MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Monday 26 October 2009

"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 8 = Berjalan Ke Mina Melontar Jamrat...."

Anak anak Batu yang di kutip di Mudzaliffah bagi tujuan Melontar..
Perjalanan dari Mudzalifah ke Mina sejauh 6km...sepanjang perjalanan kami asyik Bertalbiah beramai ramai dan berTakbir..seronok rasanyer...
Semasa dalam perjalanan ke Mina dan melontar jamrat jumpa ramai Jemaah dari Indonesia,Japan,Turki,Iran,Morroco,China,Singapura dan Jemaah dari Malaysia jugak..
Memasuki beberapa terowong untuk sampai di Jamrat, tempat melontar..
Bismillah......Bergema gema suara Jemaah jemaah duk Bertalbiah dan BerTakbir sewaktu didalam Terowong..alahmdulilah...peringatan kepada bakal bakal Haji...jgn lupa bawa makanan ringan seperti Roti dan coklat wafer sewaktu di Mudzalifah dan yang ingin berjalan ke Mina (6km jauhnyer perlukan tenaga) bagi mengalas perut sebab di sana bekalan makanan amat lah terhad..syukran..waslam




48 comments:

Non datin sophie said...

Salam
Rindu sangat waktu2 haji begini. Bila kah lagi akan mendapat jemputan mu ya Allah! Jemaah harus berhati2 melalui terowong ini. Orang ramai dan agak sesak. Ikut lah nasihat Tabung Haji dari masa ke masa..Bagi mereka yang akan mengerjakan Haji pada Tahun ini semoga mendapat Haji yang Mabrur!!

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Apa kabar? Semoga sihat sejahtera...Dah ada ternampak jamaah M'sia ke? Jaga kesihatan noh...Cik Lie pun nak buat Haji gak nih...bila start cuti? Jangan la pi main hujan...gambar-gambar ni, buat saya rasa macam-macam, takjub ada, gemuruh ada, macam-macam...Semoga semua yang menjalankan ibadah haji mendapat bantuan dan kemudahan..

(tadi pekena Kopi Hang Tuah, susah pulak nak tidur jadik nyer...pas ni nak gi Paris lah...)

aznaz said...

salam datin asnija..

alahmdulilah sihat..hari nih off day so rehat jer di dalam bilik nih...

wah sya abca dah komen datin kat blog tuh..memag sakit perut gelak baru sat nih.heheheh

yup semoga mereka semua mendapat haji yang mahbrur..insyalah..

wasalam

aznaz said...

salam Datin Sophie..

alhamdulilah...semoga mereka mendapat keberkatan dan haji yang mahbrur dari yang maha esa.insyalah

waslam

Imran Paris said...

En Li...Mina...satu tempat yg istimewa. Di situ saya lebih dalami ilmu sedekah....nanti saya cite. HEBAT sungguh penangan ibadah haji, sesuai dgn kewajipan ibadah tersebut.

Datin...gi Paris, jgn lupa bawak 1,2 paket kopi cap hang tuah tu....hehehe

aznaz said...

salam Mr imran...

alhamdulilah..oh ye ker..mai lah habaq kat cheqq...

waslam

lifeisbeautiful said...

Salam.
Maaf, ingin bertanya.. Sejak minggu lepas hingga hari ini, setiap hari waktu solat, Imam Sheikh Abd Rahman as-Sudais ada di sana MH ke?

p/s saya ada email & try add YM saudara CL tp tiada reply & pending.

syukran.

aznaz said...

salam life is beautiful..

yup dia ada di MH nih..

send email atas nama apa...sya receive dbanyak email yang hantar, ada yang tak faham tulisan nyer sekli...

waslam

CM said...

Salam ciklie..

Kreatif sungguh masukkan batu dlm botol yer,mak saya masukkan batu dlm beg kain yg kecil,cm tak sangka perjalanan ke Mina sejauh 6km,fuuuh jauh tu,CL ingat tak ambik masa berapa lama?,camner kalau org tua yg tak larat jalan???ada baskan???

