba teka?
Hai cikgu Mas..Nak beli daging Unta..Ni lah dia...?
Saya beli daging lembu..sekilo sr20..mahal beb..tau tak nak masak apa esok?

Tuh dia dah jumpa Murugai or Batang KELO , cheq nak masak DALCA DAGING esok..cikgu mas..jgn jeles aar..bahan bahan semua dah jumpa disini..alhamdulilah
Nangka muda pun ada ...fuhhh best nyer..leh pegi lagi nanti disni beli bahan, leh masak lomak kan...esok ada tetamu istimewa nak mai makan tenghari...jadi kenalah cheq sediakan juadah makan tengahari...ada sesiapa nak join? wasalam










43 comments:

CM said...

salam..

aiiik,sempat gak curi masa pi pasar tu...sat,sat betul ker apa yg cm tengok ni????

CM said...

salam

CL dah kurus betul yer???..adoi ni boleh dtgkan jeless ni,hehehe..wahhh cam tu rupanya pasar di mekah yer??CL yg paling menarik tukang angkat brg tu ttak delah kita termengah2 mengangkat sorang diri..CL pun sorang diri ker???macam2 ada yer..??

CM said...

salam

amboii tak puas hati nni???CL sapa yang nak datang ni,begitu istimewa dia ni??biasa yer CL masak sardin jer,CM rasa ada rombongan nk masuk meminang ni...??????..hahh betullah tu..

alamak 3 tempat saya dah teramik??? sori geng!!!

rezeki said...

salam cl,

rombongan cik kiah ke pasar keh,keh,keh

takpa cm, silakan ngeh,ngeh,ngeh

Unknown said...

salam CL..
awainya CM , jogging pepagi nih..

kat pasar tu ada tak org prmpuan ramai2 mcm kita kt M'sia nih..

teringin nk makan daging unta lak . daging lembu , dah selalu mkn.
nangka muda pun ada , dulu akak pernah tnampak kt sana petai , kulit dia dh hitam2 pun.

rezeki said...

salam cl,

alhamdulillah, lengkap semua ada kat pasar tu, rasanya harganya pun tak mahal, ikan kembong kat mesia pun dh rm10 , tu pun silap2 dah nak pecah perut keh,keh,keh

tu kalau masak dalca sedap campur daging tetel sikit , kalau cecah dgn roti pun sodap

Mat Patriotik said...

assalamualaikum
bertuahnya saudara kerana dipilih oleh Allah untuk berada di kota suci ini

saya ada menulis mengenai saudara dalam entry terbaru blog saya

entah bila saya akan dapat ke sana dan seterusnya dapat memeluk saudara, insan yang bertuah ini

salam dari Kuala Lumpur.

www.syahrilkadir.wordpress.com

silversarina said...

murugai pun ada .... hebat pasar ni serba-serbi ada , terliur tengok daging unta tu :)

CM said...

Salam

alamak terlupa lak nak jawab soalan ciklie tu???ciklie kendong apa arr??

bahan buat dalca lah tu..tul tak??betul dapat hadiah yer...balik mesia hantar dalca semangkuk kt umah CM,tak jauh pun umah CL dengan umah CM,nanti kita tukar dgn asam pedas ikan pari,tak cair punya kali ni???

issshh CL,ada yer upah siang ikan sampai SR2..kat pasar borong selangor ni,sennngih jer kt mamat bangla dia dah siangkan free lagi!!

CL habaq yer sapa yg nk datang ni??,special tu tgh sibuk tahap gaban sempat dia pi pasar..

SAHAR MISRON said...

Wah sedapnya nampak bahan mentah spt daging unta tu......Mesti sedap selepas dimasak ya? Makan tu tak ingat ke kami di Malaysia?...Selamat menjamu selera....

YB said...

Salam CL

Nanti kena ronda jugak nak cari pengalaman kat pasar arab ni. Macamana ikan kembong kat sana boleh murah drpd M'sia.
Siapa pulak yg eksport nangka muda ke sana tu. Subhanallah.

Ayah Zain said...

Salam Alamdulilah,

dapat juga masuk PDKM pagi ni. wow g pasar borong selayang yer. hehheheh. OK la CL, nanti masak sedap-sedap. bila makan ingatlah warga PDKM ni.

kat sini upah siang ikan free, kat sana semuanya berbayar.


p/s esok-esok kalau az sampai, cl kena bawak az ke pasar tu pulak

Zie said...

Salam CL,
Saper tetamu istimewa tu... kakak IP ke, semua jemaah tetamu istimewa CL lah.. CL ada jumpa kelapa muda tak, daun kesom buat laksa... ikan kembung dah ada tu... cuba resepi ni..

