MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Saturday, 10 October 2009

" Innalilahi......"

Jenazah yang sudah di sembahyangkan tadi telah di usung bawa keluar MasjidilHaram untuk pemgembumian...
Al-Fatihah, Beberapa jenazah telah di usung keluar dari Masjdil Haram, aku pun sempat mengusung jenazah tersebut walaupun hanya lebih kurang 10 saat sahaja ( kerana ramai yang berebut rebut dan menolak untuk mengambil kesempatan mengususng jenazah tersebut) terasa penuh keinsafan bilamana mengusung jenazah nih.......syukran..waslam

37 comments:

IBAN MUSLIM said...

Semoga rohnya dirahmati Allah...

IBAN MUSLIM said...

Suasana yang hebat...semua berlumba-lumba untuk beramal...Itulah istimewanya tanah suci...

Alhamdulillah

Innalillahi wa inna illaihi rajiun...

CM said...

salam ciklie

walaupun 10 saat kesempatan tu,tak semua orang dapat merasainya,org asia yg bertubuh kecil biasa di tolak oleh mereka yg bertubuh besar..tahniah fren,moga amal dan ibadahmu diterima tuhan,hanya Allah yang berhak menilainya..Allah tu maha pengasih dan penyayang,dan sentiasa mengalukan kedatangan hambanya untuk merapatinya dengan apa cara sekalipun,Islam itu indah n the way of life,,,yang tak de pada agama lain,,,mengusung jenazah pun pahalanya besar tak terhingga...


psst: moral of the story....untuk tidak ditolak oleh pak arab bertubuh besar silalah makan bebanyak2 agar kuat,tak payah diet,hehehehe..

aznaz said...

salam Iban Muslim..

insyalah....semoga roha mereka di tempat kan disini rang oreang yang beriman....

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

ye lah 10 saat pun dah kira alhamdulilah lah...insyalah nanti nak cuba lebih lama dari tuhh..

hmm kena gak diet cikgu ...

waslam

Ayah Zain said...

Salam CL,

Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah. All Fatihah

aznaz said...

salam ayah zain..

aminn..

syukran..

waslam

gyan MD said...

salam

alhamdulillah .. bukan semua org terbuka hati utk sama2 mengusung jenazah ni.. baik di tempat kita ataupun dimana2.. & pahala org yg mengusung jenazah ni amat lah besar .. lebih2 lagi kalau sempat solatkan jenazah, mengusung & iring jenazah sampai ke liang lahad. tahniah abg Lie.. kerana berjaya merebut peluang & ruang pahala yg disediakan.. bukan semua yang terbuka hati merebut peluang utk mencari redha Allah w/pun dihidangkanNYA setiap hari.

aznaz said...

salam my son...

alhamdulilah...semuanyer adalah datang dari kehendaknyer...alhamdulilah..

many thnaks for your comment..

waslam

Umi Azuddin said...

Semoga ruh-ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang abrar. Amin.
Kita semua akan menyusuli mereka jua suatu hari nanti.

Terima kasih Cik Lie atas entri yang mencetus keinsafan diri yang fana ini.

aznaz said...

salam ummiazuddin..

semoga kita menginsafi atas apa yang kita lakukan selam ini , bekalan yang kita bawa bersama nanti keakhirat?

waslam

alamanda said...

baru kematian bapa saudara, masih terkejut. tak sangka arwah meninggal sebab tak saket. sgt sedih sebab takde bantuan kecemasan diberi ketika die sesak nafas. masa ummu dtg dah sejam die tak sedar diri. masih di biarkan atas kerusi. sgt sedih.

rezeki said...

salam CL,
drpd Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

dunia hanya pinjaman, negeri akhirat yang kekal abadi

aznaz said...

slam ummu..

subhanalah...mengapa jadi begitu....

aznaz said...

salam Rezeki.....



Aminnn...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

alhamdullilah! semoga lain kali dpt peluang lagi.

Noor said...

AS Salam CL..

