MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Monday 7 September 2009

" Yang Mana Satu ...."

" LUBUK EMAS "
'" SUDAH TERPAHAT DI HATI KU "


Salam from Makkah....harini hatiku jadi tak berapa tenang seketika, bila ku buka email ku tetiba aku terima satu tawaran kerja.....( Sebelum aku berkerja di Makkah yakni pada tahun 2007 - semasa aku bekerja di JB - Pulai Spring resort,- aku ada memohon pekerjaan di Pelantar Minyak Halliburton Gas & Oil di negara England , di persisiran pantai mengadap Scotland..memohon position sebagai Executive housekeeper jugak ya itu menjaga kebersihan Crew Cabin sebanyak 300 bilik di tengah lautan.Sememang nyer aku amat suka pada sesuatu yang mencabar... Gajinyer aduhhh sungguh lumayan sekali kalau balik mesia leh beli rumah teres 2 tingkat cash lah agaknyer.hehehehe..16 hari di Pelantar minyak dan 14 hari off day di daratan) bila aku membaca email tersebut baru baru nih alangkah terkejut nya aku...rupanyer aku telah di terima bekerja disana dan mereka telah menyuruh aku supaya melaporkan diri selepas Hari raya ini di pejabat mereka bagi urusan adminitrative di Menara Tan & Tan )... tak terkata aku dibuat nyer sekarang. Adakah ini Ujian Dari Mu Ya Allah.....Makkah disini sudah terpahat di hati ku tetapi Lubuk emas di sana menanti...Jikalau terjadi perkara ini terhadap ANDA BAGAIMANA DAN APAKAH TINDAKAN ANDA...Syukran..Waslam

125 comments:

hilmyiskandar said...

Salam.

Raudah & Multazam pilihan saya.

Amin.

TQ.

aznaz said...

salam Hilmy..

oh ye ker....ok...saya record nih..

mekasih yer..

waslam

Asnija said...

Salam Cik Lie,

Kalau ikut perasaan saya ni, saya rasa Cik Lie dok je lah kat Mekah nun....

Tapi perancangan Allah kat Cik Lie, tak tahulah pulak..

Malam ni, solat jelah istikharah kat depan multazam...

Jawapan yang paling reliable sekali...

(tadi saya berdebar, ingat nak dapat no. 1 dah...hari ini dalam sejarah kalau tak...pastinya Mas meraung-raung seminggu...tapi belum rezeki, ralek tengoh nasik panjang tadik, tak perasan Cikli pasang N3 baru..ni kalu asib baik dapat le no.2, cik lie punya tak kira lah kan tuan romah...)

Abg Mgt said...

Salam,

Elok dah tempat laani. Bukan senang nak boleh duduk tempat tuu, senantiasa disisiNya.

Tapi macam CL ni orang beriman pi tang mana pun tak paa.

Pikiaq laaaa lama2 nooooooooooo

CM said...

salam..

no 2 pun tak per,

satu berita yg menimbulkan pelbagai rasa di hatiku.

my fren dunia dan akhirat tu berbeza...betulkan kawan2..???

Asnija said...

saya no 2 kan Cik Lie...kan...rekod terbaik saya nih...(ok, jam rolek arr...)

aznaz said...

salam saudara Hilmy...

laa taksangka sya saudra sanggup call sya sewaktu entry nih baru seminit di kuar kan..(skg makkah jam 3.15pagi)..alhamdulilah...
terimaksih banyak atas keperihatinan mu ituh terhadap saya...semoga allah swt sahaja yang akan membalas doa saudara tuh..

syukran

waslam

Asnija said...

lupa lak nak komen pasal rumah teres tuh...ala...kerja kat pelantar minyak tuh dapat rumah teres...kerja kat mekah...tu...berhias cantik rumah mu yang abadi di sana...lagi best...

rezeki said...

Salam CL,
ini merupakan ujian dari Allah yg besar utk CL dalam menentukan hala tuju hidup CL.

Sekadar memberi memberi pendapat, cuba CL tanya diri CL sendiri , apakah yang CL cari selama ini dlm menentukan hala tuju hidup CL. Wang ringgit ? Kepuasan bekerja ? Keseronokan bekerja ? Sebenarnya kita tak tahu apa yang ALLAH rencanakan untuk hidup kita ,Kalau tahu senanglah.Tak payah nak fikir2.

Saya faham perasaan , hati dan kehendak CL .Bak kata CL, di sana lubuk emas tapi sudah terpahat di hati apa yg ada di depan mata CL sekarang.


Tentu agak sukar utk mencari jawapannya. Org lain hanya boleh memberikan pendapat mereka tapi keputusan akhir di tangan CL.

CL mintalah pada ALLAH agar diberi petunjuk yg mana terbaik utk hidup CL kerana CL berada di rumahNYA sekarang dan Allah maha mendengarkan.

p/s : selamat menyambut nuzul quran.
ini kes berat CL dlm menentukan hala tuju hidup.

aznaz said...

salam Datin Nija..

Taniah NO 2...

terimaksih atas pandangan datin tuh..saya hargai nyer..

wahh nak jam rolex lak...ok balik nanti kita p beli kat PS nohh..

waslam

aznaz said...

salam Datin nija..

hmmm betul lah tu jugakkan...di syurga tiada terlawan nilaidan bandingan nyer dari apa yang ada di muka bumi nih kan

mekasih yer atas peringatan Datin tuh..


waslam

CM said...

salam datin!!!

betul meraung ku seminggu datin no 1...datin cuti yer pagi ni


aduuuh no 2 punn tak dapat...no 6 dah...

betul abg megat sama dgn pendapat saya cik lie tu tercampak mana pun boleh bawak diri...pikirlah my fren,depan mltazam tanya pada tuhan..perancangan tuhan tiada siapa yg tahu...penuh hikmah...apapun ku doakan yg terbaik untukmu..my fren..

aznaz said...

salam abg Megat..

hmmm terimaksih bebanyak atas peringatan abg megat tuh...saya teramat hargai nyer..

waslam

aznaz said...

salam abg Megat..

hmmm terimaksih bebanyak atas peringatan abg megat tuh...saya teramat hargai nyer..

