MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Wednesday 3 December 2008

Umrah............

Salam dari Mekah....ingin aku mencerita kan beberapa pengalaman sedih aku ketika menunaikan umrah bersama sama dgn staff staff aku di sini....Terasa terlalu riang dah gembira bila pertama kali aku menunaikannya...seperti biasa di mana aku yang menetap di dalam Hotel Al Safwah ni
harus lah keluar menaiki teksi atau bas untuk ke Tana'im (mekat) iaitu sempadan Haram dimana kita harus melakukan solat sunat 2 rakaat di dalam masjid di Tana'im. Kalau kita menaiki teksi cuma di kenakan bayaran sr10 sahaja but if u take bus is only sr2...tetapi harga tambang ni tak menentu depa charge..kalau time Ramadan dan musim haji agak mahal lah tambang teksi tu..Pernah masa bulan ramadan depa nak charge aku sebanyak sr200 one way..wow..mahal giler....La ni dalam musim Haji lagi mahal lah...

Alahamdulilah sempat gak lah aku buat umrah sebanyak 8 kali ( 6 kali dalam bulan Ramadan) tetapi yang paling best sekali ia itu umrah pada kali ke 4 dan ke 6.....masa tu aku menunaikan umrah khas untuk arwah ibu ku dan entah macamana dengan senang dan mudah laluan aku dapat peluk batu Kaabah walau pun org begitu ramai dan sesak ( lebih kurang 4.5 juta org pada malam Ramadan Lailatul Qadar) tiba tiba pada malam tu , aku rasa insaf dan terlalu menyesal dgn segala perbuatandan kesalahan ku waktu dulu...bila mana aku berdoa betul betul di depan Multazam , aku betul betul menangis dan berteriak kesal atas segala perbuatan dan dosa dosa ku....Terasa diri ini amat kecil bagi ku dan aku sedar atas kebesaran tuhan yang Maha Esa...Ya Allah aku amat bersyukur kerana kau telah berjaya menyedar kan diri ku ini yang selama ni aku terlalu leka dan lalai pada nye...tanpa berhenti aku berdoa lama di depan Multazam .....tanpa aku sedari orang orang di sekeliling aku juga berteriak menangis memohon ampun dan maaf sambil berdoa...Syukur Alahamdulilah dalam usia aku yang sebegini Allah telah memberi kesedaran dan keinsafan pada diriku....nasihat aku pada semua orang jangan kita sesekali lupa padanye. dan jangan tinggal solat walau satu waktu sekali pun...percaya lah Dia akan mengingati dan memberkati/tolong kita kalau kita INGAT padanye.....Aminn...




1 comment:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Alhamdullilah! Jika kita terasa menyesal, terasa berdosa sehingga kita menangis2...tu antara tanda2 taubat kita diterimaNya,insyaAllah.
Semoga mendapat taufik & hidayah dariNya.