MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Friday 23 October 2009

"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 6 = Berdoa Mengadap Qiblat di Araffah..

Kebanyakkan Jemaah jemaah keluar dari Maktab berdiri mengadap Qiblat sambil berDOA tanpa henti...Ya allah amponilah segala kesalahan2 kami...insyalah
Bismillah.....Inilah masa yang ditunggu tunggu oleh semua Jemaah yang menunaikan Haji..selepas sahaja Khutbah solat Zuhur maka bermula lah semua Jemaah jemaah Haji berdoa pada Ilahi hingga jatuh matahari waktu Mahgrib..(5 das tembakan meriam menanda kan Jemaah akan bergerak ke Mudazaliffah.)....kerana pada masa itulah Pintu doa dari Langit allah swt buka kan sekali dalam setahun yakni ketika waktu wukuf di Arafah ini lah..berbagai peristiwa telah ku lihat..ada yang terisak isak menangis, ada yang mencekup muka sambil menangis dan tak kurang juga menangis tanpa berhenti bila waktu berdoa...aku juga tak lari dari keadaan sebegitu..semuanyer timbul rasa KEINSAFAN dan KEKESALAN yang AMAT sangat pada diri sendiri ATAS PERBUATAN MASA LAMPAU dari dosa dosa kita ,Insyalah semoga allah makbulkan doa doa kita itu.....gambaran di atas menjelaskan keadaan sebenar waktu BERDOA DI ARAFAH...syukran..waslam
Tip paling berharga....
P/s: Kepada bakal bakal Haji nanti...pesanan ku..ingat lah pada waktu ini jangan lah kita membuang masa dengan berehat atau tido atau berbual kerana pada waktu ini lah sahaja PELUANG kita untuk memohon keamponan DAri Allah Yang Maha Esa. dan kepada saudari Zie dan En Imran ini lah jawapan dari soalan arituh...wsalm

48 comments:

olive oyl said...

salam hj mazlie,

salam..

olive oyl said...

salam hj mazlie,

salam..meremang bulu roma ketika membaca coretan hj mazlie..timbul keinsafan pada diri saya

Ayah Zain said...

Salam CL,

Inilah tips yang sangat berharga kepada bakal-bakal jemaah haji. Semoga dapat di ingati dan dilaksanakan pada masa itu. Semoga Allah memakbolkan doa-doa mereka. Rebutlah peluang ini agar masa yang sangat berharga ini tidak akan pergi dengan sia-sia sahaja kalau tidak dipergunakan sepenuhnya.

p/s: jumlah pengunjung :1251

Imran Paris said...

En Li....hari wukuf....satu pengalaman yg terlalu berharga....di sinilah saya perolehi jawapan yg pernah saya tanyakan pada ibu saya sewaktu kami sama2 berumrah pd Mei 2008.

Soalan saya pd ibu berbunyi "Ibuk, apa agaknya doa ibuk dgn bapak masa ibuk dgn bapak pergi haji tahun 1973....masa tu Im (panggilan nama diri) baru umur 3 tahun"

Ibu saya berkata "kenapa kau tanya macam tu?" Saya berkata lagi "iyelah tentu ibu bapak doa sesuatu buat Im....masa tu Im baru 3 tahun, tp skrg ni Im sama2 dpt buat umrah dgn ibuk bapak dan Nadia yg blm pun berumur 3 tahun....mesti ibuk ada doa sesuatu"

Ibu saya kata "tak de apa...aku doa biasa2 je" saya terkebil2 masa tu....tp di Padang Arafah...di hari Wukuf saya mendapat jwpn, jwpn yg cukup2 tepat dgn soalan yg saya ajukan kpd ibu saya. Jwpnnya ada dlm doa hari wukuf yg dipimpin oleh mutawwif, yg antara lainnya berbunyi"Ya Allah, kau jemputlah kami utk dtg lagi ke sini, kau jemputlah anak2 dan semua zuriat kami utk menjadi tetamu Mu...."

Masa doa tersebut di baca...saya terus teringatkan soalan yg pernah saya ajukan...air mata mengalir deras....bukan kerana mendapat jwpn kpd soalan tetapi kesedaran :-

1. Kasihnya ibuk bpk yg begitu ikhlas mendoakan kita sehingga tidak pernah mengingati atau ingin mengungkit apa yg didoakan

2. Begitu mujarabnya doa di Padang Arafah....hingga kita turun temurun dr zaman datuk nenek dtg ke bumi Arafah berkat doa org2 terdahulu dr kita

3. Begitu indahnya Islam yg mengunjurkan utk kita mendoakan semua umat Muhammad di tmpt dan hari yg paling mustajab setiap tahun, disebalik perpecahan berlaku di akhir zaman

dan byk lagi.....

pendek cite...saya tergolek dog dog...ngeh ngeh ngeh...slps tamat doa tersebut dibacakan....

