MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Sunday 29 November 2009

" Berita Terkini...- Di Dataran Kaabah

Bismillah...Salam from Makkah...Ini lah dia suasana dan gambaran sebenar di Dataran Kaabah pada jam 9.30pagi tadi..agak ramai sekarang jemaah sudah kembali ke kota Makkah selepas melakukan lontaran di Mina bagi melengkapkan ibadah Haji dengan bertawaf serta Sae'i..alhamdulilah...


61 comments:

abang sulong said...

Salam CL.

Sah dah..

nailofar09 said...

salam....ehhh sunyi nye...cl...dapat nih alhamdulillah

nailofar09 said...

salam...CL,,,,dpt perak arrr.abg Long tahniah

abang sulong said...

Salam CL,

Tersentuh benar 2-3 hari ni, tengok Makkah, Arafah, Maudzalifah, Mina dll lain-lain.

Kita tahu CL mesti letih 2-3 hari ni.. Itulah pengorban untuk mendapat keredaan Allah.

Zie said...

Salam CL,
Alhamdulillah... tahniah abangsulung

nailofar09 said...

salam, apapun...CL...muga dapt yg terbaik...ni kira nafar awal...kena bayar dam kerr... kalau 3 mlm tu tk mabit di Mina damnya kambing yer CL...maaf tak pasti

abang sulong said...

Sala CL & nailofar09,
Bukak2 tadi.. eh..eh ada N3 baru.

CL, Saya belum sempat nak ucap terima kasih kerana tlg doakan kami di arafah. Hanya Allah saja yang membalas kebaikan CL nanti.

Zie said...

Salam CL,
Semoga CL dan semuah jemaah haji beroleh haji yang mabrur..

Bila balik dari Arafah, Mudzalifah dan Mina ada jemaah tak sihat dan keletihan. Moga terus sihat dan punyai kekuatan untuk beribadah..

rosli said...

Salam Sdra Azli dan rakan2,

Syukur sdra dapat post gambar Dataran Kaabah, arini ni saya tgk 2 program haji, pagi tadi ulangan Khabar Haji dan skrg Salam Baitullah (RTM), saya percaya sdra mesti dah selesaikan urusan lontaran ketiga2 jamrah. Syukran dan moga mendapat haji yg mabror

Zie said...

Salam CL,
Betullah abangsulung.. tengok kiriman doa sampai 150 utk dibacakan di Arafah, belum lagi tambahan dan sms disaat akhir..

Hanya Allah yang membalas jasa CL... Moga syurga firdaus sebagai balasan. amin.

rosli said...

Salam Sdra Azli dan rakan,

Tahniah kepada abgsulong dan dan nailorfar09, emas perak dan gangsa....

Kpd CL tk kerana mgkn masih penat dan sempat post gambar terbaharu...

aznaz said...

salam abang sulung...

taniah..Raja Pecut ...No 1

memng dah SAH

aznaz said...

salam nailofar...

ye lah dia dah dapat perak tuh...

wasalam

aznaz said...

salam abang long...

ye lah..memag letih sangat nihhhh
ken banyak bersabar lah nihh..nak kuar balik masuk ke Mina melontar last..

waslam

aznaz said...

salam nailofar...

nafal awal takda kena bayar DAM ....


waslam

aznaz said...

salam abang sulung..

alhamdulilah..seoga allah st merahmati kita semua

waslam

aznaz said...

salam zie...

benar tuh..semua dah keletihan...


waslam

aznaz said...

sala rosli...

alhamdulilah...skg nih nak p last melontar nih..pas zuhur..

waslam

aznaz said...

salam zie..

takpa lah , kita serahkan kepada allah swt shaja yang bisa menentukan nyer..insyalah..

waslam

Zie said...

