Suasana di dalam Khemah penginapan semasa di Arafah ..cuaca yang agak panas terik jemaah di nasihat kan perbanyakkan minum air zam zam yang telah di sediakan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak di ingini...insyalah
Bismillaah.....sampai jer kami di Arafah yakni di maktab no 42( aku ikut rombongan jemaah dari Britain), kami pun masuk kedalam khemah khemah yang telah di sediakan..alhamdulilah...situ lah tempat dimana saya meletakkan barang barang keperluan saya sebentar..duduk di dalam khemah sewaktu tengahari amat lah menguji kesabaran kita almaklum lah di Padang Arafah amat panas terik sekali tetapi ini tidak pula mematah kan semangat kami..ada diantara kami jugak keluar dari khemah dah berdoa terus di bawah panas terik matahari...syukur alhamdulilah....
P/s: Ada 2 kekosongan Upah Haji di sini.sesiapa yang beminat boleh lah hubungi saya nanti...
40 comments:
Salam Sdra Manzlie
Gambar2 yg dipaparkan ni memperigatkan saya waktu di tempat yang dipaparkan tu pada musim haji tahun lepas, kiranya kita sama2 melaksanakan haji pada tahun 2008.
Terima kasih lie dgn kongsian gambar2 tu.
salam anaknda,
Masa ayah tunai haji 20 tahun dulu,khemahnya taklah sehebat itu.Tiada carpetnya,tiada dindingnya ,terbuka luas cuma bumbung yang ada.Angin panas menghembus habanya.Suasana jadi sunyi sepi masa berwukuf,kerana musim itu di bulan julai .Sama panasnya masa ayah umrah Ramadhan lepas.Alhamdulillah,sekarang dah di upgradekan.
Wassalam.Selamat menunaikan haji pada semua jemaah tahun ini.
Salam CL,
Masa AZ menunaikan fardu haji dulu kira-kira 21 tahun yang dulu pun sama juga seperti yang ayahanda nyatakan itu. Juga pada musim panas. Pernah suhunya mencecah 49 darjah celcius ketika di Madinah. Teringat naik atas bumbung bas ketika bergerak daripada Arafah ke Mina. Rupanya duduk atas bumbung lebih nyaman berbanding duduk dalam bas. Semuanya nikmat drpd Allah.
Salam Cl.
Syukran kerana memperlihatkan suasana apa yang berlaku semasa mengerjakan haji, dapat sedikit sebanyak untuk pedoman pada musim haji nanti. Shukran sekali lagi.
salam saudara kasmin..
alahamdulilah..satu nostlagia yang paling berharga baut suadra jguak kan..
syukran
waslam
salam mnasir...
alhamdulilah...nanti ada tips yang sya nak berikan di arafah tau..penting nih...
waslam
salam ayahanada..
alahmdulilah....cabaran pada dulu dulu agak lebih liku jika dibandingkan dgn sekrang...saya amat sanjung mereka semua yang dulu pergi haji dari saya skg..
waslam
salam ayah zain....
benarkah?
alahmdulilah..satu pengalaman manis sekali..
waslam
Salam..
TQVM dengan paparan nie... sblm nie hanya dpt byangan dari pembacaan.. tp hari nie dpt melihat situasinya.... seronoknya... terasa nk ke sana.... Sesiapa yang dah merasainya pasti lebih merasa seronok mengimbau kembali apa yang pernah dirasai... pastinya lebih merindui....
Assalamualaikum saudaraku cikli,
Terima kasih atas paparan ini. Berapa kos yang cikli perlu bayar untuk menunaikan haji ini. bayar kepada siapa (macam TH kah?)? Ada kuota kah?
Nampak damai dan selesa khemah yang disediakan. Jika ikut pakej Muassasah TH adakah khemahnya sama taraf?
maaf byk tanya
Salam ukhwah
salam saudara azemi ali...
alhamdulilah..sya cuma mengikut jemaah dari negara Britain...nak ikut TH dah terlewat katanyer...
taklah mahal sangat....
waslam
salam adik tikah...
alahmdulilah...semoga mereka dapt menaafatkan atas apa yang abg paparkan ini..
waslam
salam cik lie,thn ni pun cik lie nk wat haji kan? ikut jemaah mana lak thn ni?..
cik lie,td tertinggal tepon kt umah org kawin lak..no tepon cik lie dh save dlm tu...boleh ke bg no tu balik..
p/s tgh kemas beg,xsabar nk kesana
Salam Cik Lie,
SubhanAllah! saat dan waktu palig kemuncak dlm ibadat haji. Moga diberi kesihatan yang baik buat semua jemaah haji pada tahun ini serta kami sekeluarga untuk berwukuf di Padang Arafah nanti. InsyaAllah. Ameen.
Wassalam.
salam ummi wafa...
alahmdulilah..semoga semua jemaah akan berda dlam keadaan sihat walafiathendaknyer dalam menjalani ibadah Haji..insyalah..
waslam
salam bonda...
ohh ye ker...no hp saya +966 5615 334338..
insyalah jika kami tak busy saya mungkin menunaikan haji tahun nih..
waslam
salam n dear fren
good effort ...kita seolah berada dipadang mashyar,betul kata tika selama ni saya membaca sajer,tak pernah tengok gambaran sebenar,thanks fren,moga Allah beri ganjaran atas segala usahamu....
join dgn jemaah omputih tu,rasanya maktab jemaah Asia Tenggara termasuk malaysia jauh dari mereka,CL ada nampak org kita tak sepanjang berada di Arafah?
salam cl,
kenangan di arafah mengamit rasa.
saat yg ditunggu2 oleh semua jemaah.