En Li....saya ingat saya kena cepat2 buat n3 haji sayalah...asyik nyibuk kat n3 En Li pulak...lebih sudu dar kuah pulak ni...

Wassalam...sekadar berkongsi

aznaz said...

salam olive...

jusst panggil sya cl jer lah yer ...alahamdulilah ..timbul rasa keinsafan...

waslam

aznaz said...

salam ayah zain..

ini lah tip yang paling berharga untuk bakal bakal haji kita...
mekasih kerana masih duk mengira pengunjung blog ku..

waslam

aznaz said...

salam saudara Imran....

alhamdulilah...mekasih atas inforasi ayng amat berguna untuk kita berkongsikan bersama...

waslam

Leenoh said...

Salam Manzlie.

Anta duduk di Makkah seperti duduk di Malaysia, bila membaca ulasan kami.

Kami duduk di Malaysia semacam duduk di Makkah, bila melayari blog anta.

Itulah agaknya hikmah silaturrahim.

hilmyiskandar said...

Salam.

Ya Allah inilah waktu utk memanjatkan semua doa2 yang dipohon agar di terima olehNya. Kebesaran Mu memang keagongan Mu. Menitik air mata waktu ini penuh keinsafan.

Amin.

tq.

Unknown said...

salam CL..
N3 kali ini terus mengingati ummi ke tahun2 yg telah lama berlalu , terasa br semalam berlaku .
yer benar skali , bila tiba waktu dan saat wuquf , ketikamana berdosa memohon ampun , masyaAllah terasa begitu dekat sekali dgn yg Maha Pencipta kita..berbagai perasaan dtg waktu itu .. tak tahu macm mana nk digambarkan...hanya bg yg pernah mengalami pengalaman di sana saja yg dpt bayangkan...

Ayah Zain said...

Salam CL,

ayahzain tak kira . dia jadi (kira) automatik ma. nanti akhir bulan, az akan paparkan kat n3 ayahzain. ngeh ngeh. macam langit ngan bumi perbezaan PDKM dengan CHHM. pagi ni saja udah ada 34 pengunjung PDKM, CHHM cuma ada 3 pengunjung. ngeh ngeh ngeh.

Gee said...

salam cl,

terima kasih di atas kerana mengingatkan kami mengenai waktu afdal untuk berdoa itu. insyallah dipermudahkan Allah SWT untuk akak sekeluarga berbuat demikian.

rezeki said...

salam cl,

mengenang kembali semasa waktu wukuf di arafah:

"Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Pukul 11.00 pg melakukan persiapan diri utk wukuf yang dijangka 12.18 tgh. Menjelang waktu wukuf dgn dipimpin oleh beberapa orang guru agama, acara dimulai dgn talbiah dan zikir serta tazkirah .Masuk sahaja waktu zohor , khutbah pertama dibaca .

Setelah selesai diikuti dgn khutbah kedua serentak dgn laugan azan Zohor. Kemudian kami solat zohor dan asar secara jamak takdim tamam .

Khutbah Arafah yang dibaca sungguh meruntun jiwa , menyentuh hati dan perasaan . Dengan nada suara yang merayu dan merintih kepada ALLAH memohon taubat dan keampunanNya Tanpa disedari air mata bergenang dan berlinangan . Ia mengingatkan diri kita sebagai hambaNYA yang kerdil banyak melakukan dosa-dosa , kesilapan dan perkara yang mungkar semasa kita hidup , dosa-dosa yang kita lakukan terhadap kedua ibubapa kita , dosa-dosa terhadap isteri atau suami , anak-anak dan anggota keluarga. Namun masih diberi kesempatan dapat menjadi tetamuNYA dan berpeluang memohon keampunanNYA.

Berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat mustajab dan diangkat terus doa itu ke langit. Kemudian diteruskan lagi dgn Zikir dan Doa Arafah sebagai pengisian wukuf sehingga hampir pukul 5.00 ptg. . Sebelum waktu magrib tiba pada 5.43ptg , aku berdoa secara bersendirian kerana itulah waktu yang paling afdal utk berdoa ketika berada di bumi Arafah. Mengerjakan solat magrib dan isyak secara jamak takdim tamam dan seterusnya bersiap-siap pula untuk meninggalkan bumi Arafah yang penuh keberkatan ini menuju ke Mudzalifah .

sekadar pengkongsian

along said...

Salam CL,

Tahun ni CL pun berpeluanglah lagi mengerjakan ibadat haji yek walaupun bertugas..untuk upah badal Haji berapa yek dalam RM? tk

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam azli,

dah mula rasai kemeriahan musim haji. nanti siboklah CL kat hotel tu...

Kak Sidah said...

