MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Thursday 25 December 2008

"Aku Dah Khatam"

Gambar terbaru
Gambar pada bulan August 2008

Gambar masa mula mula sampai dulu pada bulan Jun 2008
Hari ni ada lah hari terakhir aku akan balik meninggalkan kota Mekah untuk bercuti balik ke Kuala Lumpur....emm dah terasa hati riang teramat sangat skg ni bila mana dalam kepala ni duk terbayang bayang suasana di rumah aku....dan juga aku terasa sedih jugak dan sayang sangat nak tinggal kan Haram ni..almaklum lah banyak kenangan yang pasti akan menjadi satu sejarah dalam hidup ku...bukan aku ingin mendabik dada atau riak untuk menberitahu tapi hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman apa yang aku dapat di sini seperti:-
1. Aku bersyukur pada Allah sebab dgn izin nye aku telah berjaya mission ku yakni set up Hotel untuk Pre Opening dalam menghadapi bulan Ramadan dan Haji ni dengan penuh pengalaman baru dan syukur juga semua para tetamu dan Jemaah sungguh happy with our 'Good Service'
2. Dapat mempelajari culture di sini...camner orang sini bekerja dan how to handle Arab people yang boleh di kata kan fussy jugak lah kat sini...
3. Aku dapat melakukan amal ibadah dengan penuh kesedaran dan khusyuk sekali. bila mana time waktu azan semua pekerja di sini berhenti dan masuk ke dalam Haram solat ..dapat juga melakukan ibadah puasa dalam Haram yang tentu nye adalah paling seronok sekali di sini pada bulan Ramadhan tempoh hari...
4. Terima hadiah dari Prince Kuwait( I phone Apple 16gb) dan UAE( Watches Black Armin ) tanda terima kasih dari mereka pada ku kerana menjaga mereka semasa mereka datang disini pada bulan Ramadan dan Haj tempohari.Syukur Alahamdulilah
5. Aku dapat bersalaman dengan iman Masjidil Haram pada bulan August aritu dengan tak di rancang pada masa tu...Seronok nye hati ku....
6. Terasa dekat diriku pada arwah ibu bapa ku bila mana aku kerap( 14 kali aku mimpi ) bermimpi yang indah indah dgn mereka di sini..Syukur pada allah
7. Aku dapat kain kiswah Kaabah tu sebesar sejengkal tangan..pemberian dari sesorang yang aku kenal di Haram...aku selalu jumpa dia di pintu masuk Haram...alhamdulilah akan ku simpan dalam bilik ku nanti..Syukur ya allah
8. Aku sempat melakukan Umrah sembilan kali dan Haji pada tahun ni...Allah maha besar...dengan izin nye akau dapat melakukan dengan selesa tanpa sebarang masalah...
9. dan yang paling penting sekali...aku berjaya mengubah diriku yang selama ni aku lalai pada nye..aku leka pada nye...tetapi sekarang baru aku sedar dan insaf dengan semua perbuatan ku masa dulu...aku bersyukur pada allah kerana telah menyedar kan aku dan hidayah darinye..dalam usia ku yang sebegini aku...syukur pada mu ya allah...
Semua tu adalah pengalaman yang paling manis sewaktu aku berada di sini selama 7 bulan...dan aku jugak berterima kasih pada rakan rakan ku..sharil. zaleena, kabir,kamal dan of course yang paling utama En Amir dgn berkat sokongan dari mereka aku berjaya di sini..Hanya allah saje yang dapat membalas jasa baik mereka...Amin...



Suasana di Masjidil Haram kul 10.00 malam tadi...


Gambar atas ni tadi aku snap jam 10.00 malam waktu mekah yakni waktu malaysia 3 pagi 25 December....Dah terasa kurang para Jemaah sekarang kerana meraka kesemua nye sudah pun pergi ke Madinah...so semua barang barang di sini dah mula lah turun harga agaknye...sebab kurang Jemaah so depa buat Jumbo Sale lah sekarang ni...hehehehehehehe...aku pun duk termenung seketika bila mana aku memerhati Kaabah dari tingkat bilik aku tadi..dah rasa sedih pun ada nak tinggal kan Mekah ni..almaklum lah banyak kenangan yang manis yang aku terima di sini selama 7 bulan aku bekerja .Alhamdulilah...nanti aku coret kan di akhir blog aku ni sebelum aku berlepas pulang ke malaysia...insyaalah

Kedai gunting Rambut....