MASAK LEMAK NANGKA MUDA

Nangka muda (mintak kak noor kupaskan...)
Santan
2 helai daun kunyit (ada jumpa tak...)
1 camca besar udang kering atau ikan bilis, ditumbuk
4 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, dihiris
1 camca kecil teh lada hitam, tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Nangka dipotong sederhana kecil dan rebus hingga 1/2 lembut. Toskan. Masukkan nangka, udang kering/kan bilis, lada hitam, bawang merah, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masak hingga hingga nangka lembut, tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala dan rasa.
3.Hidangkan bersama nasi putih, ikan masin ,ikan kembung goreng dan sambal tempe. Selamat menjamu selera bersama tetamu allah.

Kak Sidah said...

Salam CL,

Wah CL, seronoknya tengok pasar tu , semuanya ada, murah dari harga kat Msia, penat tuh nak masak ari ni CL.

CM ribut ari ni belari sakan sampai rebut semua ke3 laluan awal, tahniah CM, org mudakan.

CL, Zie siap beri resepi, cuba, jgn tak cuba ye.Akak suka nangka masak lomak cili padi tu best giler ..kalau CL kat sini boleh kita gi ramai2 mah CL makan masak lomak atau kari unta, apa2 pun selamat memasak dan menjamu selera sambil meraikan tetamu istemewa tu.Ingat kami diPDKM

Nazmie Samarahan said...

Nak kena pi Hotel Cik Lie ni...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Memang kat Makkah ni semuanya ada.Pernah jumpa jalai keladi.Jalai keladi sedap masak asam pedas.

Ayah pi beli kat Bin Dawood.Beli gerger leaves utk buat ulam.Sedap daun ini.

Selamat berdalca.Boleh buat cicahan roti arab.

Wassalam.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam azli,

dalam dok sibuk layan jemaah, CL sempat gi shopping...masak dalca ler...sodaaaap...terliuq! jangan lupa gambar tetamu tu nanti...

S said...

salam,

seronok kalu dapt p pasar tu. kak S belum pernah sampai kat situ lagi. selalu beli kat kedai dekat2 Haram ja.

selamat bertemu dan salam dari kak S untuk tetamu istimewa tu.

nampaknya ramai yang akan jeles tak dapat makan dalca yang CL masak.

CL nak buat jamuan 'amik hati' ka?

rokiah said...

Salam CL

Wahh...segar-segar sayur tu nampaknya..
ikan kembung pun murah..
nak makan apa,semuanya ada...

kacang kelo dan nangka itu dibawa masuk dari Malaysia ke?/

S said...

salam ayahnda,
salam unk bonda juga. sihat ka?
kalu mai Jitra, mai lah rumah S.

betoi tu dalca tu kalau cicah roti tarmis mesti sodap.

CL buat bagi lebih sikit, leh kak S tumpang. rasa nak p plak ni. InsyaAllah.

S said...

salam,

betoi tu Rokiah,
mana ada mahal. harga sama ja ngn kat Malaysia.

kat sini daging lembu 1 kg RM20.
ikan kembung RM 7-10 yang besar.

CL berapa harga kacang murugai tu?

sonata anak kancil said...

wow macam2 ada kat sana...selamat memasak & selamat makan....mesti sodap punya!

ijoi said...

CL ni rajin sungguh. Berkonan bonar.

abang sulong said...

Salam Cik Li,

Bab-bab masak ni saya memng minat.

Sesekali tu bolehlah cik li masukkan resepi masakan orang arab + gambar masakan.

Masa saya pegi haji dulu (1993),setiap tingkat hotel ada ruang dapur di kawasan aziziah. Kalau malas beli makanan siap, mak saya selalu masak asam pedas.

Zabidi Ali said...

Salam CL ,

Berapa jauh pasar ni dari Masjidilharam

rosli said...

Salam Sdra Azli dan rakan2,

Dah dua hari saya tak masuk blog, byk entri yang saya terlepas, pertama nak ucap tahniah sbb blog sdra dah satu tahun, kedua harap bersabar dengan kehilangan kakak tuan tu, selalu kita diberi nasihat Allah lebih menyayanginya....

Satu lagi kalau nak pujuk hati yang berduka saya sentiasa ingat apa yang arwah emak saya pesan dulu...."orang meninggal ni mcm pergi belayar lama2 kita akan lupa dan sedih kita kurang...

