MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Thursday, 29 October 2009

"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 10 = Tawaf dan Saeí...."

Keadaan Penuh Sesak di dalam dan Luar Masjidil Haram waktu hari Raya Haji
Melakukan Tawaf di atas Bumbung sekali memandangkan Dataran Kaabah dan Tingkat satu Penuh SESAK dengan Jemaah jemaah dari seluruh dunia..alhamdulilah
Kesesakan berlaku jugak sehingga ke luar jalanraya utama masuk kedalam kawasan Masjidil Haram....
Bismillah...salam from Makkah..gambar gambar diatas menunjukkan betapa ramai nyer Jemaah jemaah yang menunaikan fardhu Haji pada tahun lepas yakni lebih kurang 3.5 juta jemaah dipercayai membanjiri Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf serta Saeí..alhamdulilah..syukran..waslam


P/s: Selesai lah sudah 10 episod mengenai gambaran2 yang menarik musim Haji pada tahun lepas yakni 2008. Harapan saya semoga anda semua terhibur dan menghayati paparan2 tersebut..syukran..waslam....Next Episod ada yang lebih menarik lagi..TUNGGU kemunculannyer..insyalah

57 comments:

Imran Paris said...

En Li...seronoknya tengok jemaah haji tahun lalu...isteri saya terperranjat tgk kepadatan jemaah...katanya "Ya Allah...ramainya, mcm ulat"

Syukran wassalam

aznaz said...

salam Mr Imran...

wahh dah jadi RAja pecut skg dia...

ye lah last year memag padat di dalam...sampai sya kena naik ke atas bumbung untuk melakukan tawaf...alhamdulilah...tetapi meriah kan ...

waslam

Imran Paris said...

En Li....Raja Pecut tak pe jgn Raja Gopal udah le...hehehe

Punya cetek ilmu haji saya...masa di Makkah sblm hari wukuf baru saya tau yg tawaf haji tak memerlukan kita berihram....mmg saya bersyukur jumpa kawan2 baru masa musim haji lalu yg byk membimbing saya....even mengajar saya teknik2 tetap amal Quran setiap hari...alhamdulillah.

Merci a bientot :-)

aznaz said...

salam imran..

alahmdulilah...kita semua masih lagi dlam proses pembelajaran..insyalah jgn lah malu bertanya...sama gak seperti sya nih yang masih juga belajar mencari ilmu..insyalah

einaa said...

salam Cl ,

Lama tak berkesempatan nk masuk blog ni ,alhamdulillah byk info berguna dan gambar2 menarik utk tatapan.

Ramainya jemaah ...alhamdulillah .
kalau time musim haji cmni Cik Li,masa bila yg agk lengang utk tawaf yek ?

aznaz said...

salam eina....

time musim haji memang sesak..mungkin time pas solat zuhur agak kurang sikit.insyalah...

waslam

Ayah Zain said...

Salam CL,

3.5 juta? Subhana Allah, ermmm tak dapat nak bayangkan macam mana nak guna bilik air tuh, nak amik wuduk.
Tapi kalau kita yakin dengan kuasa Allah, kita minta tolong dengan Allah, semuanya itu tidak jadi masalah, Allah akan tunjukkan jalan.

p/s CL citer la pulak kalau ada pengalaman CL berjumpa dengan orang-orang sesat. Kita ni biasa dengar orang tak jumpa jalan keluar , itu ini, kadang2 samapi 2-3 hari (iyer ker),

Leenoh said...

Salam Manzlie.

Lautan dan ombak manusia, kalau tak berjaga-jaga boleh jadi hanyut dan tenggelam.

Itulah janji Allah berkaitan Baitullah bahawa manusia akan datang ke Makkah dari setiap pelusuk dunia.