Salam CL,
Di saat CL keletihan... ramai jemaah dah mula untuk untuk meninggalkan hotel dan pulang ke negara masing2.. Sampai bila CL bercuti utk ibadah haji ni.. moga bersabar menguruskan kepulangan jemaah.

aznaz said...

salam zie...

sya kerja lagi nih...
masih lum ada cuti or offday..cuma masa di wukuf sya amik sehari lepasan kerja..

wasalam

Salwani said...

wah hari ni dah lengkap semua rukun dan wajib haji CL. Alhamdulillah! Tahniah semoga mendapat haji yang mabrur wasa'yan masykura wa zanban magfura waamalan sholehan maqbula

aznaz said...

salam salwani..


alhamdulilah...mekasih atas komen saudari tuh

waslam

rosli said...

Salam Sdra Azli,

Maknanya selepas lontaran ketiga ini, haji sdra sudah lengkap lah kan.. syukur lah.

Unknown said...

salam CL..
Alhamdulillah..semoga CL dan semua jemaah haji (tetamu Allah) mendapat haji yg mabrur..
selepas mengerjakan haji , badan penat tapi hati gembira dan ceria , suatu kepuasan yg tak dapat digambarkan.. hanya mereka yg sedang berada di sana saja yg dapat menghuraikan rasa hati masa kini ..setelah rukun islam kelima selamat dikerjakan.

UmmuAdam said...

Salam CL,

Syukur alhamdulillah, rasanya dah lengkap ibadah haji CL, semuga dikurniakan haji yang mabrur dan syurga Allah sebagai balasannya...insyaallah.

UmmuAdam said...
This comment has been removed by the author.
CM said...

salam

cikgu doakan haji mabrur adalah ganjaran terbesar atas segala kesabaran ciklie menempuh segala dugaan dalam perjalanan hajimu kali ini,balasan untuk haji mabrur ialah syurga firdaus tempatnya..insyallah..take care..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam haji,

semoga Allah SWT mengurniakan haji yang kpd CL.

Hj Abdul Rahim said...
This comment has been removed by the author.
rosli said...

Salam Sdra Azli,

Kami semua mendoakan sdra mendapat haji yg mabror ( dan dapat mebuat badal haji utk orang tersayang) dan sentiasa sihat walafiat. Amin.

ijoi said...

Alhamdulillah

hilmyiskandar said...

Salam.

Alhamdulillah, sesak utk tawaf haji dan lapang dada bila nampak Kaabah. Intai jua Kiswah baru masa tawaf tu, baru teringatkan anak2 dan M'sia, kalau tidak langsung tak tahu apa yg berlaku - Itulah KebesaranNya. Semuga semua Jemaah di anugerahkan Haji yg. Mabrur.

Amin.

tq.

Imran Paris said...

En Li...tadi Abg sy yg di Makkah pun sms bg tau dorang dah di MH, buat nafar awal...tentu ramai penuh sesak 1 hari ni jemaah2 selesaikan tawaf dan saei haji. Moga mabrur semuanya.

Ayah Zain said...

Salam CL,

Alhamdulillah. Tentunya sebahagian jemaah telah berada di makkah kerana membuat nafar awal. Semoga amalan haji mereka di terima Allah.

Ayah Zain said...

Salam CL,

Salam abangsulong apa yang sah tu. Sah haji ke. negh ngeh ngeh. Tahniah raja pecut

Ayah Zain said...

Salam CL,

CL buat nafar awal juga ke

abang sulong said...

Salam Ayah Zain..
Oo.. Sah dah..tadi tu ke, sejak join PDKM tak sangka dpt beri komen pertama N3 ni.

rezeki said...

salam semua,

alhamdulillah td cl call, dia baru selesai melontar di jamrah dan dalam perjalanan menuruni jamrah dan pulang ke Makkah dgn berjalan kaki, selesai sudah pekerjaan haji buat allahyarham ayahanda Tn Hj Abd Aziz .