Kesimpulanya kita ni kalau nak buat haji elok sangat diwaktu mudakan!!!!,tenaga dan kemampuan masih kuat,jangan masa muda selalu pikirkan dunia jerrr,buat haji masa muda remaja tenaga kita berkobar2 macam Haji Azli,Pn,Hjh Noor fazidah,Hj Imran,Haji Rezeki dan kawan2 CM yg lain...

P/S: ppsst Datin minum kopi Hang Tuah...mak oii.... tu yg berkobar mengomen kt blog tu...hehehehe,

Ayah Zain said...

Salam Lie,

AZ teringat naik atas bumbung bas daripada Arafah ke muzdalifah ke Mina. Bas jalan macam semut, kalau jalan kaki ok ker. Jaraknya tak lah jauh kan?

Unknown said...

salam CL..
kipas penyedut udara kat atas terowong tu kuat betul kan , sampai macam2 sangkut di situ , yg ummi nampak ada seliper , botol air dan payung ..masyaAllah.
jalan kaki 6km , waw ........ tapi dah ramai2 , tak terasa langsung , sambil bertakbir dan bertalbiah ,bersemangat lagi kan

mnasir said...

Salam CL,

InsyaAllah kalau dipermudahkanNYA, selepas Dzohor, kami akan ke KL dan esok akan melapur diri di Kelana Jaya lalu berangkat ke Madinan. Kalau ada kesempatan lain akan saya layari blok CL ditempat lain. Doakan perjalanan kami dan urusan Haji kami dipermudahkanNYA. InsyaAllah kalau diizinkanNYA, berjumpa kita di Mekah nanti.

lifeisbeautiful said...

Salam.

Maybe email saya masuk Spam instead Inbox saudara CL. Next email saya hantar guna simple_puteri@yahoo.com


Syukran.

rezeki said...

salam cl,

melihat terowong muaasim tu, mengamit kenangan lalu, yg bestnya masa tgk jemaah berjalan beramai2 ikut negara siap dgn bendera, mcm nk pegi baris olympik, tapi olympik dlm mengerjakan ibadat haji.

kalau kita perhati kat kipas besar yg ada kat atas dlm terowong, mcm2 benda ada, selipar pun ada yg melekat kat situ,

cerita psl batu dlm uncang ,sikit tips, lepas jemaah habis melontar kat mina, pastikan uncang tu dibersihkan kosong , nti ada pulak terbawak batu dari tanah haram ke malaysia, dah nk kena pulangkan nti.

psss datin mai secawan

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Memang seronok berjalan kaki bagi orang2 muda.Orang2 tua tak digalakan,lebih2 lagi waktu siang.

Jemaah dari kumpulan tabligh majoritinya berjalan ke Arafah,kemudian ke Mudzaliffah,Mina dan ke Makkkah.Kekadang berjalan ni lebih pantas dari menaiki bas.

Ayah dulu(dah 20 tahun)berjalan dengan bonda berulang-alik dari Mina ke Makkah.Dulu ada terowong dekat MHaram terus ke Aziziyah dan Mina.Siang ada di Makkah,malam ada di Mina.Jaraknya 7 km.Ayah pi cari dah tak dak terowong tu.

Betoi kata pembaca2 blog CL....masa muda lah tip-top nya mengerjakan haji.

Doakan semua selamat.
wassalam.

Gee said...

salam cl,

akak ternanti2 kan tips ukt jemaah haji dalam siri episod ini. terima kasih byk2. insyallah akak dan keluarga akan berbuat demikian.

hilmyiskandar said...

Salam.

Rindu suasana sedemikian. Sy ditugaskan membawa bendera pakej utk panduan jemaah ke tempat melontar. Punyalah seronok melalui terowong walaupun padatnya dengan Jemaah namun hati sentiasa riang + happi. Lepas melontar sy + jemaah naik bas atas bumbung balik ke Mekah utk tawaf haji. Masa atas bumbung bas tak terfikir yg bukan2 hanya diberikan kata2 -mabrur- sepanjang jalan ke Mekah oleh penduduk tempatan. Itulah Tetamu Allah. Satu pengalaman sukar dilupakan.

Amin.

tq,

CASA QASEH said...

pastikan fizikal dan mental kena kuat, banyak tenaga yang nak digunakan sewaktu berada ditanah suci. semuga semua jemaah diberikan kesihatan yang sempurna ketika menjadi tetamu ALLAH.

