MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Saturday 24 October 2009

"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 7 = Bermalam di Mudzaliffah.."

Setiap area padang pasir di Mudzaliffah sudah di sediakan berkotak-kotak air mineral water untuk kegunaan Jemaah jemaah...
Beberapa bas bas persiaran akan menurunkan jemaah di pintu masuk pagar di padang Muzadliffah untuk bermalam disitu...
Beginilah keadaan kami sewaktu bermalam di Mudzaliffah tanpa khemah khemah seperti di Arafah...alhamdulilah..
Bismilah....selepas sahaja 5 das tembakan di lepaskan di Araffah( menandakan semua jemaah boleh bergerak ke Muzdaliffah) kami pun meneruskan perjalanan ke sana..alahamdulilah...Mudzalifah adalah kawasan padang pasir yang amat luas sekali dan tanpa khemah khemah kami bermalam disitu , yang ada hanya lah beberapa tiang tiang lampu yang menyuluh seluruh kawasan padang Mudzalifah....seperti biasa melakukan solat solat sunat dan berdoa serta berzikir disitu adalah rutin kami sepanjang masa yang terhad.....disamping ituh jugak kami telah mengutip anak anak batu untuk dibawa ke Mina bagi ritual yang seterusnyer yakni Melontar Jamrat...syukran..waslam


TIPs Berguna..
P/s: Bakal bakal Haji dinasihat kan bawa bersama selimut serta kain alas tido ketika di Mudzalifah, pada waktu malam agak sejuk cuaca di situ...

30 comments:

Ayah Zain said...

Salam CL,

Alhamdulillah, n3 ini memnag sangat diperlukan oleh bakal haji. Semoga paparan ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada bakal haji yang pertama kali menunaikan haji. Semoga mereka mendapat haji mabrur

Ayah Zain said...

Salam CL,

Alhamdulillah, dah lama AZ tak dapat no 1 ni, ada aku kisah? anyway pengunjung PDKM semalam ialah 1180.

p/s doakan AZ sekeluarga bila Lie ada kelapangan di MH yer.

CM said...

Salam ciklie

Keterangan dan nasihat berdasar pengalaman berguna pada jemaah haji,diharap semua jemaah malaysia yg standby nk terbang tu berpeluang membaca blog PDKM ni,kadang2 ceramah dan panduan haji dari Tabung Haji @travel agency mereka terlepas pandang beberapa perkara...

teruskan ciklie pengisian bermakna ni,ciklie mendapat keberkatan daripada segala ilmu dan pengkongsian..teruskanlah episod-demi episod teruja nak mengikutinya...

aznaz said...

salam ayah zain...

taniah....no wahid...
rajapecut lah skg dia...

insyalah semoga mreka mendapat haji yang mahbrur...

jgn risau , say senantiasa mengingati az di situ..insyaalah


wslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

aalahmdulilah...terima kasih atas sokongan anda...


waslam

Azemi Ali said...

Salam CL

Very good posting. terima kasih.

PINATBATE said...

salam..
rasanya blog Cik Lie ni dah merata alam orang baca..Insyaallah tak lama tu adalah org tabung haji terbitkan article tulisan cik lie ni utk rujukan bakal haji..mana tau kan..

Yem0805 said...

Salam CL,

Memang di Mudzaliffah bila malam sejuk..kalau ada jemaah haji yg bermalam sampai pagi menungu giliran bus datang kena byk sabar.

rezeki said...

salam CL,

sekadar pengkongsian pengalaman saya di sana :

19/12/2007 RABU (Day 35) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH

Alhamdulillah, selesai sudah salah satu rukun dalam ibadat haji. Kami masih dalam keadaan berihram lagi. Jemaah mula bertolak ke Mudzalifah menaiki bas mengikut giliran yang ditetapkan .Pada tahun ini , sistem at-Taraddudiah (ulang-alik) diperkenalkan utk membawa jemaah . Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 malam . Jarak perjalanan dari Arafah ke Mudzalifah 8 Km memakan masa hampir 1 jam juga . Kira-kira jam 10.00 kami telah tiba di Mudzalifah, satu kawasan padang pasir yang memanjang yang menempatkan berjuta-juta jemaah . Bermalam (mabit) di Mudzalifah bermaksud berada di bumi Mudzalifah sepanjang malam sehingga pagi atau berada di bumi Mudzalifah seketika selepas tengah malam dan waktunya ialah pada malam 10 Zulhijjah. Ia merupakankan salah satu hokum wajib haji .