Semoga dikurniakan haji yang mabrur dan roh allahyarham ayahandanya ditempatkan dikalangan para ambia dan solihin,

satu perngorbanan dari anak yg soleh buat ayahandanya dan semoga kita juga memperolehi anak yg soleh yg dapat membahagiakan kita sebagai ibubapa apabila kita kelak kembali ke rahmatullah melalui pelbagai cara yg dituntut oleh islam.

tadi saya juga menziarahi pusara bapa saya , diam tak diam diam dh 19 tahun arawah meninggalkan saya

Alfatihah buat arwah ayahanda CL dan dan juga buat ayahanda saya.

Ayah Zain said...

Salam CL,

Semoga Allah menempatkan roh ayahanda CL dan CR di sisi mereka yang diteriaNya. Semoga CL mendapat haji mabrur

Ayah Zain said...

Salam CL,

salam abangsulong. oh yer ker. Tanhniah lagi sekali

Noor said...

Salam CL,

Alhamdullilah & Tahniah.. telah sempurna perjalanan haji tahun nie.. InsyAllah, dengan keizinan Nya.. tahun depan ada peluang untuk mengerjakan haji untuk arwah bonda tercinta.. bahagianya seorang ayahda bila mana haji nya dilakukan oleh anak nya sendiri..

Sebagai anak adalah menjadi tanggung jawap kita yang masih hidup ini untuk berbakti kepada mereka yang telah pergi.. Semoga amalan kita diberkati.. amin

Hj Karim said...

Salam semua.Alhamdulillah tetamu Allah telah berjaya menyempurnakan rukun Islam ke 5. Apajua halangan,musibah dn cabaran dapat di atasi dan semoga mendapat ganjaran dari Allah.

Yem0805 said...

Salam CL,

Alhamdulilah semua telah selamat dan selesai.

Noor said...

Salam

tn ismet, pagi tadi pun cheq p ziarah pusara arwah ayahda cheq.. dah 13 tahun pak cheq pergi meninggalkan kami.. kenangan bersama nya tidak pernah lenyap dari ingatan..

Al fatihah untuk arwah ayahda CL, ayahda CR, ayahda cheq... dan arwah2 ayahda kengkawan blogger kita.. Semoga Alah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan ditempatkan bersama para solihin.. amin

sonata anak kancil said...

Alhamdullilah & tahniah sudah selamat ....semoga peroleh haji mabrur

rokiah said...

SalamCL,

Alhamdulillah..
Semoga CL memperolehi haji yang mabrur.
Beruntung dan bertuahnya ibubapa yang mempunyai seorang anak yang berpekerti mulia seperti CL ini.

safiudin.com said...

salam sdr,

Alhamdulillah, syukur kerana telah berjaya melaksanakan ibadat Haji......

Terasa sayu dan menghibakan.... seluruh umat Islam dari serata dunia berhimpan.

Mampu, ikhlas mencari keredaanNya.

ps : guna telefon bimbit Nokia E71 melihat blog ini..... (Seri Malaysia, Sg Petani).
Saya berada di Sungai Petani, Kedah (majlis perkahwinan)
safiudin.com

rosli said...

Salam Sdra Azli dan rakan,

Syukur sdra Azli dan dapat selesaikan haji dan buat haji badal untuk arwah bapanya.

Al Fatihah juga kepada arwah2 bapa blogger, bapa saya dah 28 tahun meninggal dan ibu saya dah 18 tahun, saya pun sempat ziarah kubur kedua mereka 22 Nov lalu. Memang sayu dan sedih bila ingat mereka yang rapat dengan kita sudah tiada lagi. Sekadar berkongsi perasaan, doa untuk mereka tak pernah lupa selepas solat. Amin.

Kepada yang masih ada ibu bapa luangkan masa bersama mereka setiap hari kalau boleh, setiap minggu kalau jauh sikit dan setiap bulan kalau jauh sementara mereka masih ada dan sihat. Gembirakan hati mereka....

Zie said...

Salam CL,
Alhamdulillah dan Tahniah CL... sudah selesai menyempurnakan ibadah haji ayahanda tercinta.