Tadi pas abih je aku packing barang terus aku pergi ke Ajiyad street nak cari kedai gunting rambut...so aku pun sampai lah kat kedai ni...masuk je dalam aku habaq lah trim ana punya janggut lah...sambil menunjukkan dengan gaya tangan ku. SR10 dia duk charge aku...mahal gak...almaklum lah depa ni semua bukannye faham bahasa English..tiba tiba tukang gunting ni nama dia Hassan from Bangladesh pun cakap kat aku ' Ente Indonesia...aku pun jawap lah 'Mafi mafi...ana from Malaysia...terus dia cakap 'Malaysia Koise koise'..(maksud koise tu bagus bagus ) emm tau jugak dia tentang negara aku yeh...then aku tanya lah dalam musim haji ni berapa dapat collection gunting and cukur kepala orang...Dia jawap sr50 ribu...huh...dahsyat jugak ekk...gunting rambut pun leh buat duit kat Mekah ni...alhamdulilah

Duk packing barang ni..........


Malam ni aku sibuk lah packing semua barang barang yang nak aku bawak balik ke kl nanti.....sampai penuh satu beg besar aku tu...aku pun tak tahu berapa berat luggage sebenar nye yang di beri percuma bawak balik atau muatan tidak boleh melebihi 20 kilo kot...cuma yang aku tahu setiap jemaah hanya di benarkan membawa pulang air zam zam seberat 10 liter sahaja seperti gambar yang di atas.So Kabir any idea about the luggage weight ?.....anyway lepas je aku habis packing aku rasa nak pergi kedai gunting rambut....nak cukur janggut lah...heheheheheh


Staff Solat



Tadi pada pukul 1.30 pm aku duk sibuk lah buat rounding floor...seperti biasa lah aku check floor/corridor nak tengok sama ada staff aku comlplete cleaning or not maklum lah sebelum balik ni akau kenal lah ensure all my work done....tiba tiba bila aku lalu corriddor 12 floor aku nampak dari belakang staff engineering duk solat ni...dua orang depa duk solat zuhur di corridor lak tu...Dia orang ni tak perasan aku snap gambar depa dari belakang used my n95 ni.....si ahmad dan imran...depa ni kerja duk check lampu (bahagian eletric ) dan plumber...alhamdulilah....


Wednesday 24 December 2008

" Mimpi Arwah Mak "

Pusara Arwah ibu ku di Taman Keramat Permai......Hari ini aku nak bagi tau sesuatu yang tersirat di hati ini. .aku cuma nak habaq kenapa aku seronok sangat kerja di sini.....emmm cam nak berdrama lak kan..takkk...aku cuma nak habaq yakni malam tadi waktu aku tido aku telah bermimpi dgn arwah ibu ku yang tersayang...buat kali ke 14 dalam tempoh 7 bulan aku kat sini ,aku bermimpi berjumpa dengan nye lagi dalam suasana yang amat tenang dan gembira...aku dapat rasa kan seperti aku tidak kesaorangan di sini..bila mana aku merindui nye kerap di depan Multazam aku berdoa untuk nye pada allah s.w.t...supaya roh ibu bapa ku berada bersama sama dgn org yang beriman dan solleh...Setiap kali aku bermimpi dgn ibu bapa ku pasti hati ini akan merasa sungguh gembira dan terharu macam aku baru je lepas rindu jumpa mereka...syukur pada allah kerana aku merasa 'dekat' sangat dengan mereka since i am here working infront of Kaabah.....
"ya Allah kau pelihara lah arwah ibu bapa ku dengan penuh kasih sayang di 'sana' seperti mana mereka memelihara aku sewaktu aku kecil dahulu"...Amin.....

Sarapan pagi di Food court D saji



Hari ni aku sibuk giler...biasa la dah nak balik kl minggu ni...so banyak lah kerja nak kena follow up sampai nak sarapan pun tak sempat lagi...jadi tadi jam 10.40 am aku pun terpaksa lah sarapan di tingkat tiga shopping complex Al safwah ni...aku pergi kat food court D saji...order teh ais ( Sr3 ) dan roti canai ( Sr3 )...kalau nak kata sedap hmmmmm faham faham lah ye...tapi dah takda choice makan je lah....setakat nak alas perut boleh lah.....tak da lah ramai sangat orang hari ni kat situ....so ms sophie tu lah gambar food court D saji....wsalam


Dinner tadi.....

