MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Wednesday 30 September 2009

" Keadaan Dataran Kaabah Pas Solat Isyak malam tadi..."

Masih lagi ramai Jemaah duk Tawaf tuh..alhamdulilah...
Nak masuk waktu solat Isyak nih...
Sempat jugak tuh duk posing...selepas solat tadi...
Keadaan di luar Haram selepas solat Isyak malam tadi.....



Tuesday 29 September 2009

" Sesuatu Yang Telah Ku tinggalkan..."

Salam from Makkah untuk semua pembaca PDKM....2 tahun hampir berlalu dalam kesibukan bekerja tiba2 ingatan ku merewang kembali ke aktiviti yang ku gemari suatu ketika dahulu di Malaysia..semuanye telah ku tinggalkan dan salah satunyer adalah ketika kami selalu menjalankan activiti yachting di laut yakni kawasan muara sungai kuala trengganu mengadap Laut China Selatan..waktu itu aku bekerja di Kelab Teluk Warisan Trengganu ( 5 star Hotel)...permainan Perahu Layar ini amatlah mengujakan...ya itu amat memerlukan stamina , skill, daya ketahanan serta Teamwork yang padu bagi mengatasi serta melawan arus angin serta ombak yang kuat..alhamdulilah satu permainan betul betul menguji daya ketahanan minda kami...seronok dan teruja dibuatnyer....
Depan Perahu Layar Monsoon Cup...

Ketika Memanjat GUa Hira...
Kini semua aktiviti itu telah tinggal dalam kenangan ku dan beralih pada aktiviti yang berfokuskan ibadah untuk persiapan aku menemui tuhan nanti...disini pergerakan ku beralih pada aktiviti yang begitu menenangkan jiwa, aku sering merenung Kaabah, bersendirian memuhasabah diri depan Multazam, menikmati keindahan dan merasai jerih perih Nabi Muhammmad saw mendaki Gua Hira, berziarah di Madinah, melawat pekerja ku di Gunung selain melayan tetamu allah yang datang mengunjungi MasjdilHaram..segala ini mengisi masaku dalam aku meraih Pengalaman Indah di Kota Makkah..alhamdulilah.... Ketika Memanjat Gua Hira......
Di " Gua Hiraq......"
Surah Al Ashri......
" DEMI MASA, SESUNGGUHNYER MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN DENGAN KESABARAN..."



Monday 28 September 2009

" Suasana Depan Masjdil Haram petang semalam..."

Keadaan depan Haram Jam 5.30 petang semalam
Masih lagi ramai dengan Jemaah di sekitar Luar Haram

Pintu Gate Utama King Abdul Aziz 1
Yang di Depan Pintu Utama Jemaah duduk menunngu waktu berbuka - Puasa Sunat 6...alahamdulilah



" Kasih Sayang Ayahanda dan Bonda..."