Tiada khemah di sana . Hanya kanvas besar yang diletakkan di atas padang pasir yang kering kontang dan beratapkan langit Mudzalifah yang indah dgn disinari oleh lampu limpah . Di kiri kanan kami ialah lebuhraya yang dipenuhi dgn lautan bas yang tidak putus-putus. Kami di tempatkan di kawasan bagi jemaah haji Asia . Kelihatan kumpulan jemaah dr Zahafiz Travel, Rayhar dan byk lagi pakej haji swasta . Kami mengutip 7 anak batu sebagai persiapan utk melontar di Jamratul Aqabah nanti. Kemudian terus melakukan amalan2 sunat yang dituntut semasa berada di Mudzalifah seperti berzikir, berdoa dan solat sunat.

Keletihan mula terasa . Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi , namun pergerakan jemaah dari Mudzalifah ke Mina menaiki bas terlalu perlahan. Ada yang terlalu kepenatan tertidur dgn beralaskan khemah, berbantalkan beg dan beratapkan langit. Keadaan ini berterusan sehinggalah hampir masuk waktu subuh. Diam tak diam, hampir 7 jam kami telah berada di Mudzalifah. Apabila waktu subuh tiba, kami menunaikan solat subuh berjemaah di sini dgn membentangkan tikar2 plastik yang dibawa. Hampir pukul 6.00 pagi barulah tiba giliran kami utk menaiki bas dan bertolak ke Mina.

Kami difahamkan bahawa masalah pengangkutan dan kelambatan ini berlaku kerana bas yang diperuntukan kepada jemaah haji Asia telah “diculik” oleh jemaah haji negara lain yang menawarkan wang tunai yang lumayan kepada pemandu-pemandu bas yang kebanyakkan diimport dari negara luar. Kemudian masalah ini diburukkan lagi dgn kesesakan lalulintas menuju Mina . Namun semua kepayahan ini sebagai satu dugaan dan cabaran yang kecil dari ALLAH jika hendak dibandingkan semasa Rasulullah dan para sahabat mengerjakan haji dahulu.Kumpulan jemaah haji Malaysia yang terakhir bertolak dari Mudzalifah ke Mina lebih kurang pukul 12.00 tgh . Kasihan sungguh kerana matahari ketika itu berada di atas kepala . Seorang dari jemaah wanita telah meninggal dunia setibanya di Mina.

7.30 pagi Eid MUBARRAK atau HARI RAYA KURBAN ,kami tiba di Camp 88 yang menempatkan jemaah dari kawasan maktab 104 dan 105 sejumlah hampir 4000 orang. Camp 88 terletak berdekatan dgn Terowong Muassim yang menghala ke kawasan Jamrah. Khemah kami terdiri dari 44 orang jemaah dari hotel yang sama semasa di Mekah. Kerana terlalu keletihan , apabila tiba di khemah dan meletakkan beg mengikut nama yang di tampalkan di tilam kecil , ramai antara kami terus melelapkan mata .

Gee said...

salam cl,

tq. artikel ini amat berguna kepada semua bakal haji dan terima kasih sekali lagi untuk tips tersebut.

CASA QASEH said...

CL teruskan usaha murni CL mendekatkan kami utk kerumah ALLAH. semuga satu waktu kami akan menjadi tetamu NYA jua. Artikel CL akan sentiasa menjadi rujukan. syukran...

Leenoh said...

Salam Manzlie.

Tip dan panduan yg bermakna sekali sesuai dgn masa dan ketikanya.
Tentu sekali akan dimanfaatkan oleh bakal Haji yg membacanya.

Syukran lak.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Lebih enak berada di situ tanpa khemah.Pandangan jemaah menjauh ke kaki langit.Lebih2 lagi ada lampu2 di pasang.Zaman 20 tahun dulu tak dak lampu.Cuma lampu bas saja.Dan bas pun bebas parking kat mana2.