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

tu lah..hati ku jadi tak menetu seketika tadi...tapi...

mekasih atas pandangan cikgu tuh


waslam

aznaz said...

salam Rezeki..

alhamdulilah..satu nasihat dan pandangan yang amat berguna pada sya nih...saya hargai atas nasihat suadra tuh...mekasih..

waslam

aznaz said...

salam cikgu mas..

tapi cikgu kalau sya terima offer tuh sya akan cipta satu sejarah dalam hidup sya..The first Executive Housekeeper from Hotel to that area...

waslam

S said...

salam CL,

EMAS dimata dunia
taklah seindah seperti yg kita nampak.
Kilauannya hanya sementara, lama lama ia akan sebam juga.

EMAS yg tulin sudah ada dalam tangan CL,semakin lama semakin bersinar dan berkilauan. Kilauannya menerangi Rhaudhatuljannah.

REZEKI ditangan Allah dan Allah jua yang akan mencukupkannya.
biar srdikit dan berkat.
buat apa kalau banyak tanpa berkat.

Subhanallah ! Allahumma !...
Allah yang membolak balikan hati, tetapkanlah hati hati kami pada jalan Agama suci Mu. Aminnnn....

salam kasih dari kakak sesama Islam.

aznaz said...

salam kak as..

alhamdulilah...akak telah memotivasikan hati sya nih...terimaksih atas keperihatinan ansihat akak tuh ..sememang sya ingat semua tuh...alhamdulilah..syukur pada nyer..

wasalam

Ayah Zain said...

Salam CL,

Ya Allah, begitu lambat AZ sampai umah anak sayang ayah ni. Tadi sebelum p kerja, tak ada kat umah pun. Nasib baiklah Dain Nija mai habaq kat Ayahzain.

Ayazain pun sama maca CR, datin, pakmegat dll. CL pikir apa matlamat hidup CL yang mana satu pilihan hati.

Kat multazam CL mengadu pada Allah, solat tahjud CL merintih kepada Allah, nanti Allah akan tunjuklan jalan. Insya Allah.

ok Lie, ayahzain minta diri ada taklimat jap lagi.

we all love u very very very much.

p/s Kat Mekah ni contrack atau kekal (macam kat mesia pulak, tetap dan berpencen hahah), yang satu lagi macam mana pulak statusnya.

Redza & Hana said...

Tuan,
assalamu'alaikum.

SEBENARNYA ITU adalah SATU UJIAN DARINYA...

Berdoa dan mohonlah petunjukNYA - kerana Tuan berada di tempat yang paling mustajab berdoa!

... apatah lagi di bulan Ramadhan, penghulu segala bulan!

|Nota: jika saya dalam kedudukan Tuan... ingin sentiasa di sisi rumahNYA!|

Semoga tuan dikurniakan yang TERBAIK...

salam hjSab2
http://sab2.blogspot.com
www.iirCoaching.com
www.MDESJ.net

Ayah Zain said...

Salam CL,

rasanya kat pelantar boring kot. kat mekah, bosan2 kita tengok kaabah, hilang masalah.

apa-apa pun pilihan di tangan Lie. dan semuanya di bawah ketentuan Illahi. kita percaya kan Qada dan Qadar Tuhan, semuanya sudah tertulis

Unknown said...

salam pagi nuzul quran .. walaupun ummi jarang tinggalkan komen di sini , tp hari2 ummi dtg jengah , selalu ketinggalan no 40 gitu , baca je komen rakan dan adik2 yg lain..
bagi ummi apa yg kita cari di dunia ni tak kan cukup , walau ketulan mas berkapal yg kita kumpul tak kan boleh bw masuk kubur kecuali diguna kejln 'khoirat'
tp kalu CL kekal dibumi bakkah tu lg ler 'lubuk mas ' pahala yg dpt dikumpul bbanding kami di sini.
والله أعلم

CM said...

salam cik lie


betul!!!u boleh create the new history,n the new achivement in ur life,mungkin itu yg u cari selama ni..ketika di mesia u nampak Scotland lah..tapi skrg pasti nampak kaabah

tapi i kenal u.ciklie.u nk pi scotland untuk misi yg lainkn,still lagi misi ibadah,duit yg ada untuk kebajikan..tapi bak kata k.as keberkatan tu ptg,6k dgn 60k..mungkin jumlah dia lain,tapi 10sen pun kalau berkat tempat yer disyurga...discotland pelantar minyak,tak lari dari benda yg shubahat (arak contohnya,,sori to say)tapi di mekah cik lie jauh dari semua tu,mata,hati,kaki,tangan,minda semuanya terjaga...


aduuuh kesmu ni..bagai mahu melepaskan bini no 1 yg sangat baik budi pekerti dan beriman untuk mengapai cinta bini no2 yg cantik berseri tapi tak tahu lagi kualiti yer...alamak ke situ pulak aku????hehehe.


datin.Asnija.tak cukup tu,motivasimu...kuarkan skillmu yg ada,kasi clean temanku ini...

dalam

Chik Att said...