Antara tempat yg paling mustajab berdoa dan diangkat terus ke langit oleh Allah SWT semasa waktu wukuf.
sabda Rasulullah bermaksud: "Haji itu adalah Arafah." - (Hadis riwayat Ahmad).
Di Arafah, manusia berhimpun di bawah terik panas matahari yang membakar kulit. Mereka masih lagi memakai pakaian ihram yang sekadar menutup badan. Pada waktu itu, setiap orang akan merasakan bagaimana penderitaan yang pernah dialami oleh sahabat ketika berperang atau berdakwah melintasi panas terik matahari.
Keadaan di Arafah ini juga sebenarnya gambaran kecil daripada suasana di Padang Mahsyar. Di mana manusia tidak dapat berlindung dan bernaung. Tidak ada tempat untuk meminta pertolongan. Hanya amal dan takwa serta naungan daripada Allah dan syafaat rasul-Nya yang akan menjadi pelindung.
Alhamdulillah
Salam Cik Lie,
Alhamdulilah teringat semasa di Arafah menunggu hari Wukuf walau pun Khemah yg kecil dan sempit alhamdulilah masih rasa selesa juga makan bersama2 jemaah satu kumpulan memang seoronok.Di malam di penuhi dgn amal ibadat tahajud,hajat dan zikir bertasbih pada Allah.
Salam CL
Semoga paparan secara lansung oleh CL...dpt memberi..gambaran secara dekat...suasana disana..hari kehari musim haji...insyallah
...moga kita semua ..beroleh..semangat dn tekad untuk segera..menunaikan ibadah haji..
p/s: dlm surat khbar..hr jumaat ada product vitamin utk jemmah haji..jenama safwa...ada kaitan ker ngan syrikat hotel safwa ..tmpt CL kerja tuh..hehhe
Salam CL..
Permintaan...selitkan gambar baitullah ..setiap hari walaupun sekarang N3 bab haji...rindu sgat..nak tgok..
hehhehe
Salam..
Alhamdulillah.. gambaran yg amat mengesankan ... terima kasih kp CL
salam KS Pulau..
alhamdulilah...syukran
wasalm
salam cikgu mas..
dalam maktab taknampak ..masa nak p melontar ada lah...
waslam
salam rezeki..
many thank for your info...
waslam
salam shami 2..
hotel afsafwah takda keluarkan apa apa product vitamin...depa duk guna jer kot nama safwa tuh..hehheh
jgn risau sya akan paparka jugak gambar2 Baitullah yang terkini..insalah
waslam
salam Yem...
masa berwukuf di Arafah lah adalah Hari Haji yang sebenar dan penting sekali..maka di situ lah kita berhimpun emohon keamponan dan kemaafaan pada allah swt...di buka pintu keamponan dari langit terus ...
waslam
salam azli anaknda,
hits yang ke 106,781 ialah kepunyaan ayah.Alhamdulillah,ramai tertarik dengan Kaabah dan Masjidil haram.
Moga kita semua di bawah lingdongan kasih sayangNya.
Wassalam.
Salam CL,
Ikut tok2 guru, Padang Masyar nanti adalah di Arafah..itulah sebabnya kemuncak haji ialah Wukuf di Arafah.
Masa musim haji lepas, saya di maktab 86, mmg jauh tu dgn Maktab CL. Seblm masuk waktu wukuf, ramai yang dpt melihat segumpal awan membentuk kalimah 'Alif Lam Lam Ha (ALLAH). Subhanallah...
Salam Manzlie.
Wuquf di Arafah merupakan langkah pertama.
Kalau kemudiannya tunjuk pula gambar langkah seterusnya di Muzdalifah dan di Mina, jadi semakin segak.
Kalau boleh anta buat ikut turutan, kemudiannya melontar pula..slow-slow jangan laju-laju, he3 tentu manfaatnya sangat banyak bagi mereka yang sedang belajar cara mengerjakan Haji.
Dulu ana ( Pak Ngah ) ada baca ada orang minta supaya anta buat macam tu.
Wa ilal liqak. wassalam.
salam Leenoh...
alahmdulilah...jgn lah risau..nanti sya baut entry yang slow sikit nohh...mekasih atas nasihat pak ngah..
walsam
slam Nazlinamohammad..
alhamdulilah..itulah kebesaran allah swt...
waslam
Salam.
Kenangan mengusik jiwa - Indah sewaktu di Arafah - langit biru jernih semasa masuk waktu zohor. Tangan di tadah utk mengaminkan semua doa2. Tak dapat nak gambarkan jernih + Indah + Syukur waktu sedemikian. Sememangnya HEBAT.
Amin.
tq.
salam hilmy..
sesungguh nyer di arafah lah tempat manusia berhimpun memohon doa doa di mana pintu doa di buka dari langit untuk mereka cuma pada hari tersebut...
waslam
salam sdr,
terima kasih perkongsian ilmu ini...
dah terasa macam dah dekat aje...
Salam Manzlie.
Kalau boleh tunjuk gambar-gambar suasana di kawasan Jumrah pula,tentu ianya baik sekali.
wassalam
salam safiuddin...
alahmdulilah...syukur padanyer.
waslam
salam Leenoh..
insyalah.nanti sya paparkan..
waslam
Brp RM utk upah haji?
Post a Comment