Gee said...

salam cl,

terima kasih byk2 di atas paparan tersebut. hrp cl dpt memberikan paparan masa kini juga. doakan akak sekeluarga selamat sampai insyallah dalam masa 2 minggu lagi dan dipermudahkan Allah SWT dalam segala urusan haji di sana nanti.

rezeki said...

salam cl,

alhamdulillah, kami menunaikan tawaf haji (tawaf ifadah) selepas selesai melontar di jamrahtul aqabah (big jamrah) brjalan balik ke makkah .
Masa tu pukul 3.00 pagi . Jamaah padat sekali tapi alhamdulillah, ruang tetap ada seperti janji Allah.
Tawaf seringkali terhenti krn terdapat anggota tentera yang mengepung vvip yang sedang bertawaf.

Jemaah perempuan Iran yang ramai pula (ribuan org) juga dikepung dalam bulatan oleh jemaah lelakinya.

Suasana mmg sgt meriah dalam mengerjakan ibadat tawaf ketika itu.

Habis tawaf lbh kurang kul 4 pagi, badan dh terasa amat keletihan dan pulang ke hotel. Bersihkan bdn dan rehat .

Esok , lps subuh baru sempurnakan saie haji, itu pun di tingkat 2 krn tingkat 1, dah terlalu padat.

Tidak dpt digambarkan kegembiraan dlm hati, hanya airmata mengiringi kami semasa saei kerana Allah SWT telah mengabulkan permintaan kami , diberikan kesihatan dan kemudahan dalam mengerjakan ibadat haji dan selesai semua rukun haji.

Alhamdulillah.

lifeisbeautiful said...

salam.

pls check email ya.

syukran.

ZailanMY said...

Assalamualaikum CL,

Lama dah saya tak tinggalkan komen di sini. Melihat gambar gambar ni tertanya saya bilalah lagi saya dapat menunaikan Haji. Dapat berkumpul beramai ramai dengan umat Islam seluruh pelusuk dunia seperti dalam gambar tu. Mmg sesuatu yg takkan saya lupakan hingga ke hari ni. Selamat menunaikan Haji lagi CL. Doakan kesejahteraan kami semua di Arafah nanti.

hilmyiskandar said...

Salam.

Alhamdulillah. Waktu tawaf Haji tu memang padat, yg. hairannya ada 'Jemaah Indon' sama-sama tarik seluar kita utk cover dia sewaktu tawaf. Mula2 tak perasan, rupa2nya dia bekerja di rumah pak arab di Mekah. Lepas tu hati2 jgn tertipu, utamakan Ibadat.

Amin.

tq.

CM said...

Salam ciklie

Sampai dah ke episod ke 10,paparan yg sangat menarik ni,sedih rasanya dah tamat episod haji..we want more..bolehkan!!!!

teruja baca pengalaman kekawan kita ni,semoga disini tempat kita mendengar pengalama2 haji yg hebat..

AMZ said...

salam....
walaupun ramai jemaah yg dtg...
tp masih ada ruang utk kita mengerjakan ibadah........

syukran....

haticantik said...

Subhanallah ramainya orang musim haji yang lepas...ingatkan umrah masa ramadhan yang lepas saya pegi ni macam dah ramai..nak sembahyang di masjidilharam pun berebut2 sampai tercium bontot orang...haji lagi ramai yer..bila la dapat pergi menunaikan haji...

shami2 said...

Salam CL...

Alhamdulillah...terima kasih gambar dikirim...ada chicken mandi lagi....

Terima kasih juga berkat doa2 saya dan juga CL ..disana akhirnya apa yg terbuku dpt sya luahkan dalam mesyuarat dipejabat khususnya bersama mgt & staff..moga mereka fokus dn beroleh kefahaman serta hidayahNya...insyallah

p/s: Petang nanti jiran sya kak ton ngan Mejar Sabri..akan berangkat ketanah suci..jemputan mengejut....tu..dn bagtau ada kelapang jumpalah shabat sya CL disana,....insyallah katanya

Naz Mohamed said...