Aapapun kali ini saya tak sabar tunggu sdra pulang ke Malaysia, mesti datang rumah saya...antara menu tempe goreng dengan sambal kicap pedas dan beberapa menu lain termasuk asam pedas Johor ikan jenahak....

Best tgk pasar kat Makkah ni..mcm2 ada...selamat menjamu selera...

Hj.Sabri : said...

Pasar Naqashar tu kat maner,Syeikh?
Saya blm pernah dgr nama pasar tu,jauh sekali sampai kat situ

aznaz said...

salam cikgu mas..

wahhh top three dia...Ratu Pecut..
betui betui dia nak hadiah nih...

sya dah kurus lah..rekod skg sudah macam 26th dulu 69kg....itu sebenarnyer pasa di tepi gunung..belum pasa besar lah..ala ala pasar Pudu lah tuh..

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas...

semua tetamu allah yang datang berjumpa saya adalah tetamu yang istimewa jugak..tak kira sapa kan.betui tak?.

waslam

aznaz said...

salam cik Rezeki...

rombongan cik kiah..hehehehehehh pndai la kawan kita nih meneka dalam kesamaran...

waslam

Atikah said...

Salam,

Banyak abg borong.... masak banyak ker? Nie mesti nak jamu ayahnda ngan bonda nie...

abang sulong said...

Kata orang yang pandai agama,buat ibadat di Makkah dapat pahala berlipat ganda.

Sekali sembahyang seperti 10,000 kali ganda sembahyang ditempat lain.

Begitu juga menjamu tetamu dapat pahala macam tu jugak. Beruntung cik li, selalu dapat pahala berganda-ganda.

Makan dalca, ada ulam dan ikan kering lagi, fulamak..mesti tambah nasi sampai 2 pinggan.

Ayah Haziq said...

Salam,

Wah macam pasar kat Mesia plak. Semua benda ada. Yang jual tu orang Arab atau orang Bangla?
daging unta berapa sekilo? Kat Kuantan ni tak pernah jumpa orang jual kilo.

Kat tangan kiri tu buah tembikai. Betul tak?

taj said...

salam ciklie dan semua...

lama dah taj beri komen disini tapi jgn risau... taj tetap menjenguk ke sini sebagai pembaca bisu ajer... harapan agar semua pgunjung blog ini dan cik lie diberi kesihatan yg sempurna olehNYA...
InsyaAllah taj ke Mekah pd penghujung Mac 2010, harapan diizinkan olehNYA... doakan ye..
Ciklie,
ada tak kawan taj(Yahya) berjumpa ngan ciklie, dia sudah ada di mekah dah la ni..
oklah..wasalam..

aznaz said...

salam ummi humaria..

kat pasar sini tkda kaumwanita lah..semua lelaki...

nanti ummi datang sya belanja noohh

waslam

aznaz said...

salam taj...


alahmdulilahhh doa ku allah makbulkan ..rindu nyer amat pada di..dahlama dia senyap jer...
beluma d lagi lah..inyalah nanti mai lah tuh..

walam

Unknown said...

salam CL..leh bagitau kiter dak camna resepi chicken mandi dan kari unta kat hotel sana..he..he..tengok poto resepi tuh,cekur airliur kiter kat sini..

aznaz said...

salam shuk...

saya takpernah masak mandi chikenlah..kalau akri unta tuh sma jer amsak macam kat=ri di mesia..

waslam

nogori kodah said...

salam.

kalau nangko mudo pun ado. cili api pun ado. hai.... kalau pi buek haji selamo lobih 40 hari tu mesti raso seminggu yo. cikli, takdo ko kek sanun homestay macam kek m'sia. kok ado tentulah sibuk lak masak memasak dari ibadat agak eh.

sdura said...

salam...

tak sangka semua keperluan semuanya ada sepertinya pasar di malaysia.
selamat memasak ye.

Umi Azuddin said...

Salaam CL,

Wah! masak sakan CL hari ni! Memang boleh confirm la tetamu istimewa tu nak buat CL menantu ;}

Masak lebih sikit naa CL, ramai pembaca PDKM ni dah menjejeh ayaq lioq dah nih...hehe

saya pun nak teka juga isi plastik hitam kat tangan kiri CL tu : kepalo lombu dari gerai daging tu...betui dak?!! ;P

Selamat meraikan tetamu, CL. :)

VpeaceV

Mama Miraki said...

Assalamualaikum...

Pertama kali saya ziarah ke blog ni...ohh sungguh menarik...pengalaman yang sungguh indah...bertuah sungguh saudara.

haticantik said...

hmm ada pasar rupanya kat sana...tapi mesti jauhkan dari masjidilharam..