Juadah makan bersama ayahadan dan Bonda di pagi raya..alhamdulilah
Malam tadi kami makan bersama....seronoknyer...
Salam from Makkah buat semua teman PDKM...sesungguhnyer Allah swt maha pengasih dan penyayang..allah swt senantiasa mendengar doaku...sehari dua ni, ingatan ku cukup kuat pada ayahanda dan bonda, aku terasa tetiba perasaan rindu tuh datang walaupun dalam ketika kesibukan aku bekerja sekarang, aku sedar minggu ini adalah minggu terakhir ayahanda berada disini( hampir 49 hari ayahanda disini) makkah bumi barakah...sebelum mereka pulang aku harus bertemu untuk mengucapkan Selamat Tinggal...malam tadi aku menerima satu panggilan dari Lobby, rupa rupanyer gerakhatiku tepat sekali..ayahanda dan bonda sedang menunngu ku..ayahanda berhajat benar untuk membalas budi ku..katanyer: AYAH DAN BONDA NAK AJAK AZLI KELUAR MAKAN MALAM BERSAMA....aduhai bukan itu yang aku harapkan, tak pernah terlintas di hatiku mengharapkan sehama balasan pun dari apa yang aku lakukan untuk tetamu allah..AKU YANG PATUT MERAIKAN TETAMU ALLAH BUKAN AYAHANDA SEBAGAI TETAMU MERAIKAN AKU..bisik hati kecil ku.....dengan penuh HIKMAH aku menolak perlawaan ayahanda dan bonda, bukan niat di hati untuk menghampakan mereka kebetulan memang aku sudah menyediakan mereka juadah makan malam bersama - aku ingin mereka merasa Nasi Goreng, ayam goreng serta kentang ubi dan sandwich yang telah aku order di room service tadi..di saat mereka menikmati juadah tersebut seolah olah mengingatkan aku kepada kedua orang tua ku yang sudah tiada lagi..tiba tiba hati ku menjadi sayu....kami berbual sesama..ternyata ayahanda dan bonda bukan lah seorang yang gemar bercakap perkara yang sia sia, sepanjang perbualan kami ayahanda mendidik ku dalam membicara tentang agama...kami bertukar cerita dan pendapat, ayahanda mendidik ku dengan penuh hikmah, nasihat dan tunjuk ajar nyer penuh dengan nilai nilai kehalusan budi - lambang kasih seorang ayah pada anak anaknyer, aku cukup tertawan dengan Halus Budi dan tata kata mereka berdua..alhamdulilah segala tunjuk ajarnye akan ku semat kan di dalam hati ini buat bekalan perjalanan ku kemudian hari... saat Perpisahan kami hampir bermula...kami perlu mengucapkan Selamat Tinggal antara satu sama lain...aku dan ayahanda berpelukan sambil airmata keluar bila mana perasaan sayu dan syhadu tiba di sanubari kami...aku merasa kasih sayang seorang ayah yang telah hilang 17tahun seperti kembali semula mengalir dari tubuh ayahanda...rupanyer ayahanda juga merasa sebak dan pilu lalu menitiskan airmata bersama ku bilamana kami berpelukan , bonda merenung kami yang dalam kesedihan dengan linangan airmata juga...aku merasa bertuah pada malam tadi kerana ku rasakan allah swt bagai mengantikan kasih kedua ibu bapa ku..terima kasih pada ayahanda dan bonda kerana sudi hadir dalam hidupku..doa ku pada allah swt semoga mereka berdua akan datang lagi kesini sebagai tetamu allah lagi...insyaalah. Selamat Pulang ke tanah air Ayahanda dan Bonda semoga allah permudahkan perjalanan mereka dan akhir sekali Ayahadan dan Bonda kirim salam pada semua pembaca blog PDKM....syukran..waslam
P/s: Tangkap respek cara ayahanda bertakzirah..penuh dengan tertib dan halus budi bahasanyer walaupun penuh ilmu di dada nyer...satu pengajaran pada kita semua supaya jangan lah anggap diri ini Hebat tapi ilmu cuma sejengkal sahaja...aminn...

Saturday 26 September 2009

" Keadaan Dataran Kaabah Malam Tadi..."

Permandangan dari kawasan VIP area...
Duk berdoa di Depan Multazam..agak ramai jugak jemaah malam tadi..
Sekumpulan Jemaah dari negeri Morroco berdoa jugak di depan Multazam..alhamdulilah

Keadaan agak sesak jugak nih....
Suasana Dataran Kaabah pada pukul 9.00 malam tadi...




" Tetamu - tetamu Allah pada bulan Ramadan lepas.."

Pembaca dari Blog atas nama nick Ummi Wafa dari Yanbu...ksa
Pembaca setia dari Riyadh saudra ku Azrai...

Saudara Azmi Bogart dan NoorAzli dari Kg. Pandan kl....
Saudara Mohd Hanis dari Fayroos Travel - mekasih nooh bawak ubat cheq...
Saudara ku Zailan dan isteri dari Shah Alam...pembaca PDKM


Kepada mereka semua dan yang lain lain jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk ku di sini ketika bulan Ramadan Lepas..Syukran ..waslam

Friday 25 September 2009

" Baru Lepas Sholat Jumaat..."