Masyaallah, Subhanallah...itu baru sebhg saja jemaah yg dah balik ke Mekah pd 1 syawal. Sebhg lagi masih di Mina...mcm saya, balik ke mekah selepas melontar pd 12 D'hijjah (buat Naffar Awwal).

Saya pernah merasa bersolat atas jalanraya kat atas jambatan berhampiran MH. Sebabnya lepas maghrib saya balik bilik, perut dah buat hal. Minta kak ipar jagakan tempat dlm masjid. Dari hotel ke MH cuma 10 minit je.

Dah selesai urusan, saya pergi semula ke masjid. masyaAllah, org terlalu ramai dan pintu masjid dah ditutup, ada askar jaga. Saya terus panik. Kenapa pulak depa nie tutup pintu masjid. Ada 20min lagi nak masuk Isyak. Nak balik ke hotel semula dah tak boleh reverse sebab nanti lawan arus manusia, so ikut ajelah ke mana kaki melangkah sehinggalah tiba atas jambatan. Bila azan berkumandang, saya terus aje duduk kat tempat saya berdiri ketika itu. Saf jgn kiralah dah bercampur lelaki pompuan. Mujur sebelah saya ada makcik Pakistan beri saya kongsi sejadah. Mmg saya merasa amat bersyukur ketika itu seseorg yg boleh dijadikan teman ketika saya kehilangan.

Satu pengalaman yg menjadi kenangan. Moral ceritanya, jika dah lambat ke masjid, lupakan sajalah hasrat itu.

Yem0805 said...

Salam,

Betapa seronoknya semasa musim haji tahun lepas memang ramai jemaah2 haji seluruh dunia..Insyallah jika ada rezeki mendapat menjadi tetamu Allah lagi.CL doa2 kan kami semua.

Zie said...

Salam CL,

Alhamdulillah.. semua yang mengikuti episod ini dah berhaji juga.. insya allah, impian yang akan jadi kenyataan.

Dah lepas balik dari arafah & mina, ramai yang mula membanjiri klinik2 TH sbb demam & letih sangat. Dah semua selesai, Kak Zie menangis... syukur sangat Allah jemput diusia masih muda. Pastu jagalah kemabruran haji sepanjang usia kata ustaz.

Alhamdulillah, terima kasih CL atas usahamu ini dalam perkongsian ilmu. Sekarang tumpukanlah ibadah hajimu dengan penuh keinsafan. Wassalam.

Unknown said...

salam CL ...
bila bertemu dgn blog PDKM ni membuat kan hati ummi terasa nk pergi buat haji lagi ,w/p dh 2x haji dan sekali umrah , teringin lagi merasai nikmat berada dlm suasana haji masa kini.tp suami kata bagi ler peluang rezeki yg ada tu untuk anak2 pula lakukan haji...
episod akhir ni lagi membuat kan ummi rasa sedang bersama jutaan jemaah mengelilingi kaabah disana.
masyaAllah .
batapa beruntungnya insan2 terpilih termasuk CL yg dpt menikmati kaabah setiap hari didepan mata.

S said...

salam Tn Haji Azlie,

syukran !!!

3.5 juta amat sedikit jika dibandingkan dengan perhimpunan di YauwmulMahsyar !

Subhanallah !!
Siapalah kita pada Basiroh Allah.
Hanya taqwa membezakan kita.

Smoga semua peminat PDKM pada jalan yang sama menuju Firdaus.

Tn Hj Azlie, doakan kita semua dapat bersama di Firdaus.

Anonymous said...

salam,

sudah berakhir 10 kisah haji abang thn lepas...rasa sayu pula....ape2 pon, semoga haji abang tahun ini akan lebih dipermudahkan Allah...

abang tolong doakan kami di sini menjadi tetamu Allah pula yee...

tq

rabiatul said...

raminya manusia..bilalah saya menjadi salah seorang dari orang2 itu..tolong doakan kejayaan saya ye..dunia n akhirat..skang ni nga exam..tolong dipermudahkan ilmu tu masuk dan dapat jawab dengan baik, dilembutkan hati untuk mudah menghayati al-quran, dan dipermudahkan bagun malaam. doa disitu makbul kan..terima kasih.

rabiatul said...

orang yang sama memohon didoakan. sebab doa disitu makbul kan..tempat suci..terima kasih

mama ju said...