Salam Cik Li.....
Tepuk dada tanyalah iman...
duit boleh di cari.....
Kerna duit semua bleh jadi.....?????

silversarina said...

Mekah pilihan akak biar pun di pelantar berkali ganda RM nya .

Unknown said...

Salam,
Biasanya saya baca je tapi kali ni nak juga berkongsi.
Ini adalah satu persoalan yang amat berat untuk diputuskan.
Tapi bagi saya, Mekah adalah tempat idaman semua umat Islam termasuk diri saya sendiri dan keluarga.
Ingin rasanya terus menetap disana agar sentiasa damai hati ini.
Apabila kita memandang Kaabah, segala masaalah akan hilang.
Semasa saya menziarahi saudara pada Jun lalu, sebenarnya saya amat irihati dengan saudara yang dapat bekerja di Tanah Haram dan sentiasa berpeluang untuk bersolat di Masjidil Haram yang ganjarannya adalah 100,000 kali ganda drp tempat lain kecuali Madinah dan Al-Aqso.
Kalau saudara nak tengok Kaabah, Selak langsir je dah nampak.Betapa seronoknya kalau saya berada ditempat saudara.
Fikir2 lah. Lubuk emas atau 1 solat 100,000.

wassalam

ZailanMY said...

ini mungkin ujian dari NYA. petunjuk juga akan ada padaNYA.

Just to help your decision CL, cuba soal selidik Halliburton tu kompeni milik sapa.

safiudin.com said...

salam ramadhan dari melaka,

yang mana satu? idaman kalbu.

kalau saya diberikan peluang memilih, saya akan pilih dimana sdr manzlie berada sekarang.

Makkah! Makkah! Makkah!.

siapa sokong sdr manzlie kekal di Makkah angkat tangan?

safiudin dot com

p/s: siapa lagi yang dapat berikan lintas langsung (walaupun tertunda) apa yang berlaku di Makkah jika bukan sdr manzlie.

Asnija said...

CM,
Saya yakin teramat...Cik Lie bijak membuat keputusan...malam ni sure dia pi depan multazam solat istikharah...kalau dak pun esok, dia pasti gi jumpa kekasih Allah, menyelami dasar lubuk hati nyer...

(saya tengah menstabilkan emosi ni...nanti bila emosi saya stabil, saya komen laie...)

S said...

salam,

kalau CL nak abaikan pendapat kami tak pa,
TETAPI.....
TOLONG JANGAN ABAIKAN PANDANGAN Tuan Hj Sab2.kak as tak kenal tuan hj sab2 tapi kak as dapat rasa aura keikhlasan beliau.

kak as tahu CL mesti tak tinggalkan Mekah punya. GERENTI !!

KSPulau said...

Salam.. Sekadar yg sy dapat dari seorang ustaz, mudir di kota bharu... seorang wanita Arab yg disahkan sakit kronik oleh pakar2 di eropah nunn... dan jangka hayatnya telah dinyatakan oleh pakar tersebut. Beliau akhirnya meminta kebenaran dari suami utk menghabiskan hayatnya di Makkah, beribadat utk Allah. Dari kecelaruan fikiran menanti ajal, bila sampai tempohnya, beliau didapati sihat, tiada sedikitpun kesan penyakit kronik tsb, sampaikan pakar2 eropah terkejut & menanyakan apakah yg berlaku. Dinyatakan bahawa beliau sentiasa beribadat di kota Makkah, memakan kurma & meminum air zam zam. Begitulah kebesaran Allah. Khabarnya ia akan dimuatkan dlm jurnal kelak.
Bukankah Cik Lie telah berada di bumi Makkah? Saya doakan yg terbaik utk Cik Lie, dan Cik Lie yg punya kata pemutus. Spt kata CM,keberkatan yg paling utama. Rekod dunia no 2. Apa pun, sembahyang istikharah, jika Cik Lie rasakan kedua-duanya sama baik... Sekadar pandangan.... Wassalam

hanieliza said...
This comment has been removed by the author.
hanieliza said...

Blogger hanieliza said...

Salam..
kakaliza rasa teringin nak berikan pendapat...
Solat istiqorah tu dah tentu kena buat..
selain tu hendaklah usaha kita..
1. check makanan di pelantar tu ada makanan babi tak..sbb mat salleh suka makan babi..kalau katak boleh tahan lagi takperlu samak berbanding ngan babi..tapi kalau kita kena serve katak..tak boleh dah..berdosa..
2. kalau pemilik bukan islam pun ..ok sebb itu harus..
3. arak mungkin takder..sebab offshore bukan macam hotel..

ini adalah pendapat [pengalaman] suami kakliza yang pernah kerja offshore ESSO di Malaysia 30 tahun yang lalu..dimana disediakan makanan babi diatas meja yang sama makanan melayu[share meja]..tetapi sekarang dah takder kes begitu..

semoga CL mendapat pentunjuk dariNYA..

shami2 said...

Salam CL,

Kala hari2 cuti ni sya tidak terkejar N3 yg disalurkan....padat sungguh aktiviti kat rumah...

Apa jua yg kita minta pasti Allah makbulkan...
Kak Nija kata2 mu sungguh tepat sekali...kehidupan yg kekal adalah kehidupan akhirat.....
Sabtu malam ada ikuti tazkirah...tajuk berkenaan syurga yg Allah sediakan bagi hambanya yg bertakwa.....tak laratlah sya nak cerita kat sini...

p/s: CL Duduklah kat situ elok2..haaa orang suruh dia carik jodoh biar senang & bahagia dia kerja ..dia p carik kerja lain pulak...dah tu minta kita tolong bg pndapt lak...
Hanisssssss
Kak Nijaaaaaa
CMMMMMMM
Tulun3x....lah ..nasihat CL kita nih...kemaner fikiran dia tuh...hehehe....