Innalillah.. di Mekah urusan pengkebumian dilakukan dengan segera.. Untung CL beroleh pengalaman mengusung jenazah di Haram..

CL.. sampai masa nya kita juga akan diusung sebegitu.. bila & dimana?? tiada siapa yang boleh memberitahu.. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita.. amin..

... semuanya telah selesai
lalu orang pun berangkat
maka ditinggallah dia bersendirian
dengan balutan kain putih
serta jasad yang akan reput
hanya tiga yang dapat membantu..
amalan, sedekah jariah & doa anak yang soleh..

aznaz said...

salam Hajah Zainab...

insyalah..semoga dapt peluang lagi..

waslam

aznaz said...

salam kak Noor...

insyalahhh..seoga infomrasi yang di beri itu akan memberi manafaat pada dkitas semua..insyallah

wasalm

Leenoh said...

Salam Manzlie.

Sekali sekala teringat kita juga akan diusung begitu suatu hari nanti.Ingatan itu menginsafkan.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

melanie said...

innalillahiwainnalillahirajiun...
entahkan sempat sy k sana sebelum dijemput mengadapNYA..:(

aznaz said...

salam Melanie...

insyallah berdoa lah kita padnyer...


wasalam

aznaz said...

salam Leenoh...

aminnn...yup kita harus lah senantisa berIngat akan mati supaya menginsafkan diri ini dari menjadi sesat sesbelum mati..insyaalah

waslam

rezeki said...

salam cl

SATU PENERBANGAN

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain kapas putih.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabane, tetapi air mawar dan cendana

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selama-lamanya.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang di idamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawah nya atau Neraka Jahannam

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya…

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan…,ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya!!! Berita Baik…!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranyaanda boleh..!!

HaNyA iNgAt!!

Penerbangan ini datang tanpa AMARAN.Cuma perlu ingat!! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini…

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

aznaz said...

salam Rezeki...


alhamdulilah...slah satu peringatan yang amt berguna untuk kita semua renungkan sejenak...sesuatu yang pasti akan tidak melalikan diri kita jikalau kita menghayati renungan tersebut..insyalah..

terim aksih ats info yang di beri....

Once again ...syukran


wslam

abh said...

Salam sdra Manzlie,

apabila ajal tiba...dimana sahaja sekalipun kita akan hadapi...yg paling istimewa nya, apabila di solatkan oleh jutaan manusia di hari jumaat, penghulu segala hari....semoga roh2 mereka ditempatkan di kalangan para syuhadah dan solihin, insyaAllah....

aznaz said...

salam abh...


alhamdulilah.....semoga allah swt merahmati roh roh mereka di tempat bersma orang2 yang beriman..insyaalah

waslam

S said...

salam,

di Makkah smua orang berebut nak solat jenazah.

di Malaysia banyak lelaki yang tak endah kalau pasal solat jenazah.
walaupun Allah mnjanjikan pahalanya sebesar bukit Uhud.
wallahua'am.

sonata anak kancil said...

salam,hubby pernah nak usung jenazah tak dapat satu hal - tak terkejar nak ke tempat semadian...laju depa jalan!

hilmyiskandar said...

Salam.

Satu keinsafan utk. bekalan di akhirat nanti.

Amin.

tq.

aznaz said...

salam Hilmy...

ye lah...alhamdulilah..aminnn..


waslam

aznaz said...

salam sonata...

mungkin takda rezeki lagi tuh..insualah nanti dpatlah tuh..

waslam

aznaz said...

salam kak As..

sememangnyer allah berikan ganjaran yang besar pada mereka yang melakukannyer..

waslam

aznaz said...

salam saudara safiudddin...


aminnn..


wasalam

Leenoh said...

Salam Manzlie.

Firman Allah dalam surah al.Mukminun ayat 12 - 16 bermaksud;

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat".

Wallahu aklam.

aznaz said...

salam Lenoh...


terimakasih atas informasi yang di beri...alhamdulilah..

waslam

m.q said...

semoga di tempatkan bersama org2 yg soleh