MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Saturday, 31 October 2009

" Tetamu Allah yang...."

Mak dan Ayah duk Posing jugak tuh depan Haram..Pjarl jgn jeles..
Bismillah..salam from Makkah...tuuu diaaa..Tetamu allah yang PERTAMA datang ke ALSafwah Hotel melawat ku....Mak dan ayah ku.....alhamdulilah..akhirnyer hajat mereka untuk menunaikan ibadah Haji pada Tahun ini terlaksana juga.Allah swt" menjemput" mereka ke sini menjadi Tetamunyer...insyalah...semalam duk pergi menjemput mereka di salah sebuah Hotel berdekatan dengan Masjid Kucing..tuh lah dia mak dan ayah Che Pit kita...aku berjaya memujuk mereka duduk bersama ku di Hotel Alsafwah..alangkah seronok nyer hati ini tak terkira.alhamdulilah....laa ni hepi sebab teman makan bersama sudah ada di dalam bilik ku...by the way, Afis bila lagi nak mai sini???..syukran..waslam

" Sebelum solat Zuhur...."

Suasana Dataran Kaabah sebelum masuk waktu solat Zuhur...
Penulis blog pun nak bergambar nih...
Bismillah....lihat lah keadaan Dataran Kaabah yang sudah semakin ramai para Jemaah masuk untuk melakukan tawaf serta bersolat ..alhamdulilah..keadaan cuaca yang agak baik hari nih yakni 40c pada waktu solat Zuhur...hamparan kapet juga telah di bentangkan bagi menampung ribuan jemaah yang ingin solat di kawasan tersebut..syukran..waslam


Friday, 30 October 2009

" Suasana Solat Jumaat tadi....

Permandangan dari bilik Hotel AlSafwah...DAtaran Kaabah penuh tuh

Keadaan di Luar Masjidil Haram sewaktu menunngu masuk waktu solat Jumaat

Bismillah...Begini lah dia permandangan Masjidil Haram sewaktu menunggu Solat Jumaat tadi...keadaan yang agak panas seketikatidak mematah kan semangat jemaah untuk duduk di dataran Kaabah itu..alhamdulilah..harinih sewaktu Khutbah Jumaat di baca kan Imam Besar agak sayu sekali yakni seketika beliau MENANGIS tersedu sedu...sungguh menyentuh perasaan kami semua tadi..syukran..wasalam



" Selepas Hujan...."

Suasana di Luar Haram selepas Hujan...
Pekerja Bin Laden duk bersih kan lantai luar Haram...alhamdulilah
Begitu tekun mereka bekerja..smoga allah swt memeberkati usaha mereka tuh..insyalah
Lautan manusia masih lagi memenuhi kawasan MasjidilHaram..alhamdulilah


P/s: Terima kasih pada saudara Mohamad dari Bangi kerana menalipon saya sebentar tadi..

" Hujan Lebat pas Mahgrib..."

Subhnaalah..walaupun dalam keadaan Hujan Lebat jemaah still melakukan Tawaf..alhamdulilah
Lihat lah air di Lantai Luar Haram...penuh melimpah....
Allah huakbar...semoga mereka semau di berikan kesihatan yang baikdan dilindungi Allahswt....insyalah
Bismillah.....semalam selepas jer abih solat Mahgrib tetiba Kota Makkah Al-mukarammah telah dilanda sekali landa Hujan yang paling Lebat...alhamdulilah..aku yang sewaktu itu sibuk bermesyuarat dengan Team HK bagi persiapan Musim Haji terhenti seketika kerana level 22 yakni tingkat atas hotel ku jugak air dimasuk..ceiling leaking...then terus menjenguk di tingkap bilik menyaksikan betapa luhurnyer hati semua jemaah jemaah yang berTawaf walaupun dalam keadaan Hujan yang LEBAT serta kilat berdentum tanpa berhenti selama sejam..subhanallah..tetiba tanpa kusedari airmata ku menitis melihat akan keadaan mereka sewaktu BERTAWAF itu...mereka semua menperhambakan diri pada Allah swt tanpa mengira kesihatan dan keadaan mereka walaupun waktu itu Hujan turun dgn Lebatnyer serta guruh berdentum dentum.TERASA keinsafan dalam diri ini..hanya doa ketika ituh yang dapat aku lakukan pada Allah swt supaya memelihara akan keselamatan mereka sewaktu tuh..semoga allah swt memberkati mereka semua..insyalah..syukran..waslam



Thursday, 29 October 2009

" Akhbar Hari nih...."

Bismillah.....Hari nih dalam ARAB NEws paper keluar lagi berita tentang keselamatan dan panduan bagi menerima kunjungan Jemaah jemaah Haji yang akan datang ke Arab Saudi untuk melakukan rukun Islam ke5 yakni Menunaikan Haji...lihat lah penuh 2 muka surat di cetak bagi memberitahu Tips, Do and Dont serta kelayakan jemaah untuk datang menunaikan Haji pada tahun ini..syukran..waslam

" Kontena - kontena Air Zam zam..."