Untk info Pak cik lie:
Along exam UPSR 8, 9, 10 hb september...mohon CL doakan kejayaan cemerlang buat dia...
Mak tuk kt kg jga doakan...tapi istimewa dr Pak Cik Lie lebih lagi dipohon...

Leenoh said...

Salam Manzlie.
Anta tanya apa akan ana buat kalau gerangan itu berlaku pada ana, Ana hanya bersolat Sunat Istikharah tanya Allah ketika sujud.

selepas itu tunggu berita dari langit melalui mimpi atau gerak hati.

Insya Allah ana akan mendapat keputusan yang terbaik, berlebih-lebih lagi pada ketika itu ana berada di Tanah Suci.

Diharap antapun berbuat demikian.
Hahaha nasihat macam bermadah pulak.

S said...

salam,

kengkawan semua,
sebenaqnya CL lebih tahu kelebihan Kota Mekah dari kita semua sbb CL dah dok lama kat sana.

kita ni baru p sat ja. paling lama 2 bulan. tak payahlah dok cerita banyak2 nanti CL bosan dok baca leteran kita semua. heh,heh,heh.

jangan maraah aaarrr. Arigato KSP

S said...

HANIIISSSSS,

CEPAT MAI PUJUK ABANG CHEQ NI.

KALAU HANIS PUJUK TENTU CL CAIR PUNYA.
HANYA DENGAN 3 PATAH KATA SAJA.
I LUV U. heh,heh,heh.

amacam CM, CN, IP dan asnija.??

PINATBATE said...

Salam CikLie..
Tahniah atas tawaran itu..Itu juga mungkin sedikit ujian Allah terhadap CikLie..dibulan Ramadan yg barakah ini..
kalau kakpinat berada ditempat CikLie kakpinat akan terus kekal di depan Haram Mekah,semulia-mulia tempat di dunia ini.
Cil Lie sebenarnya telah menggenggam emas itu!

IBAN MUSLIM said...

Salam...

Kalau saya diberi peluang untuk bermastautin di Makkah, saya tak pandang dah yang lain. Hidup dan mati di bumi yang penuh dengan limpahan rahmat.

Doakan ana...

CM said...

Salam k.as..

betul tu "Ayat-ayat cinta bercerita"... I LOVE U...pasti akan meruntuh satu salju hati...biar CM ajar hanis...

tak payah leter2..cakap I LOVE U jer...huuh terjaga cik lie dari tido tu..k.as.

cik lie semua org dah berdebar ni...

Anonymous said...

salam,

abang, hanis rasa semua komen yang telah tertulis tu ada dalam komen hanis pg td...huhuh..

abang, hanis tetap pilih p "lepak" kat multazam setiap hari selepas penat bekerja drpd lepak kat dalam bilik cabin atas pelanta tu nanti...

hati hanis berkata..abg dah ada jawapannya...cuma abang nak dapat sokongan drpd semua teman2 yg lain..kan abg kan... :-)

SUHAIMI said...

salam...
Wah!! tawaran yang hebat....cepat le kaya......tapi bagi saya biarlah bayaran dan imbuhan yang kita dapat semasa tanah suci ni sikit...tapi amal bekalan yang dapat kita bawa untuk ke SANA nanti cukup besar....kehidupan yang kekal abadi....hanya insan yang bertuah saja merasainya.....apa2 pun Allah maha mengetahui yang terbaik untuk makhluknya....mintalah petunjuk dariNYA

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam mama & kak mas,

haaa laaa...hanis dah klik publish komen baru hanis terfikir...awat hanis tak habaq cam td....hahhahaha
sat222 nak tarik nafas...nanti tergelak pulaaa....nie nak kene serius nie...(kak mas dok kata dalam hati...gataiii adik aku nie..hahahha)...sat2 tarik nafas balik....emmmm ok...

abang, kami semua sayang sangat kat abang...I love & always pray the best for you.

CM said...

salam

hanis!!!!

kami semua sayang kat abang and love n always pray the best for u..aiik kenyataan tu cam salah jer..Kami ker?????

noor,k.as,datin,shahmi...hang pa love ciklie ker...????hmmm CM tak love pun kt ciklie,CM ada abg samad!!!

ngeh,ngeh,ngeh..aduuh blushingg pipi hanis...tersenggih pulak cik lie tu...

Imran Paris said...

HANIS.....akhirnya terungkap gak kata2....ngeh ngeh ngeh...En Li, dah cair habis dah la ni, bukan kata pilihan antara pelantar dan Lultazam, byk pilihan lain yg telah diputuskan nampaknya subuh2 hari di Makkah tu, alhamdulillah.

En Li....pada tahun 2006, saya dpt tawaran utk ke bbrp negara, salah satu tmpt yg ditawarkan adalah ke sebuah negara yg kami sekeluarga AMAT AMAT SELESA, sy jd my own boss at the age of 36 dan elaunnya pun 2 kali ganda (byk tu, bungalow, Merc S Class saya mampu beli)....tp saya dpt ilham utk ke Paris ni...bila keputusan saya sampaikan kpd isteri dan anak2 serta rakan taulan, semua terperanjat dgn keputusan saya, sampai ada kata "Imran kau ni gila, tak mungkin org lain buat keputusan bangang mcm kau" Saya terkesima...tapi saya sendiri tak tau kenapa saya diilhamkan utk memilih Paris...even pd bulan pertama saya di Paris ni, hampir setiap hari saya bertanya2 dgn diri, berdoa kpd Ilahi dan bertanya KENAPA KENAPA KENAPA...saya kpd pemandu pejabat saya mengadu hal yg sama. Akhirnya, slps bbrp bulan di sini, saya dapat jawapan yg pasti...mmg pilihan ini adalah TERBAIK buat kami.