Tadi dinner aku cuma makan Club Sandwich aje...ingat nak masak mee segera ( Maggie) tapi malas, just order room service hanya makan sandwich .. malas nak makan nasi lagi pasal perut aku ni dah nak boroi lak..sebab siang tadi dah pekena nasi kari malam makan sandwich je lah...harap harap nanti balik kl boleh lah maintain sikit badan ni..cuma takut naik balik ke 82kg...Insyaalah

Jemputan makan tengahari.....


Tengahari tadi aku terima Jemputan makan tengahari dgn 6 orang roomboy aku di tingkat 18 pantry mereka...almaklumlah aku kan dah nak balik malaysia so depa ni duk ajak lah aku makan bersama sama dengan mereka..dengan rasa terharu dan berbesar hati aku pun terimalah undangan yang tak seberapa dari mereka yang menyayangi aku...hehhheeheh....you all nak tau tak apa menu nye...depa duk suruh isteri depa masak kari ayam dan kari ikan khas untuk aku...emmm sedap nye...siap dgn sambal hijau tu..ala ala sambal belacan lah kalau kat malaysia...but anyway aku rasa sungguh terharu lah cara mereka melayan aku.... guys.......Sukrann...

Tuesday 23 December 2008

Pompuan Afrika Jual Barang



Salam... Tadi masa aku nak keluar sekejap pergi ke kedai belakang Hotel aku beli barang jam 2.00pm aku nampak lah sekumpulan perempuan Afrika duk usung plastik beg and bentangkan jee di tengah jalan besebelahan masuk ke Hotel Entrance aku ni...Depa ni semua sekali kalau tibar je kain guni yang berisi barang barang jualan yang murah tu 'secara berkumpulan'....camni lah cara depa semua ni berniaga...ada yang jual kopiah, tasbih, kain kain, beg beg dan bermacam macam lagi...cuba tengok kat gambar semua tu...tempat nye memang lah strategik sebab orang duk lalu lalang nak masuk Haram..so ada juga lah banyak customer depa dapat....heheheheh ...Ni kalau aku jual kueh karipap inti daging pakai minyak kambing resepi arwah mak aku ni sure laku and untung...hehehehe so zarina camner?????.....



Jemaah dah tak ramai skg.....



Tadi baru masuk waktu solat Asar aku tengok dalam Haram sekarang dah tak ramai Jemaah....mungkin mereka semua dah pergi ke Madinah atau sudah ada yang kembali ke tanah air mereka...lihat lah gambar gambar di atas suasana di dalam Haram begitu tenang sekali.kerja kerja construction
pun dah bermula hari ni terutama di Bahagian tingkat 4 yakni tingkat atas sekali tempat para jemaah melakukan Sa'i... mereka pun dah mula sibuk menjalankan kerja pembinaan tu...

Al Safwah Tower

Nampak Depan tu Menara Masjidil Haram

Tower 3 dan 4 tu nak hampir siap dah.....

Masih lagi dalam pembinaan tu...

Al Safwah Tower ni adalah salah satu projek Hotel yang paling terbaru dan berdekatan dgn Masjidil Haram ( boleh view Kaabah )...Ia terbahagi kepada 5 tower yakni Tower 1 dan 2 sudah pun siap dan beroperasi dimana aku berkerja di situ..Tower 3 , 4 dan 5 masih lagi dalam pembinaan seperti gambar yang tertera di atas.....Tower 1 and 2 menpunyai bilik sebanyak 850, Tower 3 dan4 - 800 bilik dan Tower 5 sebanyak 350 bilik..so just imagine kalau ke semua nye bilik ada lebih kurang 2000 bilik...woww...letih gak nak jaga...emm sesiapa Exec hk yang berminat nak incharge tu boleh lah antar borang skg.....hehhehheheeh so Joe jangan lupa tau...wsalam


Monday 22 December 2008

Hospital Ajiyad ( Masjidil Haram )

Bahagian depan Hospital Ajiyad


Bersebelahan hotel Al Safwah ni...

Gambart menunjukan still under contruction depa still duk korek tanah untuk menbina semula Hospital dan Hotel

Salam dari Mekah....hari ni aku nak cerita sikit tentang Hospital Ajiyad ni...Ia betul betul terletak di depan Haram dan bersebelahan dengan Hotel aku kerja. Hospital ni di sediakan untuk merawat para para jemaah yang sakit secara Percuma disini..so sesiapa je yang datang ke Mekah dan sakit boleh lah mendapatkan rawatan di Hospital Ajiyad ni dgn tanpa di kena kan bayaran dari kerajaan Saudi...Alhamdulilah... ....Untuk pengetahuan you all hospital ni akan di roboh kan pada tahun depan...dan akan di pindah kan serta didiri kan semula di sebelah contruction yang tengah duk buat tu as gambar no 3 ...dimana bahagian bawah akan di jadikan Hospital dan di tingkat atas pula akan di bina Hotel untuk penginapan jemaah haji nanti.....Best kan..