Bismillah....salam from Makkah...sekarang di dalam Masjidil Haram nampaknyer sedang giat beberapa keperluan di buat untuk menyambut kedatangan jemaah dari seluruh pelusuk dunia..salah satunyer ye lah Kontena Air Zam zam.., dimana mereka telah meletakkan di sekeliling Dataran Kabaah yakni di bahagian atas solat Area...untuk kegunaan dan menampung serta memberi keselesaan para Jemaah untuk mengambil/meminum air zam zam tersebut..alhamdulilah...lihat lah gambar gambar diatas tuh...syukran..wslam


" Asar..."

Ribuan Jemaah sudah membanjiri Masjidil Haram
Sementara menunngu masuk waktu solat Asar....
Bismillah....beginilah suasana sekarang di dalam Masjidil Haram...ribuan jemaah sudah mula memenuhi dalam Masjidil Haram ni...di tempat solat qwanita sudah agak padat juak...alhamdulilah...sekarang pun ramai penduduk dan pekerja di Makkah sudah mula solat di belakang sedikit..memberi laluan pada mereka semua di syaf solat utama..alhamdulilah..syukran..wasalam


"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 10 = Tawaf dan Saeรญ...."

Keadaan Penuh Sesak di dalam dan Luar Masjidil Haram waktu hari Raya Haji
Melakukan Tawaf di atas Bumbung sekali memandangkan Dataran Kaabah dan Tingkat satu Penuh SESAK dengan Jemaah jemaah dari seluruh dunia..alhamdulilah
Kesesakan berlaku jugak sehingga ke luar jalanraya utama masuk kedalam kawasan Masjidil Haram....
Bismillah...salam from Makkah..gambar gambar diatas menunjukkan betapa ramai nyer Jemaah jemaah yang menunaikan fardhu Haji pada tahun lepas yakni lebih kurang 3.5 juta jemaah dipercayai membanjiri Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf serta Saeรญ..alhamdulilah..syukran..waslam


P/s: Selesai lah sudah 10 episod mengenai gambaran2 yang menarik musim Haji pada tahun lepas yakni 2008. Harapan saya semoga anda semua terhibur dan menghayati paparan2 tersebut..syukran..waslam....Next Episod ada yang lebih menarik lagi..TUNGGU kemunculannyer..insyalah

Wednesday, 28 October 2009

" Chicken Mandi.- Lunch tadi..."

Bismillah....bila baca jer blog dari Hajjah Zainab last 2 days, duk terliuq tengok chicken mandy yang akak Nab masak tuh so harinih duk plan lah makan chicken mandy dengan staff ku dalam bilik...alhamdulilah...sempat jugak lah tadi aku duk masak sambal ikan bilis ( makan kalau tak pedas tak ummpp lah dah biasa kan) so kami berempat makan lah bersama...syukur alhamdulilah...wasalam

P/s: En Mnasir dah sampai di Kota Madinah tadi sempat call dia..taksabar nak jumpa nanti di Makkah

" Alhamdulilah..."

Bismillah....salam from Makkah....sudah 3 hari aku takperlu lagi untuk beratur mengucup Hajarul Aswad dan masuk ke dalam Hijir Ismail, ini adalah kerana sudah ramai Jemaah jemaah dari luar sampai dan masuk kedalam Haram serta berebut rebut peluang untuk melakukan sedemikian rupa...jadi fikir hati ku takpayah lah lagi aku menyibuk untuk melakukan, juga berilah mereka semua peluang pula,lagipun from last 2 weeks sebanyak 17 kali aku dapat cium Hajarul Aswad tuh..alhamdulilah..tunggu lah nanti selepas low season baru lah rebut semula peluang keemasan tuh..insyalah..syukran..waslam

Tuesday, 27 October 2009

"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 9 = Melontar Jamrat...."

Dalam Perjalanan ke Jamrat....

Dah nak masuk kedalam kawasan melontar yang baru siap dibina 4 tingkat sekarang.untuk mengelakkan kesesakan....alhamdulilah


Ramai jemaah dah tak sabar nak melontar tuh..berpusu pusu dah..

Itu lah tembok yang di lontar batu ke arahnyer...jemaah sesudah melontar terus keluar dari kawasan tersebut..alhamdulilah..


Tips untuk bakal jemaah:


p/s: ketika melontar di nasihati supaya jangan berdiri di depan sekali..takut terkena lontaran batu dari jemaah yang di belakang sekali...







" Burung Merpati..."