Oh ye...masa saya berdoa, solat hajat dan istikorah pada 2006, satu je permintaan saya "Ya Allah, aku ingin ditmptkan di negara yg membawa aku dekat selalu pada mu". Ini yg saya ulang hampir tiap mlm. Tak syak lagi, ihlam2 yg diberi dlm mimpi, membawa saya ke sini dan selanjutnya bukan hanya membawa saya dekat dengan yg Ilahi, tp seluruh keluarga saya diberkati dan dirahmati. Alhamdulillah berumrah bersama pd Mei 2008 dan haji (buat saya) pada tahun yg sama.

En Li...jawapan telah JELAS di hati En Li...tepuk dada tanya IMAN. 1 lg...kalau En Li buat Blog Pengalaman dr Pelantar Minyak...sorry ye...takkan saya jejaki lg kot blog pelantar minyak...takut jd hantu minyak pulak nanti.

S said...

HEH,HEH,HEH,...
HMMMM... KIRA SAH LAH TU.

amacam saksi?? sah ker aqad cinta Hanis pada CL tuuuu??

CL ni awat dok tdoq lagi ni.
cepat jawab " AKU TERIMA CINTA MU "

kawah dan periuk bosar dah tak sabar nak menari.
asnija jangan lupa cekelat untuk hantaran tu. Kak as nak asnijabuatkan replika Kaabah ngn cokelat na. spesial unk CL ngn Hanis. heh heh heh

S said...

salam cm,

cuba baca betul2 apa hanis tulis tu. buang la spek hitam bosar tu baru klear.

hanis kata I LOVE AND ALWAYS ......

BACA BETUL2 AARRR. CM

Imran Paris said...

Kak Asssss....HEBATlah Kak As ni, bukan kata CM, saya pun sepak tepi spek itam ni....betui nooo I LOVE & ALWAYS.....malu arrr.....tersipu2 org Makkah dibuatnya, sampai tak terkomen tu....ntah2 terus gi airline ageny booking tiket. Pijal...kau siap rumah kau....errr, Ampang Putri Hospital tu harap2nya tak yah book kali ni :)

My Life said...

salam.. antara lubuk emas dan hatimu telah terpaut.. ana rasa "pilih ler " hatimu telah terpaut" .. itu doa azie.. apapun semua terletak ditangan ciklie.. pasti ada yg tersembunyi disebalik pilihan ciklie tu nnati.. terus terang saya bagitahu kalau pilihan ciklie "lubuk emas" hati ini akan hiba sangat... apapun saya doakan yang trebaik untuk ciklie.. insyaallah.. minta padaNYA..

kak jose said...

salam che lie,
kakak rase cl dah dapat jawapan bg
soalan yg mungkin memeningkan kepala cl ketika ini.

bukan semua org bertuah macam cl.. berpeluang berada di bumi barakah, setiap saat dekat dgnNya, penuh kerahmatan.

ape2 pun bersolat istikarah,mohon petunjuk dr Allah swt.

Ayah Zain said...

salam,

Ish ish tu la Hanis, ayah zain dah habaq. dia orang tu tunggu masa jer. So la ni dah terang lagi bersuluh.

p/s: dalam CL confuse nak buat pilihan, hangpa kenen ke lain. Sian CL.

CL 16 hari hang kat pelantar 14 hari hang kat mekah. Tapi pandangan CM kena ambil perhatian juga, kat sana kita mudah terdedah dengan perkara boleh menjerumuskan kita kepada perkara yang tidak diredai Allah. Itulah CM, dalam gurau ada seriusnya.

Asnija said...

Hanis,
ucapan tu main tipu nama nyer...K.As, saya tak kira sah...dia cakap berlapik sangat..cakap biar terang...

Asnija said...

Tumpang lalu Cik Lie...

K.As, kalau buat coklat bentuk Kaabah saya rela...kalau nak bentuk pelantar minyak...saya tak sanggup...tolak mentah-mentah tempahan tu awal-awal noh...

Asnija said...

Tumpang lalu Cik Lie...

haa..ah...Cik Imran, tak sanggup saya gi pelantar minyak...takut dengan orang minyak....ehh...mana ada hantu minyak..apa arrr cik imran nih....

Asnija said...

Cik Lie,

Saya amat pasti Cik Lie bijak membuat keputusan, dan mungkin sedang buat apa yang sepatutnya, mungkin dia tengah beristikharah di depan multazam...biar la cik lie menerubusi jauh kedalam lubuk hati dia yang paling dalam...

dia pun tahu, kalau dia balik rumah dia kat sini, habis dia kena terjah..sian cik lie ku...

Asnija said...

Tumpang lalu CIk Lie,

Lepas ni singgah rumah akak, pilih kuih Raya apa nak kirim kat Cik Lie ye...

Abg Mgt said...

Salam,

Apa tunggu lagi CL?

Line klear dah dari Hanis, dia bagi lampu hijau tuuu.

Tok sah dok lindung2 lagi.

lov yuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Ayah Zain said...

Salam CL,

Ya Allah ya Tuhanku Engkau lah yang menciptakan matahari yang menyinari bumi dan menciptakan bulan menerangi malam, Engkau berikan lah petunjuk kepada Manzlie agar dia dapat membuat pilihan yang Engkau redai. Engkau ampunilah dosa-dosanya dan Engkau tunjukkan jalan yang lulus. Sesungguhnya hanya Engkau yang kami sembah dan kepadaMU lah kami meminta pertolongan.

shami2 said...