Yem0805 said...

Salam,

Rindu semasa musim haji,berjalan ke Jamrat memang satu tugas yang mencabar dan perlu kesabaran.
Memang jauh 6km berjalan itu sebab masa umur muda mengerjakan Haji..orang tua-tua kesian mereka bila berjalan kena byk rehat..sedang kn sya org yg umur 40 keatas pun rasa kepenatan. Tapi bila dah sampai Jamrat melontar rasa seronok sebab kita berjalan ramai2.
Niat di hati ingin mengerjakan haji lagi.

UmmuAdam said...

Salam CL,

Tengok terowong tu teringat saya pada peminta2 sedekah yang begitu ramai berbaris disepanjang terowong. Kebanyakkannya kudung kaki dan tangan. Masa Mina kena banjir kilat musim haji 1425, masa kami berteduh didalam khemah, saya terus teringat pada mereka2 itu dan terfikir apakan nasib mereka, sempatkah mereka melarikan diri. Menurut cerita, ramai antara mereka ini terkorban masa banjir tu...wallahhualam. Dengarnya sekarang ni tak ada dah peminta2 sedekah tersebut bila melalui terowong di Mina tu...betul ke CIk Lie?

S said...

salam,

Labbaika ya Allah !!!

tebayang keadaan keadaan di Mahsyar.

hambaAllah berpusu pusu berjalan mengadap Allah Yazaljalaliwalikram.
Allahu malikiyaumiddin.
menunggu waktu dihisabkan.

Ya Allah,
hati hina ini bergetar.
menunggu saat yang amat dahsyat itu... terlalu takut.

tunjukan pada kami jalan MU yang lurus.
jalan yang kau redhai. amin....

mama ju said...

salam cik Li.Teringat kenangan lalu.Saya rahsiakan sy mengandung masa ni.Lepas melontar sy rasa semacam,bawa brg dan minum tak terasa.Sy rasa bdn sy hilang!Klu minum rasa sampai tekak saja lepas tu hilang...Sy masih sedar,tapi mcm2 sy dgr dan nampak.sy sentiasa dgr azan.nampak baju penuh titik2 hitam.Sy minta suami ambilkan air sembahyang segera,saya rasa masa sy dah sampai/Sy minta panggilkan ustazah...ketika diusung dgn strc sy rasa sy naik sesuatu yang amat laju dan pelik.Sy dapat meihat langit biru dan sentiasa menyebut syurga firdaus.Sy juga minta panggilkan jirana ibu sy supaya dia dpt cerita kat mak saya macammana sy mati..saya beransur ok .Malam saya melihat org berterbangan...Esoknya baru sy pulih betul.Satu pengalaman yg tak akan dilupa..tkasih kpd doktor,suami dan jiran yg membantu. Org kata sy kena renjatan panas....

shami2 said...

Salam CL..

Dh terlepas banyak N3,..alhamdulillah banyak gambar menarik..yg paling menarik..hujan lebat n guruh kat MH..petang sabtu..
Kat Rawang Perdana pun hujan lebat disertai guruh gak antara jam 3 ptg ke 5.00 ptg waktu Msia...

p/s: Kurang sihat..sikit..: moga para jemaah haji disana berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

alihassan said...

Salam CL
Banyak info-info yang boleh dijadikan panduan buat mereka yang pertama kali menunaikan haji. Insyaallah saya dan keluarga akan dapat merasai suasana yang digambarkan. Semuga Allah permudahkan haji kami. Terima kasih Allah Terima kasih CL

kakchaqq said...

Salam haji CL dan pembaca2,

memang rindu sgt bila time haji ni. Kiranya CL berjalan kaki la sepanjang haji. Kak ida dan famili dulu naik bus dgn jemaah2 indonesia dr arafah ke muzdalifah..tapi takdan sampai,,jam teruk. Lastnya kena jalan gak,, huh jauh gak jalan,,gendong anak lagi.
Buat haji ni memang perlu kesabaran yg tinggi..

ps: bila tengok batu2 dalam botol tu teringat cerita kawan suami,,,bersemangat kutip batu kat muzdalifah..balik umah nak basuh...masyaAllah..terbawa balik tut2 org punya! maklum la kutip dlm gelap..

safiudin.com said...

salam sdr,

satu informasi berguna untuk jemaah haji...

terima kasih sdr...

