MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Friday, 24 June 2011

" Menunggu Masuk Waktu ShoLat"

ramai jemaah datang awal awal di Bumbung MH
Menunngu masuk waktu solat Mahgrib...
Pernahkan anda semua berada di kawasan ini..?

20 comments:

ummuhanis said...

salam cl,
tak pernah. canteknye view.

mancomjb said...

Salam CL dan warga PDKM,

Pernah juga sembahyang di kawasan ni, Seronok dan kusuk sebab tiada ganguan (jemaah perempuan ) senang nak solat dimana2.

TQ CL,

hilmyiskandar said...

Salam.

Kekadang tu ada jua menyapa Jemaah dari rantau kita utk menunggu solat.

Amin.

tq.

Aki44 said...

Salam CL;

Setiap kali ke sana sy x pernah lepaskan peluang utk solat magrib dan isya di bumbung. Lebih selesa dan dapat merenung Kaabah (diluar solat) dgn jelas dan sepuas2nya.

Ya Allah jemputlah daku yg hina ini sbg tetamuMu buat sekian kalinya.

Zalina said...

Salam CL dan warga PDKM,

...nyaman sekali kalau sembahyang magrib, isya dan Subuh diatas ni...

selalunya jemaah ambil kesempatan tinjau kebawah tengok kaabah dan org tawaf...terasanya agungnya rumah ALLAh dimana setiap masa manusia dan malaikatnya sentiasa bertawaf...

Ismail said...

Assalamualaikum CL

Terima kasih kerana menmuatkan suasana di MH setiap hari.
Tak pernah naik tapi jika diIzinkan Allah nak ziarah lagi dan nak naik ke atas bumbung untuk bersolat....

YaAllah berikan lah hidayahmu untuk aku mengunjungi MH, dan berikanlah peluang kepadaku mengunjungi nya lagi....Amin.

t.kasih..... salam dari saya

Kak Ina said...

Salam CL,

Selalu waktu suboh kak akan solat di bumbung kaabah. Sejuk, tenang dan nyaman sekali. Masuk waktu suboh, semua jemaah kena solat dibelakang "line tawaf" kat atas bumbung MH. Jemaah lelaki saja kat depan tembuk tu..kenangan tak dapat dilupakan pada musim haji yang lalu dan akan kesana lagi minggu depan. Insyallah..

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum CL,

Kakak banyak kali berada di bumbung MH ini. Kalau siang agak panas tapi angain kuat, kena jaga telekung baik-baik.

Kakak ambil gambar Kaabah dari atas pun cantik yg mana kelihatan umat bertawaf penuh. Cantik.

boxhousestudio said...

assalamualaikum cl

tak sah kalau tak kemari....tengok gambar-gambar ni...mengamit kenangan..

lain kali kita datang lagi...kita naik k...^_^...

PESONA said...

Assalamualaikum Tn Hj,

Pernah beberapa kali berada di bahagian atas sekali MH untuk bersolat subuh .......ternyata amat sejuk dan dingin sekali walaupun duduk beralaskan sejadah........

Azam said...

Salam...
dapat beberapa kali solat di bumbung MH ni...hajat nak bawa isteri dan adik tempohari naik ke atas...tapi tak dibenarkan pula...so...saya jer yg berada di atas ni...seronok tgk pemandangan org bertawaf....

YB said...

salam cl,

syok atas bumbong tu, banyak angin. Dulu jemaah perempuan tak boleh naik.

faridah desa said...

zaida.ieda said
tak sempat nak naik kat tingkat atas rasa terkilan pula...tentu seronok ye...insyallah ,pasti akan keatas jika pergi nanti.

Amane Homestay said...
This comment has been removed by the author.
Amane Homestay said...

salam CL,

ALhamdulilah...terima kasih CL kerana meletakkan gambar view dr tgkt atas...Sungguh cantik pemandangannya...Sy berazam kunjungan sy seterusnya, saya tak akan lepaskan peluang ke tingkt atas pula...banyak betul bhgn2 bangunan Masjidil Haram yang belum sy terokai kerana masa yang terlalu suntuk.
Rindu pada kaabah masih terasa hingga kini...Ya Allah..aku rindukan rumahMu...jemputlah aku kembali ke sana...Amin

Fuzi said...

Salam.

Pernah 2 kali try nak naik atas tapi kene block ngan mak arab semasa disana tempoh hari. x de rezeki..
Tq CL kerana update setiap hari.. terubat sedikit rindu..tp kadang2 tu tetiba jer timbul rasa sayu bila melihat gambar-gambar tersebut seolah2 sgt dekaat ngan MH...

Hj.Sabri : said...

Assalamualaikum CL. Saya pernah sekali naik kat atas ni.Itu pun semasa Umrah 2009. Mempersonakan

Norbaya said...

salam,salah satu tempat favourite krna dapat lihat kaabah dari sudut atas.tersangat istimewa...

Intanterpilih said...

pernah....adoi..rindunyaa

aidruss said...

Salam Alaikum,

Blog ni sesungguhnya membawa saya kenangan berada di sana. Baru nak tulis, dah bergenang airmata... Rumah Allah yang Agong ini memang tidak tercerita nikmatnya. Tuan mmg insan yg paling bertuah didunia kerna dapat berada disana. Niat dihati mmg hendak berada disana sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Saya masih memohon agar dapat kembali kesana setiap tahun. Berada dirumah Nya memang menakjubkan, terasa dekat dgn Nya, teramat tenang dan nikmatnya tidak boleh dibandingkan dengan apa jua.
YA ALLAH, jemput hamba mu yg hina kerumah Mu pada setiap tahun sepertimana yang aku pohankan setiap waktu. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA, MAHA BIJAKSANA DAN MAHA MENGETAHUI ISI HATI HAMBA MU INI...
JazakkAllahu kyr.
Salam...