Salam CL

Tumpang lalu sat.....kita kat dalam ni haaaa menaip bagai..aaaaa, CL dok baca....sampai gelak guling2..abang samad ...tulun tengok sat ...abang cik kita tuh....pastikan dia reply ...aper2 yg patut ..aaa

p/s: CL jgn marah nah....hehehh pjal akak tak leh lah gelak cam tu...(takuttt nanti cheq minta dia doa kat anak2 menakan dia dia tak mo...)

Che' Pit said...

salam che lie..

hmm che lie ingat lagi tak masa bulan 5, tahun 2007.. masa lunch hour kat ground floor opis kita kat berjaya times square dulu?

masa mula2 che lie bgtau pasal offer GOHR tu? che lie ingat lagi tak apa yg che lie bgtau kenapa che lie nak sgt accept offer tu sampai u have to sacrifice other things? sampai u have loss something that is very valuable to your life..

alhamdulillah, sebagai org yg paling rapat, sy bersyukur dan gembira melihat perubahan che lie dari semasa ke semasa.. mmg pengalaman che lie di sana byk membantu che lie.. "masalah2" tu pun kita dah dapat setelkan sikit demi sikit kan. so sy harap che lie berpegang pada kata2 che lie masa decide nak ke Mekah tu..

HUSSAIN BIN TAHIR said...

haji Azli

kalau sayalah..

hehe pasti pilih Makkah

sebab buminya barakah

amannya terjamin seperti dalam Quran

budayanya Quran dan solat

betapa indahnya memandang haram ketika bersyukur hidup kita diteruskan...

kalau ada post recommend la saya..hehe tp nak kt makkah hehehe

i am strongly recommend for you to stay in makkahtul mukarramah

mamaija said...

Salam.

Susah gak nak buat pilihan. Apa-apa pun sembahyanglah istiharah minta petunjuk depan kaabah. Inshallah saudara dapat buat pilihan yang terbaik.

Wassalam

Che' Pit said...

salam kak shami2,

jgn risau, acik cheq tu pasti doakan.. so marilah akak gelak bersama2.. hanis, kak mas, kak noor, mak as, ip pun da join, tunggu kak shami jer..

ngeh ngeh ngeh

Che' Pit said...

salam che lie..

ralat: bulan 5 tahun 2008.. 2007 lak, ngeh ngeh ngeh..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam azli,

kalau kak nab kena buat pilihan itu...kak nab pilih Makkah!

CM said...

Salam ,,

hanis adikku hang jgn kuar dulu,nanti lumat hang kena sakat n usik,bagi abg hang yg nk jadi org minyak tu bangun tidor dulu,dia boleh defend hang arrr,jgn kuar dulu,,,

CM nk usik lagi partner CM ,noor tak kuar2 pulak ada international meeting pasal gotah,,,CM nak ingatkan pantun CM

Pantun Cm

Sekeping biskut meri,sepinggan mee
CL tanya kat CH,will u meri me!!!

pas tu cik adik jawab

Sekeping biskut meri sepimggan mee
di masak oleh anak pak tawil
CL tanya will u meri me
CH jawab,i will,i will...

ngeh,ngeh,ngeh...

cik lieee!!!!!bangkit-bangkit..jgn hanyut di lautan minyak aarrr....jadi org minyak..huiii ngeri2...

Yem0805 said...

Salam CL,

Semua tu dugaan utk CL, ramai pungunjung PDKM telah memberi pendapat..rasanya pendapat semuanya seakan sama..

Jd mmg CL yang wat keputusan lagi pula Kaabah dan multazam di depan mata CL solat memohon restu Allah tp bagi saya pilaha pertama ialah Makkah, Kaabah dan Multazam mendakat kn kita pada nya.

My Life said...

kejutkan ciklie cikgu mas... huhuhuhu

aznaz said...

salam Ayah Zain..

terimkasih atas kesungguhan nasihat dari ayah tuh...

syukran

waslam

aznaz said...

salam M A Sabtu..

alhamdulilah..sememeng nyer ini semu adalah ujian dari Nyer..

terima kasih atas pendapat suadra tuh..


waslam

aznaz said...

salam Ummi Humaira..


Terima kasih atas pandangandan Ummi tuh..satu pangandan yang amat bagus sekali.

waslam

aznaz said...

salam Cikgu mas.


hmmm cikgu nih...semalam setuju , harinih dah tak setuju lak...camner nih..heheheh
anyway many thanks for your advise yah...


waslam

aznaz said...

salam Mrs att

Betul tuh....terima kasih..

waslam

aznaz said...

salam Hazman..

oh ye ker...
terimaksih lah atas kesudian saudra memeberikan pendapat..

waslam

aznaz said...

salam Sadura Saduiddin..

Ynag mana satu [ilihan muh..

wah tepat sekali...
mekasih atas ingatan saudra tuh..


waslam

aznaz said...

salam Kak Sarina..

mekasih yer...atas nasihat akak tuh..

waslam

aznaz said...

salam Saudra Zailan..

terimaksih atas pandangan dari saudra tuh..


waslam

Noor said...

As Salam..

Dear Cik Lie.. teringat-ingat kata2 mu pada Kak Faridah di suatu petang tentang kehidupan mu dibumi barakah, Makkah..

pilihan ditanganmu.. pilih lah yang terbaik.. kami mendoakan agar Allah sentiasa memberi petunjuk kepada insan yang telah dipilih untuk berada disisi rumah NYA yang menjadi idaman setiap umat Muhammad...