S said...

salam CL,

terlupa tadi...

batu2 tu nampak cantik dalam botol tu.
tapi... batu tu kalau kena kepala orang tentu tekopak kulit kepala. hehehe....jangan marah noohhh.

aznaz said...

salam cikgu mas..

sennag masukkan dalam botol then di abwa terus ke Mina...mekasih..
ye lah time muda lah algi bagus...takes 2.30 jam untuk berjlan ke Jmarat..alhamdulilah..tetapi seronok tau..kami semua ibarat suadra yang sudah kenal mesra..

walsam

aznaz said...

salam ayah zain..

wahh satu pengalaman yang menyeronokka tuh..

waslam

aznaz said...

salam Ummi Humira..

macam mcam nampak tersangkut kat kipas tu kan..tergelak pun ada masa tengok tuh..

waslam

aznaz said...

salam Mnasir...

alhamdulilah..semoga allah swt permudahkkan perjalanan Haji tauan Nasir..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam Life...

ok..will wait..

syukran
w
aslam

aznaz said...

salam Rezeki..

alahamdulilah...satu nostalgi..
memag pun kekadang macam amcam benda duk tersangku kat kipas besar tuh..botol minel pun ada..heheh

waslama tuh

aznaz said...

salam akak Gee..

alhamdlilah..semoa boleh menolong serba sedikita sebagai panduan untuk akak..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam ayahanda..

wahh satu pengalaman yang paling bermakna tuh ayah...seronok kan mas 20th dulu...

waslam

aznaz said...

sa;am Hilmy..

satu pengalaman pasti sukar untuk dilupakan..alhamdulilah

waslam

aznaz said...

salam qase ..

marilah kita sesam mendoakan semua bakal bakal haji kita selamat dah di permudahkan perjalan haji mereka..insyalah

waslam

aznaz said...

salam ummu adam..

skg dah takda peminta sedekah tu..

walsam

aznaz said...

salam mamaju..

alhamdulilah..semua tuh kuasa allah swt..allah maha besr ...syukur lah akak selamat..

waslam

aznaz said...

salam akak shami..

alhamdulilah...
hujan rahmat tuh..
waslam

aznaz said...

salam ali hassan..

alhamdulilah..semoga boleh dijadikan sedikit panduan insyalahh

waslam

aznaz said...

salam norwahidah..

alhamdulilah..memamg memerlukan kesabaran ....

waslam

aznaz said...

salam suadar safiuddin..

alhamdulilah...satu nformasai ayng boleh di jadikan sedikit pandaun..insyalah

waslam

aznaz said...

salam kak As..

tusal jemaah di tegah dari duduk di depan sekali sewaktu melontar..takut terkena bau batu yang dilontar oleh jemaah jemaah lain..

waslm

Mohd Abdul Rahim said...

Salam CL,

Aritu ada dengar pasal projek monorel Maakah bagi ganti sistem bas. Katanya tahun 2010 boleh guna sebahagian. Target siap sepenuhnya tahun 2011. Mungkin CL boleh tambah info ni.

aznaz said...

salam rahim...


masih lum siap lagi...khabr yang di dengar yakni pada awal 2012 will be ready..insuyalah..

waslam

Atik said...

Salam abg,

Seronok dok baca komen2 pengalaman akak2 n abang2 yang pernah pernah p sana... dapat dijadikan panduan untuk ke sana suatu hari nanti... andai mendapat jemputan dariNya....

Terasa nak merasai juga pengalaman itu... Semoga Allah perkenankan niat saya nak menunaikan haji di usia yang muda... Abg2 doakan utk saya ya... :)

Nadiyah said...

Assalamualaikum akhi,

saya baru first time nak pi haji. Boleh tak seorang wanita nak jalan juga ikut terowong tu, ada terowong asing ke? possible ke? saya bersama suami.

kalaul ok saya teringin sangat nak jalan, tak mau naik bas.