Pintu Gerbang Papan Rehal


Gambar di atas tu ada lah menara atau pintu gerbang yang terdapat di laluan highway dari Jeddah ke Mekah...atau pun sebaliknye...ia adalah replika besar papan Rehal dan senaskah Al-quran yang belum pernah aku lihat sebelum ni..mungkin yang terbesar di dunia kot...cantik aku lihat gerbang ni bila aku melalui betul betul di bawahnye....so sesiapa yang baru masuk atau datang ke Jeddah sudah pastinye akan melalui pintu gerbang berbentuk papan rehal ni....

Sunday 21 December 2008

Dinner Sandwich je....dah letih....

Semalam lepas abih je aku menunaikan ibadah umrah at 10.00 malam terus balik ke bilik penginapan hotel . Syukur alhamdulilah rakan ku ya ha bibi mr Shahril sudah pun order my food for dinner yakni 'Cheese Sandwich'......emmm apa lagi pas selesai mandi je aku yang masih dalam kelaparan terus makan. , makan lak tu atas katil beb dah tak sabar sabar sebab kelaparan masa tu......emmm..and suprise me you know i can finish those food...hehehehehheheh..then tido lah lepas tu.....anyway sukran shahril..

Gambar Umrah semalam...........

Kain Kiswah Kaabah ni dah di tukar yang baru....nampak pekat hitamnye tu...

Waktu Sa'i di ground floor masih ramai jemaah but alhamdulilah masih ada ruang untuk berjalan.....

Gambar gambar Umrah semalam.....

Tempat air zam zam yang baru di bina along Sa'i area at Lower ground floor

Suasana di Bukit Marwah...ramai jugak kan jemaah....


Aku melakukan Tawaf di Bahagian bawah sekali walaupun sesak dgn para jemaah tetapi masih boleh bergerak gerak perlahan.......alhamdulilah

Keadaan di luar kawasan Sa'i......antara Bukit Marwah dan Safa......ramai jemaah duk lepak di luar tu....seronok jugak lepak kat situ....



Umrah ke ' 9 '

Keadaan di dalam Masjid di Tanaimm

Depan pintu masuk di Masjid Tanaimm....


Deretan kedai yang menjual barang2 keperluan para Jemaah bersebelahan Masjid Tanaimm..


Semalam petang kira kira jam 5.20pm aku pun keluar dari hotel untuk menunaikan ibadah umrah buat kali yang ke 9 dan buat kali pertama nye aku melaku kan umrah sendirian, kali ni aku lakukan umrah khas untuk arwah Aishah mak angkat aku....lebih kurang satu jam setengah aku duk tunggu teksi di depan Hotel Lee Meridien tapi hampa kerana almaklumlah skg ni masi lagi ramai para Jemaah di sekitar Haram ni..jadi aku terus berjalan kaki ke Masjid Kuching untuk mengambil teksi dari situ ke Tanaimm..yakni tempat aku kena melakukan Niat umrah dan solat sunat 2 rakaat di situ...perjalanan umrah ku kali ni di dalam Haram cuma mengambil masa selama 1 jam 20 sahaja tetapi oleh kerana untuk mendapatkan pengangkutan ke Tanaimm dan jalan raya sesak sekarang mengakibatkan perjalananan selama 2 jam setengah...tapi alahamdulilah at 10.00 malam aku pun selesai dan pulang ke Hotel tempat penginapan ku...




Saturday 20 December 2008

My" Housekeeping Team"




Semalam lepas habis je kami semua lunch ( khenduri) so my staff semua nak bergambar bersama sama dengan aku...kami pun beramai ramai duk posing lah dalam Houskeeping office ...wahhh.... as you can see all those picture above...emm semua ensem ensem kan my staff....hehehehehee...tapi satu perkara aku nak mai habaq kat hampa semua , all my hk staff tu paling minimun depa semua sudah menunaikan ibadah haji sebanyak 7 kali alhamdulilah....bagus depa semua ni...so insyaalah kalau boleh aku pun nak macam dia orang jugak nanti boleh menunakan ibadah haji lebih dari sekali.......!!!!!