Ya Allah.. tolonglah sahabat ku ini.. berikan lah pilihan yang tepat kepada nya.. agar dia tidak menyesal dikemudian hari.. aminnnn

aznaz said...

salam KS Pulaau..

yer sya da mendengar cerita itu..alhamdulilah...terimaksih atas kesudian sadri memebrikan pendapat..

waslam

aznaz said...

salam kak As...

mekasih nohh atas usaha murni akak tuh menasihat sya..

waslam

aznaz said...

salam Datain Asnija..

takpa aar ..datin pun banyak jugak beri nasihat pada sya...

syukran


waslam

aznaz said...

salam kak Liza..

alahmdulilah...mekasih for the info yah..

walsam

My Life said...

tak sabar tunggu keputusan ciklie.. lubuk emas @ tempat hatinya telah terpaut..

aznaz said...

salam Leenoh...


yup ..ana sebanarnyer sudah mengengam lubuk emas sebenarnyer...mekasih atas infrmasi itu..

waslam

aznaz said...

salam Iban Muslim..

alhamdulilah..terima kasih atas doa mu ituh..

waslam

aznaz said...

salam kaka P{inat...

alhamdulilah...mekasih atas pandangan akak tuh..sya hargainyer..

waslam

aznaz said...

salam shami2..

alhamdulilah..mekasih sya ucapkan atas kesudian akak memberikan pendapat..

hmmm cari kerja tuh dah lama..dulu..

waslam

aznaz said...

salam hanis...

hmmm abg pun syang denga semua pembaca blog ni tau...menas you all lah...


waslam

aznaz said...

salam cikgu..

apa tuh? hmmm dia dah buat balik dah...cikgu mas nih takd kerja ker tuh...heheheh

waslam

aznaz said...

salam Imran..

wahhh satu maklumat yang amat berkesan tuh..many thank for sharing the info..
sya hargai nyer..

waslam

aznaz said...

salam kak as..

hmm apa lak tuh kak Sah , sah sah..

akak nih kelakar lah..hehehehlain dittanya lain lak di cari..


waslam

shami2 said...

Salam CL,
Dalam bergurau2 ni..sya nak minta satu pertolongan bg pihak kwan sya nih hah da 2 minggu dia jarang2 msk opis..sbb kesan cinta mekah ank nya msa gi umrah tahun lepas..

(dia tak tau sya mta tolong ngan CL ni)...
Tolong doakan pd anak ini berusia 19 thun msih di IPTA..sedg hanyut cinta ngan pemuda indon yg blajar n tingai kat mekah...sanggup buat ibunya nangis...bgai lagi...pnjg citer
Minta tolong doakan lembutkan hatinya agar patuh nasihat siibu..jadi anak yg baik, yg soleh...bertenang..
namanya Nur syakila Abd Rasid nama ibunya Zaini Ahmad...
Pmuda indon dh balik indon, kwan sys ni gi dh kt kg bdk indon tu...kedua ibubapa..ada pdgan msing..cuma anak2 muda ni merancang sendiri...yg lelaki bole terima..yg perempuan..lain jadiknya..harap jdi pgajaran buat ibubapa semua....

aznaz said...

salam ayah zain...

tu lah depa nih duk cerita lain lak...
sya lak jadi confius nih..hehehe

waslam

aznaz said...

salam kak Jose..

terimaksih atas keprihatinan akak tuh dan pandangan yang diberi...

walsam

aznaz said...

salam mylife..

syukran for the doa yah..

waslam

aznaz said...

salam abg megat..

laaa line clear apa lak tuh..hmmm abg nih pun sama gak macama akak lah..heheh

waslam

aznaz said...

salam ayah zain..

terimakasih atas doa mu ith..

saya amat menghargai nyer..

waslam

aznaz said...

salam sahmi2..

memag duk gelak lah..depa dah menyimpang lah kak..

waslam

aznaz said...

salam mamaija..

betul tuh..
thanks.


waslam

aznaz said...

salam Pjarl..

hmmm benar tuh...ye tak yer jugak kan...many thanks atas peringatan tuh..

waslam

aznaz said...

salam Hussain..

terimakasih atas penringata dari suadra tuh..alhamdulilah ramai yang menyokong..

waslam

aznaz said...

salam kak Nab..

alhamdulilah..mekasih kak


waslam

aznaz said...

salam Yem..

betul ramai yang menyokong supaya sya disini..alhamdulilah..

walsam

aznaz said...

salam cikgu mas..

cikgu..apa nih biskut merry nih..cheq pose lah pagi pagi nih..cikgu tak pose yerrrrr..


waslam

aznaz said...

salam Noor..

alhamdulilah...cik noor pun sudah menginat kan sya balik tentang kakta kata tersebut...
terimakasih atas kesudian cik noor menasihati sya..

waslam

Ayah Zain said...

Salam CL,

Alhamdulillah. saya rasa CL dah dapat keputusannya.

Bak kata Imran, kalau lepas ni CL buat "Pengalaman di Pelantar Minyak" jangan harap dia nak mai datang melawat.

KSPulau said...

Salam Cik Lie & semua ahli blog... nampaknya Blog PDKM ni akan kekal, jika berdasarkan jawapan2 Cik Lie tadi.... Maka diisytiharkan bahawa PDPelantar Minyak tak jadi di online kan..hehehe....
Errr... betul ke andaian ini?

Ayah Zain said...

Salam CL,

yes KSPulau, andaian mu itu betul sekali.

Maka, dengan dukacitanya "Pengalaman di Pelantar Minyak" tidak akan di buka untuk selama-lamanya

rosli said...