Keadaan suasana solat Jumaat di sekitar Masjdil Haram...
Agak lengang suasana di sekitarnyer..ramai jemaah dah mula pulang hari nih...
First Jumaat selepas bulan puasa nih...agak tenang jer hari nih suasana di sini...


Thursday 24 September 2009

" Suasana Dalam Masjidil Haram Pagi Raya..."

Sempat duk posing jugak nih...jangan maree..
Pada pagi Raya selepas solat Sunat Hari Raya Dataran Kaabah masih lagi penuh sesak dengan Jemaah yang melakukan Tawaf Umrah..alhamdulilah
Dahaga lah...sempat minum air zam zam seketika ketika berada di atas bumbung Masjidl Haram...alhamdulilah
Keadaan di sekitar Luar pintu masuk Utama King Abdul Aziz 1

Belakang saya tuh tempat Saei yang baru di tingkat atas sekali yakni tingkat4 sudah siap sepenuhnyer..alhamdulilah...syukran..waslam




Wednesday 23 September 2009

" Kita Bermaaf-maafan Di Pagi Raya...."

Bermaafan bersama Genaral Manager - Mr Saud AL Raawley
Tu dia Juadah Hari Raya di Hotel Al Safwah...

DAri kanan Exec Chef, Room Service Manager, Senor Technician,Cheif Engineer dan sapa lagi kalau bukan orang kuat ku " Abang Samad" si dia..?
Hmmm budak budak kat ofis pun nak bergambar jugak..maklum lah kami bekerja jugak pada hari tuh...

Akhirnyer ketemu jugak ayahanda dan Bonda dengan Abang Samad berRaya bersama di pagi Raya , kata ayahanda abang samad mu "encem".....syukran..waslam




" Suasana Solat sunat Di Pagi Raya Depan Masjidil Haram..Part 3"

Meriah sungguh suasana di Pagi Raya Depan Masjidl Haram..terasa nikmat nyer..alhamdulilah
Ramai yang bersalam salaman di antara satu sama lain walaupun kami tidak mengenali mereka..alhamdulilah

Haahhh....khas untuk tatapan pembaca PDKM yang setia.... sapa aar????
Permandangan dari Lobby Hotel Al Safwah....selepas solat Hari Raya tuh..

Sesak dengan Jemaah sehingga ke Pintu masuk Hotel Al safwah ...syukran..waslam




" Suasana Solat sunat Di Pagi Raya Depan Masjidil Haram..Part 2"

Jemaah penuh sesak sampai ke Hotel Hijazz di belakang tuh..Dah nak masuk waktu pagi tuh....
Dah hampir jam 6.20 pagi nih..waktu solat dah nak bermula ketika ini...
Masing masing duk resah menunggu sejak dari jam 4 pagi tadi di luar nih.matahari dah nak naik dah tuh...alhamdulilah..
Duduk pun masih berasak asak sewaktu menunngu masuk waktu solat sunat Hari Raya..
Sempat jugak saya bergambar dengan beberapa rakyat Saudi selepas solat sunat Hari Raya..syukran..waslam




Tuesday 22 September 2009

" Suasana Solat sunat Di Pagi Raya Depan Masjidil Haram..Part 1 "

Pukul 4.30 pagi dah ramai masuk dalam Masjdil Haram..Penuh sesak dah..
Pukul 5.30 pagi Depan Pintu Masuk Utama Masjdil Haram dah takleh masuk...polis ramai sudah mengawal membuat sekatan tidak membenarkan jemaah masuk ke dalam Haram yang sudah pehun sesak untuk menunaikan solat sunat Hari Raya...

Saya jugak yang sudah kelewatan tiba pada jam 5.30pagi terpaksa duduk di Depan Haram sementara menunggu masuk waktu solat yakni jam 6.20 pagi...
Yang berbaju coklat tu lah polis polis mengawal sekatan jalan masuk ke dalam Haram...
Keadaan sesak Jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Hari Raya sampai hingga ke belakang hotel Hilton dan Darul tauhid...alhamdulilah...