Bismillah...Salam from Makkah....sewaktu menungu masuk waktu Solat Zuhur..tetiba nampaklah dua merpati sejoli nih duk berjalan jalan di dalam Masjidil Haram..yang pelik nyer dia tidak berterbangan bila orang lalu lalang depan nyer tetapi still keep walking on the carpet..tersentak lak tengok perangai merpati dua sejoli nihh..rasa pelik lah but menarik tengok gelagatnyer, lama jugaklah duk lepak lepak kat kapet nih merpati sejoli tuh....alhamdulilah...syukran..waslam


Monday, 26 October 2009

" Mahgrib....."

Suasana Keadaan Dataran Kaabah sebelum masuk waktu solat mahgrib..
Ramai Jemaah duk melakukan Tawaf sekitar keliling Kaabah.
Bismilah...begini lah keadaan Dataran Kaabah yang agak tenang dan syahdu dilihat sewaktu Solat Mahgrib tadi...terasa ralit hati di ulit perasaan penuh keinsafan bila mana melihat ribuan jemaah mengelilinginyer..Subhanallah...malam tadi agak kedinginan sewaktu solat Mahgrib terasa angin bayu menghembus sekitar dalam Masjidil Haram..syukran..waslam


" Tukar Marble Depan Multazam...."

Papan tanda kerja kerja pengubahsuaian di letakkan di situ..

Beberapa kepingan marble yang rosak dalam proses pertukaran ..alhamdulilah

It takes them one day to complete this prject..bagusnyer kan...

Bismilah...seperti yang saya katakan sebelum entry nih..didalam kawasan Masjidil Haram nih pun depa duk sibuk melakukan beberapa pembaikan marble yang telah rosak di kawasan Dataran Kaabah....seperti gambar gambar di atas yang boleh anda lihat....syukran..waslam




" Marble Polishing..."

Bismillah...salam from Makkah...dalam kawasan Haram dan di luar nyer sedang sibuk para pkerja melakukan beberpa tugasan yang amat penting..slah satu nyer marble Polishing". wahh dah macam nak sama dengan kerja ku jugak skg busy duk polish balik marble marble hotel tuh untuk menerima kunjungan para jemaah tapi di Luar haram pun sama begitu juga. Gambar gambar tersebut menunjukkan betapa tekunnyer pekerja melakukan "marble Polishing di Luar PIntu masuk Masjdil Haram yakni di depan pintu Gate King Abdul Aziz malam tadi..alhamdulilah..kerja kerja pembersihan dan perindahkan Masjdil Haram sedang giat di jalankan sekarang..syukran..wasalam


"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 8 = Berjalan Ke Mina Melontar Jamrat...."

Anak anak Batu yang di kutip di Mudzaliffah bagi tujuan Melontar..
Perjalanan dari Mudzalifah ke Mina sejauh 6km...sepanjang perjalanan kami asyik Bertalbiah beramai ramai dan berTakbir..seronok rasanyer...
Semasa dalam perjalanan ke Mina dan melontar jamrat jumpa ramai Jemaah dari Indonesia,Japan,Turki,Iran,Morroco,China,Singapura dan Jemaah dari Malaysia jugak..
Memasuki beberapa terowong untuk sampai di Jamrat, tempat melontar..
Bismillah......Bergema gema suara Jemaah jemaah duk Bertalbiah dan BerTakbir sewaktu didalam Terowong..alahmdulilah...peringatan kepada bakal bakal Haji...jgn lupa bawa makanan ringan seperti Roti dan coklat wafer sewaktu di Mudzalifah dan yang ingin berjalan ke Mina (6km jauhnyer perlukan tenaga) bagi mengalas perut sebab di sana bekalan makanan amat lah terhad..syukran..waslam




Saturday, 24 October 2009

" Hujan Lebat Lagi dan Guruh Berdentum...."

Hujan sudah reda sedikit..alhamdulilah
Air hujan yang turun dari " Pancuran Emas" , Hijir Ismail di tutup , yang ada di dalam kawasan itu adalah pekerja Bin Laden..
Hujan Rahmat yang turun dengan lebatnyer...syukur alhamdulilah
Walaupun hujan turun tetapi pekerja Bin Laden tetap meneruskan tugas mereka menolak air air hujan dari Bertakung di Dataran Kaabah...
Bismillah....jam sudah pukul 2.30pm tetiba kedengaran bunyi dentuman Guruh yang amat kuat sekali...rupa rupanyer hujan turun dengan LEBAT selepas itu di dalam Kawasan Masjidil Haram dan Kota Makkah.., aku seperti biasa berlari masuk kedalam MH dengan harapan ingin mandi air Hujan di bawah "Pancuran Emas" tetapi hampa..mereka telah tutup kawasan tersebut..hujan lebat yang turun dari jam 2.30pm hingga lah ke pukul 4.00petang baru berhenti....alhamdulilah..syukran..wasalam