Salam CL,

Alhamdulillah, kepada semua kawan2 di PDKM, semangat dtg kembali bila melihat dan membaca N3 CL ni dan pengalaman IP, Rezeki, AZ dan yang lain, kerdilnya kita waktu itu disisi Allah. Terima kasih CL kerana memaparkan N# yang sungguh bermakna ini, akak pun pada masa tu tak dapat nak digambarkan mcm mana persaan sayunya sambil memohon untuk keluarga dan semua kawan2 dan juga negara kita supaya sentiasa aman

m.q said...

pengalaman yg berharga
thx ciklie sbb tak jemu2 sharing kt blog ni
rasa mcm dekat saja dgn makkah

rosli said...

Salam Sdra Azli dan rakan2,

Entri kali ini mmg best, bila baca komen sdra Imran dan Rezeki, saya sebak.....rupa2nya inilah antara doa arwah ibu saya masa dia pergi haji tahun 1986...Tq so much for sharing....panggilan haji ke atas diri saya semakin kuat wpun merancang pada tahun 2012 or 2013. T.kasih kepada semua yang kongsi pengalaman....air mata saya dah tak boleh nak dibendung lagi....

Bercerita pasal Makkah dan Madinah, Mina , Arafah dll mudah merentap hati saya....saya bersyukur jumpa blog sdra Azli ini dan rakan2 yg sentiasa berkongsi pengalaman haji/umrah dan yang pasti saya tak pernah jemu. Amin....

mnasir said...

salam CL.

Gambaran yang sungguh shahdu melihat kekhusukan berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari NTA.

My Life said...

salam.. alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah.... terasa sayu entry kali ini.. semoga allah memberi ciklie dan para jemaah yg lain kekuatan ketabahn dalam menjalani ibadat haji pada tahun nie... insyaallah..

p/s : doakan azie ciklie...

CM said...

Salam

alahai CM tunggu n3 ni untuk jadi nombor satu tapi no 21,n3 ni sangaaaattt mengharukan,betapa kerdil nye kiter betapa besar sifat Allah maha pengampun,CM doa andai satu hari CM diizinkan Allah buat haji diriku takkan lepas peluang ni,Allah sentiasa beri berpeluang kita bertaubat..

seperti kata olive oyl meremang bulu roma membaca dan meneliti gambar ni...masa ni lah kita alunkan doa taubat banyak2 sambil menangis memohon ampun.Subhanaallah indahnya waktu ini..Ya Allah berilah diriku peluang menjadi tetamu Mu

Umi Azuddin said...
This comment has been removed by the author.
Umi Azuddin said...

Salam..

Alhamdulillah. Terima kasih CL atas entri ini. Sememangnya waktu inilah kemuncak segala-galanya, kan CL? Adus, nostalgia, nostalgia.
CL, tolong doakan agar kami dijemput lagi ke sana, ye? Hopefully ditemani suami tercinta.

TQ CL.

VpeaceV

Zie said...

Salam CL,

Alhamdulillah, terima kasih CL, terima kasih juga En. Imran atas perkongsian ini... benarlah kita berada disana atas doa orang lain..
"Ya Allah, kau jemputlah kami utk dtg lagi ke sini, kau jemputlah anak2 dan semua zuriat kami utk menjadi tetamu Mu...."

shami2 said...

Salam CL..

Alhamdulillah...
Kongsi ngan imran...citer mak ayah

Masa mak sya pergi mekah tahun 2003..dia ada call saya ..2 3 kali kat ofis bagitau dia seronok sgat..dn doakan saya adik beradik dpt pergi buat haji suatu hari nanti..

Walaupun doa2 CL terkesan ...pd saya dn kawan2 insyallah..
Hari ni hari jumaat...sekali lagi secara peribadi saya mohon CL doakan yang terbaik buat saya khususnya majikan (kawan2 saya) dan kawan2 di ofis...moga kami semua beroleh hidayah dan petunjuk, iman, dan taubat sebenar2nya...mohon saya pada mereka agar berada di jalan yang lurus...amin

UmmuAdam said...

Salam CL,

Berada di Arafah adalah pengalaman yang tak dapat saya lupakan dan ianya juga tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Saya pun nak nasihatkan yang sama pada bakal-bakal haji. Gunakanlah waktu yang ada tu sebaiknya, tak lama cuma beberapa jam shj. Masa tu saya cari tempat yang sesuai, jauh dari kawan2 dan org ramai...saya dapat rasakan terlalu dekat saya dengan Pencipta saya. Namun saya juga perasan masih ramai yg berborak, merokok dan ada juga yg tido didlm Khemah.Alangkah ruginya mereka tapi Allah lebih mngetahui.....

UmmuAdam said...

Cik Lie, lupa lak nak tanya...hotel Al-Safwah tu satu bilik boleh masuk berapa orang.