Alfatihah.. untuk muslimin dan muslimat yg telah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkankan rohnya dikalangan orang yg beriman.

p/s.. kak ngah, pak itam, hj rosli dll... saya dpt rasakan kesedihan disaat kerja2 haji/umrah utk arwah ayahanda tersayang.

shami2 said...

salam CL..

Alhamdulillah...dpt mengikuti siaran baik di astro dn juga PDKM..

Kpd CL dan seluruh muslimin dan muslimat disana moga mendapat hj yg mabrur..

PDKM, dn astro oasis hebat bersiaran..Insyallah gelombang semangat rakyat Msia untuk mengerjakan haji tahun2 akan datang pasti bertambah hebat...


p/s: CM ..tuan tanah dh balik dah cheq dh bagi kunci rumah kat dia...nohh..ngeh..ngeh..ngeh

rezeki said...

salam ,

betul kata rosli tu, semlm masa berbual dgn ibu ku yg sudah tua dan uzur krn pelbagai penyakit, dia ada mengatakan "mak ni tunggu hari je , rasa dh lama kat dunia ni" sebak dan sayu di dalam hati ini. Juga dia meminta agar kpd pengali kubur direzabkan sebuah liang lahad utknya berdekatan arwah ayah(suaminya) dan juga ibu bapanya yg telah kembali kerahmatullah di tanah perkuburan berhampiran dgn rumah.

sebelum balik , kami seperti biasa bersalam dan mencium kedua pipinya dan dahinya, dan mak meminta agar selalu mendoakannya, setiap kali kepulangan kami akan diiringi dgn doa yg dibacakan olehnya,

mmg jasa kedua ibubapa kita tidak terbalas dgn apa sekali pun di dunia ini

YB said...

Salam Hj CL

Semoga penat lelah dah hilang utk menyambung tugas dan melayan peminat PDKM.

Wassalam

CM said...

Salam

terdengar-dengar suara ceria CL memberitahu beliau dah pun selamat menyempurnakan ibadah haji untuk ayahanda tercinta,perjalanan haji yang penuh dugaan pasti pahalanya berganda,

Alhamdulillah,semoga tahun hadapan CL berpeluang lagi menunaikan haji untuk arwah ibu yang sangat dirindui,sejuk pusara ayahandanya menerima doa dan ibadah dari anak yang soleh...berserta haji yg mabrur..

take ur rest ciklie

Anonymous said...

Salam Cik Lie,

Terima kasih kerana sudi mendoakan doa-doa kiriman kami. Tentu letih selepas semuanya selesai. Akak doakan Cik Lie sihat dan selamat bertugas kembali. Nanti bila balik cuti di Msia boleh rihat puas puas ye...

aznaz said...

sala semua pembaca PDKM dan komen2 ada tuh...

alhamdulilah...jam 7.00 malam sya sudah puns elamat sampai di makkah selepas melontar tadi..buat nafar awal jugak saya...seronok hati dan girang tk terkata semasa berjlan kaki pulang ke makkah dari Mina...tak terasa kepenatan pun bahkan bertambah teruja dan redha atas apa pemebrian allahs wt pada diri ini...

syukur dan jutaan terima kasih pada anda semua atas doa ayng di beri pada saya.hanya aalh swt shaja yang dapat memabals jasa baik anda semua..

waslam..

Imran Paris said...

En Li....ALHAMDULILLAH. Moga mabrur hendaknya.

aznaz said...

salam Imran..

insyalah...mekasih atas komen saudr tuh..alhamdulilah

waslam

abang sulong said...

Salam CL,
Kalau diturutkan hati ni..rasa nak cepat-cepat pegi umrah. Apakan daya.. rezeki ku belum sampai.

CL, berehatlah dulu ye.. dah letih 2-3 hari ni. Mesti sedap tidur malam ni..heh..heh..heh.. Kat sini 3.38,kat Makkah 10.38 Mata tak boleh tido ni,tak de buat apa bukak komputer menatap PDKM.

Ayah Zain said...

Salam Lie,

Terima kasih atas paparan perjalanan haji ini

mama ju said...

Sahdu mata memandang...wah abdsulung..