Salam Azli dan rakan2,

Kalau sdra Azli masih ingat email saya dan perbualan singkat kita, saya dah kerja 23 tahun, saya baru sekali ke Makkah (2008). Saya pernah tanya sdra Azli ttg peluang pekerjaan di sekitar Makkah.... entah kenapa hati begitu terpaut dengan Makkah dan Madinah...saya percaya majoriti yang mahu sdra kekal di Makkah....begitu juga saya. Sehingga kini saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti saya dapat berpeluang kerja samada di Makkah or Madinah. Cadangan saya nak buat lawatan ke negara2 lain sudah jadi tawar....hanya Haji dan umrah menjadi doa dan niat saya skrg...

Saya percaya sdra Azli dah byk tahun bekerja di beberapa hotel di Msia....sudah pasti dah jumpa dengan perkara yang tak halal dan tak pasti halal (spt kata cm byk alkohol dan mcm2 lagi)

apapun semua terpulang kepada sdra Azli, tepuk dada tanya selera. Kami semua doakan yang terbaik utk sdra Azli. Amin

Ayasu Kuro-Obi said...

HALIBURTON, CAWANGANNYA DAN PELANTAR BANYAK...TAPI MAKKAH ITU HANYA SATU.... MEMANG INI UJIAN DARINYA... "GAJI" CIK LI DI MAKKAH JAUH LEBIH TINGGI DARI YANG ITU... TAPI CIK LI ISTIKHARAH LA DULU KAN BARU DAPAT HIDAYAT...

My Life said...

mari sam2 kita doakan moga ciklie terus berada di tempat "hatinya telah telah terpaut (makkah)...

ranting said...

salam cik li..
Apa2 pun buat lah solat hajt, istikharah dan solat taubat mohon petunjuk dan hidayah drNya..
tpi sesiapa yg pernah dtg sini slalu nak mai lagi...tpi org kat mekah nii tak tau ler..mungkin nak tgk tempat luar plak..tpi apa2 pun, byk2 lah berdoa diberi petunjuknya..kalau che li x ada kat sini, pembaca blog ni mesti kesepian sb dah tak ada org yang beri info mengenai Mekah.

benludin said...

pahala solat di masjdilharam 100,000x ganda dari kita solat dimasjid2 yg lain....peluang dah depan mata tu bro....:)

aznaz said...

salam ayah zain...

ye lah..hati dah terpaut kat sini lah ayah, cuma sekadar tanya pendapat..


waslam

aznaz said...

salam rolsi..

alhamdulilah..terimaakasih atas sokongan daria saudra tuh...satu pendapat yang amat bernas..

waslam

aznaz said...

salam my life..


terimaksih atas keperihatinan mu..

waslam

aznaz said...

salam KSPULAU.

ye lah tak da lah pengalaman di Pleantar Minyak..hehehehe


waslam

aznaz said...

salam ranting..

alhamdulilah..mekaish yer atas nasihat tuh..

waslam

baz said...

bagi saya, smua pekerjaan tu baik tpi apakah kita dpat menunaikan yg terbaik? jika d pelantar minyak lebih sesuai dan duit pun lumayan, why not? after all, kita bulih pegi mekah umrah anytime, and bukan selamanya kerja plantar tu :)

solat istikharah leee... panjatkan doa, smoga ente membuat keputusan yg terbaik bagi diri sendiri :)

Niasuh70 said...

Salam

Saya telah lama mengikuti blog ini. Cuma baru kini tergerak hati untuk mencelah lantaran topik yang dilontarkan.

Alhamdulillah.. saya telah berkesempatan pergi kedua2 tempat.. Makkah & Scotland. Bezanya pasti teramat jauh sekali. Di Barat syurganya adalah dunia dalam bentuk pelbagai kemaksiatan. Arak, judi, seks rambang, berkesedudukan, itu semua sudah menjadi budaya hidup mereka. Suasana itu juga Cik Lie akan terpaksa hadapi di sana jika ianya menjadi pilihan. Walau pun Cik Lie masih berpegang teguh dengan iman dan Islam, Cik Lie tidak akan dapat lari dari kawan-kawan yang mengamalkan budaya berkenaan. Pasti mengundang rasa gundah, resah dan haru biru.

Makkah.. subhanallah. Tempat kelahiran Islam dan Nabinya yang amat kita cintai.

Wassalam.

aznaz said...

salam Ben Ludin..

mekasih ats nasihat mu itu..

waslam

Kasmin said...

Aslmkm Bro Manzlie.

Saya berada di Makkah pada musim Haji tahun 2008. Hingga kini walau pun belum setahun saya kembali ketanahair rasa rindu pada Makkah dan Madina tetap dihati ini. Blog anda adalah blog yang paling saya gemari kerana laporan sekitaran Makkah yg terkini oleh anda. Kadangkala terusik dan terobat hati ini dek rindukan Multazam dan Raudah hingga keluar airmata apabila saya melihat gambar2 terkini Makkah di blog anda.InshaAllah jika diperkenaan Allah swt. saya akan ke Makkah lagi (Haj atau umrah) pada lain tahun. Perbandingan lubuk emas dan Makkah, saya kira Makkah bak permata yg tidak ternilai harganya. Bershukurlah anda kerana terplih bertugas diMakkah.

Wassalam

Kasmin (Singapura)

ropidi 'n laili said...

Salam dari Melbourne,

Kalau saya kekal di Mekah yang penuh barakah. Harta dunia dengan pelbagai pancaroba keduniaan kerap menggelapkan hati dan nafsu. Kebahagian dapat menatap BaituLlah tidak sepatutnya dilepaskan.