RM500 smlm untuk yang tak de view, kalau ada view ntah berapalah pulak. Macam tu kami exchange bilik ajelah ngan CL, boleh ke?:)...tapi biasanya standard bilik kami lebih 300 meter dari MH...

aznaz said...

salam Leenoh...

itu lah keberjkatan PDKM pada kita semua..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam Hilmy...

alhamdulilah...keinsafan datang dari dalam jiwa kita...

waslam

aznaz said...

salam Ummi Humaira..

satu kenangan yang paling manis dalam diri Ummi kan..syukur alahmdulilah


waslam

aznaz said...

salam ayah zain...

terimaksih atas keperihatinan ayah zain tuh...

syurkan

waslam

Naz Mohamed said...

Salam CL,

Wukuf adalah kemuncak haji. Betul kata Cik Lie, di Arafah perlu bykkan ibadah. Ramai juga jemaah yg tidak dpt beribadah sepenunya di Arafah krn masalah kesihatan. Alangkah ruginya krn bagi kebykan org, hanya sekali seumur hidup dpt berwukuf di Arafah.

p/s: Yang dpt pergi haji lebih 1x mcm Cik Lie mungkin 1 dlm 1000.

aznaz said...

salam nazlimaohamd..

sesautu saat yang paling penting adalah berwukuf di Arafah..cuma sekali dtg dalam masa sethaun kan..so pergunakan lah masa yang singkat tuh untuk kita berdoa pada yang Esa diman Pintu LANgit Doa telah di bukakan oleh YANG ESA..

mekasih ats komen saudri tuh..

waslam

aznaz said...

salam aka gee..

alhamdulilah..at least akak dapat jugak tip yang berguna nih..insyallh..

wslam

aznaz said...

salam rezeki...

alhamdulilah..terim ataspngkongsian saudra tuh..

waslam

aznaz said...

salm along..

alhamdulilah...inysalah kalu ada masa mengizin kn sya akan serta bersama jemaah jmaah..
1700 upah haji nyer..

waslam

aznaz said...

salam Hajh Zainab...

alahmdulilah...akn busy nant..hotel pun dah pnuh..

waalam

aznaz said...

salam Norsidah..

alhamdulialh..semoga saudri gembira dgn paparan ini..

waslam

aznaz said...

salam rosli..

alhamdulilah...semogakita mendapt keberktan darinyer..

waslam

aznaz said...

sala m.q..

alhamdulilah..syukur..


wslam

aznaz said...

salam mnasir..

semoga saudra boleh menajaikan sebgi pandaun nnti..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

insyalah stuhari nani cikgu pasi akan bersam sama disini ..


wasalam

aznaz said...

salam ummiazuddin

insyalah...dan terimaksih atad doa dari saudari tuh...semoga ummi pun akan bradaisini satuhari nanti..

waslam

aznaz said...

salam zie...

alhmdulilh....syukur pada nyer yangsa..

wslm

aznaz said...

salam kak Sahmi..

alhamulilah...
satu pengalam yang sungguh bermakna dari mereka semua..

waslam

aznaz said...

salam ummu adam..

leh masuk 4 orang jer..heheheheh


waslm

Imran Paris said...

En Li...tumpang lalu. Buat kawan2 semua....esp Kak Norsidah, Rosli, Zie, My Life, dan semua...mmg pengalaman hari wukuf tiada tolok bandingnya. Saya ingat bergitu kritikalnya saya (mmg saya jenis mcm tu) bila ceramah disampaikan oleh petugas Tabung Hj...antaranya ustaz tu kata "di waktu wukuf, Rasulullah menadah tangan sepanjang masa dr zohor hingga masuk Maghrib...menadah tangan utk berdoa.........saya mengesyorkan agar semua cubalah berdoa sepanjang masa wukuf"

Saya cukup analatikal...tersenyum sinis, dlm hati berkata "ha...nak berdoa angkat tangan dr Zohor ke Maghrib....gila2...penatlah tangan nanti...alah Rasul bolehlah, saya ni org biasa je...mana mampu sampai mcm tu...."

Bila betul2 masuk time wukuf, akhirnya jiwa saya meruntun TEWAS...saya berdoa berterusan, wp taklah sepenuh masa tp rasanya hampir 75% masa saya menadah tangan berdoa...ntah dr mana dtg kekuatan dan kesedaran serta keinsafan....hebat penangan Wukuf. Sampaikan saya terlelap tp masih menadah tangan....HEBAT HEBAT

Byk lg cite...nantilah sy cuba cari masa buat n3 khas Haji...insyaAllah

aznaz said...

salam imran...

alhamdulilah...cuma sesiapa yang pernah mengalami nyer akan memahami erti Wukuf di Arafah...insalah semoga bakal bakal haji kita beroleh keberkatan disana..

wslam