Alhamdullilah dpt tgk mekah hari2.Makasihh...

Anonymous said...

Salam Cik Li...

Selalu ke mari tapi baru kali ini meninggalkan jejak.

Bergetar hati, bergenang air mata melihat gambar2 ini. Bayangan ramainya manusia di Kota Suci Makkah tidak serupa dgn apa yang Cik Li tunjukkan di sini...

Tengok gambar2 ini, menggamit rindu yang teramat!

Doa utk ke sana menjadi tetamuNya pada musim Haji menjadi begitu tinggi.

Terima kasih kerana perkongsian ini. Semoga lebih byk rahmat Allah melimpahi.... amin.

S said...

salam,

Tn Hj Azlie mendapat kunjungan insan istimewa hari ini.....
" RADEN GALOH :

ahlan wasahlan Raden.
renjiskan kata kata semangat mu disini buat kami semua.

syukran..

Kak Sidah said...

Salam CL,

Memamang ramai sungguh,akak balik dari Mina, masa solat zohor tu terlewat sikit, cari semua sudut sesak ,akhirnya dapat solat kat tepi escalator, sebelah lelaki turki, hati tak sedap tapi terpaksa,kerana azan dah habis, lepas solat balik hotel akak terbaca dalam salah sebuah kitab tu , orang perempuan tak bolih solat sebelah lelaki, depan atau belakang, tapi nak buat camna dah terpaksa,tak buat lagi dah pas tu, sebelum masuk waktu lagi satu jam dah duduk dalam masjid.Minta ampun banyak2 Allah maha pengampun kan.insyallah.......mudah mudahan, saja nak kongsi cerita berapa ramainya umat masa tu.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

nostalgia bila tengok gambar2 kat sini!

aznaz said...

salam Hajjah Zainab..

alhamdulilah..memag satu noltagia kan...


syukran
waslam

aznaz said...

salam Leenoh...

benar kata saudara tuh...lautan manusia menuju ke baitullah untuk mendapt keredhaannyer..insyalahh

waslam

aznaz said...

salam ayah zain..

alhamdulilah tak pernah jumpa..cum jumpa yang tak tau keluar nak p Masjid kuching Area adalah...itu pun mungkin tersilap pintu agaknyer..

waslam

aznaz said...

salam Gee..

alhamdulilah..semoga allah swt permudahkan perjalan Haji akak sekeluarga insyalah..

waslam

aznaz said...

salam Saduara Rezeki...

alhamdulilah...lagi satu informasai yan berguna untuk kita semua...wat a fren for? tul tak..mekasih...

waslam

aznaz said...

salam zailan..

alhamdulilah...insyalah nanti akan ku titipkan doa buat semua pembaca blog PDKM di Arafah ....

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

alhamdulilah...nanti ada kemunculan episod haji yang pasti akan mengujakan semua pembaca PDKM..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam Amz..

alhamdulilah...

waslam

aznaz said...

salam Hilmy...

alhamdulilah..bermacam cara mereka untuk mengejar ibadah kan...

waslam

aznaz said...

salam Haticantik..

alhamdulilah...satu pengalaman yang paling tersemat di hati ...

waslam

aznaz said...

salam kak shami...

alhamdulilah...marilah kita sesama berdoa padaNyer supaya di berkati dan di lindungi oleh Yang maha Esa..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam yem...

insyalah satu hari nanti adalah tuh rezeki suadraa kesini...berdoa dan berusha...pasti kita berjaya..

waslam

aznaz said...

salam ina...

satu informasai yang sanagat berguna jugak uth...