Doakan semua jemaah tahun ni mendapat petunjuk dari Allah.

Wassalam.

Naz Mohamed said...

Cabaran dari Arafah ke Mudzalifah ialah pengangkutan. Masing2 mempunyai pengalaman yg berbeza. Ada yg cepat sampai ke Mudzalifah, ada yg terus tak sampai2 hatta yg dtg dgn pakej > RM100,000.

Sekadar berkongsi, setiap kali sebelum memulakan perjlnan samada ke Araafh, Mudzalifah,Mina dan balik ke Mekah kami lakukan solat hajat dan baca Yassin memohon dipermudahkan perjalanan dan dijauhi dari sebarang malapetaka.
Alhamudllillah, tiada sebrg masalah dlm perjalanan dan dpt sampai ke destinasi dlm masa yang cepat.

hilmyiskandar said...

Salam.

Menghantar jiran ke Komplek Haji Kelana Jaya utk ke Madinah melalui KT 15 malam tadi, meriah suasana + sayu + happi + terasa macam kita pulak kesana. Doakan saya + famili kesana jua. Ceria wajah semua Jemaah dah tak sabar2 utk ke Madinah + Baitullah. Didoakan semuga sihat dan sempurna semua amalan haji dgn mendapat haji mabrur. Amin.

tq.

S said...

salam,

mabit di Muzdalifah adalah wajib Haji.

sunat mengutip 7 biji anak batu.

disini vitaminnya adalah SABAR.
agar jemaah sihat rohani dan jasmani.

mnasir said...

Salam CL.

Syukran CL kerana makluman berbentuk gambar2 yang dipaparkan dapat memberi maknak yang begitu bermanafaat kepada saya terutamanya yang pertama kali akan menjejak kaki ke tanah suci. Syukran banyak2

aznaz said...

salam mnasir..

alhamdulilah..semoga kita mendapat keberkatan hendaknyer..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam kak As..

bermalam di situ perlu penuh kesabaran...insyalah


waslam

aznaz said...

salam azemi ali...


mekasih..alhamdulilah

aznaz said...

salam Rezeki..

alhamdulilah...terimakasih atas info yang diberi...


waslam

aznaz said...

salam kak Pinat..

alhamdulilah..mekasih kerana menyokong blog nih...

waslam

aznaz said...

salam Yem...

alhamdulilah..perlau kan banayak kesabaran..insyalah

aznaz said...

salam casa qaseh...

alhamdulilah...semoga kita mendapt manafaat darinyer..

waslam

aznaz said...

salam gee..

alhamdulilah...panduan yang amat berguna..

waslam

aznaz said...

salam leenoh...

insyalaah..harap harap begitu lah..

waslam

aznaz said...

salam ayahanda...

ye ker..alhamdulilah..semoga mereka mendapt haji yang mahbrur..insyalah

wasalam

aznaz said...

salam hilmy..

alhamdulilah...semoga anda mendapat keberkatan..insyalah

waslam

Imran Paris said...

En Li....mmg n3 yg penting...esp gambar2 tu, sbg persiapan mereka yg bakal menjadi tetamu Allah. Saya teringat bgm sistem yg TH perkenalkan tidak berjalan dgn sesempurna yg direncanakan tahun lalu. Kami bermalam hampir 11 jam di Mudzalifah, dr lepas waktu Maghrib sehinggalah masuk waktu Subuh....mmg penat rasanya...nak duduk, nak tidur....tp tak sampai hati sbb org2 yg lebih tua nmpk jauh memerlukan...jadi saya dan seorg sahabat yg saya kenali di Makkah cuma berbaring dan tertidur hanya dlm 10 minit di atas jln tar...alhamdulillah...pengalaman mendewasakan...alhamdulillah

Harapnya pihak TH dan Kerajaan Saudi juga sama2 mendapat iktibar demi keselesaan tetamu Allah di masa2 akan dtg

Syukran wassalam

aznaz said...

saam saudara Imran...

benar tuh...mereka di suruh suapay mencari sendiri tempat untuk baring or berehata sendiri dalam erti kata sebenarnyer..sian gak tengok jemaah jemah yang dah berusia tuh..tapi nak baut camner..kena banyak bersbar je lah..insyualah..

waslam