MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Monday 11 May 2009

" Untuk Mu Ibu....Doa"


Keadaan di sekitar Kaabah malam tadi Jam 11 .00 malam


Kiriman Doa dari pembaca blog ku yang budiman


Asalamualaikum...khef halaq ente semua....Hari ni aku nak bercerita tentang " IBU ". semalam ramai pekerja aku duk mention pasal hari Ibu... semua duk call ibu ucap selamat...tapi bagi ku ibu ku tinggal dalam kenangan di hati ini...almaklumm lah telah 7 tahun ibu ku pergi menemui illahi..tinggallah aku sorang..hanya pada ibu ku dulu tempat bermanja..tanpa ibu ku siapa lah aku di dunia ini..ibu ku lah yang menbesarkan aku sehingga aku boleh membaca dan berdiri sekarang, ibu ku lah yang memasakkan masakan kegemaran ku - asam pedas, ibu ku juga lah yang selalu menunggu aku pulang lewat dari ofis..dan yang penting ibu juga selalu mendoakan kejayaan aku di dunia ni...alahamdulilah...tapi sekarang hanya tinggal kenangan..aku takakan melupa kan ibu sehingga ke akhir hayat ku..bila ada je perasaan sedih dan sayu akan teringat pada nye, aku pergi ke Depan MUltazam untuk mendoakan kesejahteraan dia di sana'..jugak aku tak lupa pada pembaca2 blog aku yang mengirim doa untuk di sampai kan di depan Multazam ..alahamdulilah semoga di terima oleh mu.....kepada pembaca2 yang budiman jikalau anda masih ada lagi ibu...pesan saya..sayangi lah mereka, belai lah mereka dan yang penting taat serta hormati lah mereka dan jangan sesekali kita menjatuhkan airmata ibu kita kerana SYURGA ADALAH DI BAWAH TAPAK KAKI IBU....untuk arwah ibu ku..Alfatihah ku iringi doa pada mu ibu ku sayang...aminn..



10 comments:

hanalee said...

Salam Azli,
Syukur Alhamdulillah En Azli ni seorang anak yang solleh... bertuah Arwah ibu en Azli...
Hana juga kehilangan ibu Hana seusia 9 tahun...Sama-samalah lah kita doakan semuga roh mereka dicucuri rahmat.... Amiiin..

aznaz said...

salam Hana...

kasihsyang saya pada mereka tak akan pernah berubah dan hilang...mereka tetap di hati saya..

sukran

wasalm

KLMJ said...

al-fatihah..., utk arwah ibu&ayah saudara azli.
Semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkn di kalangan org2 yg beriman.
Terima kasih juga buat saudara azli yg sudi memanjatkan doa saya di depan multazam. Mudah2an doa2 tersebut dimakbulkan Allah.

Syukran & wassalam
Fendy

aznaz said...

salam saudara Fendy...

sukran for the doa from you..

sekali lagi terima kasih...

wasalam..

rose said...

Salam saudara Azli,

sedih dan sayu bace entri nih ...

ya... kasih sayang ibu tak dapat dilupakan kan ...betul kata u, sayangi lah sementara dia ada.. kdg2 lepas dia tiada, baru terasa kehilangannya dan rasa terkilan kan...

Alhamdulillah ibu saya masih ada..just berdoa semoga dia panjang umur dan sihat sejahtera...InsyaAllah....

Al-fatihah buat arwah ayah dan ibu saudara...

aznaz said...

salam saudara Rose..

betul tu...

aminn...

KLMJ said...

ayah dan ibu 2x
itulah permulaan kami
dpt melihat bulan dan matahari
haaa.. haa...

ayah dan ibu...
ayah dan ibu lah mesti dihormati...

p/s: petikan dr lagu Allahyarham Sudirman.., Al-fatihah juga utk beliau...

taj said...

salam azli,

saya baru kehilangan moyang perempuan(95th)pd hari IBU.. tapi sya masih ada ibu dan nenek.. sukran

semoga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa ibu-ibu kita semua..

tentu ibu azli bahagia disana, kerana azli seorg anak yg soleh dan selalu mendoakannya dr tanah penuh berkah..

amiin..

aznaz said...

salam KLMJ,

saya memamg tak leh dengar dua lagu, kalau dengar sure mengalir airmata ni teringat kat ibu saya.

Untukmu Ibu - exits
Ayah dan Ibu - Sudirman

memag menyentuh perasaan lagu tu

sukran

aznaz said...

Salam Tj,

semoga roh moyang taj di tempat kan bersama dengan orang2 yang soleh dan beriman..Amin..

sukran