mekasih atas komen suadari..

waslam

aznaz said...

salam kak zie..

alhamdulilah...mekasih atas doa dari akak jugak..


waslam

aznaz said...

salam Umi Hunaira..

alahmdulilah...semoga kita semua mendpat keberktan dari nyer..insyalah..

waslam

aznaz said...

salam Hanis...

alhamdulilah...insyalah semoga satu hari nanti adik kan kemari jua..

wasalm

aznaz said...

salam S...

alhamdulilah...semoga saudari mendapat keberktan darinyer..inysalah..


just call me cl jer yer..

waslam

aznaz said...

salam mamaju..

alhamdulilah...

waslam

aznaz said...

salam Rabiatul..

alhamdulilah...insyalah semoga kita semua mendapt keberkatan dari Nyer..

waslam

aznaz said...

salam RAden GAloh..

alhamdulilah...mekasih atas komen dari saudari..

syukran

waslam

aznaz said...

salam Kak Shidah...

alhamdulilah...satu pengalaman yang amat berguna tuh...

waslam

aznaz said...

salam saudara Safiududin..

alhadulilah..syukur kita padanyer...seronok bila dah beramai ramai nih..umat islam bersatu menyembah pada yang satu..allahhakabar..


waslam

rabiatul said...

puan raden galoh pun ada di sini?
x kan lupa bagaimana perkongsian perjuangan puan.. perjuangan

Atikah said...

Salam,

Ramainya jemaah haji tahun lepas... seronok jer tengok...

Tahun nie berapa jumlah jemaah menunaikan haji?

aznaz said...

salam rabiatul..

alhamdulilah...

waslam

aznaz said...

salam dik tikah...

entah lah..abg pun tak berapa pasti..nanti abg cuba chek yer dik..

waslam

Kasmin said...

Salam Sdra Azlie,
Sedih dan sayu rasanya buat diri pribadi ni dgn akhirnya laporan bergambar pada musim haji tahun 2008. Nostalgia sedih sewaktu meninggalkan kota Makkah tetap terasa disanubari ni, ibarat meninggalkan kekasih yg disayang tapi yg ini lebih menusuk dikalbu. Syukur Alhamdullilah kerana saya dapat juga melaksanakan ibadah haji pada tahun tu. Tidak terasa padatnya jemaah pada musim hj tahun itu hingga sdra Azlie memaklumkan yg ianya lebih kurang 3.5 juta jemaah kesemuanya. Melihat gambar2 diMH dgn jemaah haji yg padat tu, saya bertanya pada diri sendiri ni dimana nian berada pada waktu itu, didalam MH atau didataran MH? Gerun juga rasanya waktu melihat padatnya jemaah2 haji tu, tapi waktu melaksanakan ibadah haji tidak terasa gerunnya, walau pun kita berhempitan antara jemaah. Sebaliknya nikmat beribadah dan mendekatkan diri pada Allah swt. sangat terasa, payah juga utk berkongsi pada semua peminat2 PDKM bagaimana rasa niktmatnya itu, kerana tiada kata2 atau ayat2 yg dapat dinyatakan melainkan ucapan keshukuran Alhamdullilah Robal Alamin. Saya rasa sdra Azlie dan semua para peminat PDKM yg pernah melaksanakan ibadah haji dapat merasakan nikmat yg dimaksudkan tu.
Pada semua peminat2 PDKM yg belum ke tanah suci MH, saya menghimbau pada anda semua marilah kita ke Tanah suci Makkah, bermunajatlah dgn sabar kepada Allah swt dgn rasa takut dan seikhlas nya utk dijemput sebagai tetamu istimewanya. Insha Allah suatu waktu doa2 anda akan dikabulkan oleh nya walaupun anda dalam keadaan yg tidak berdaya sekalipun. Tiada kota yg sesuci dan tenang dijiwa anda diduniani melainkan kota Makkah dan Medina. Allah Akbar.
Wassalam.