MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......
13 comments:
Salam CL,
Di Mabawi dan MH saya sering mengaji selepas magrib menuggu waktu isya'. Tapi kalau di M'sia rasa macam kekok nak lakukan. Kenapa ya?
wasallam
Begitulah keadaan kota suci Mekah.Rasanya kita boleh juga buat asal kita tumpukan hanya kepada pembacaan Al-Quran utk mendapat keredhaan Allah. Pedulikan apa org lain kata, anggap atau sebagainya.
Salam CL,
8 hari di MH rasanya tak cukup untuk buat semua , tapi syukur alhamdulillah dapat juga lakukan amal ibadat tak kira di mana dalam MH. tempoh hari saya(smartradz) dan isteri mencari CL di tempat kerja CL, tetapi malangnya CL balik ke Msia, tapi tak apa jumpa dengan MR.Ismail dan bagi dia kerepek pisang tanduk. Semasa di Mekah saya tinggal di Royal Al Gali. Jumpa lagi CL
Salam CL
Memang menjadi amalan lazim jemaah membaca al-Quran di setiap corok MH iaitu di mana sempat mereka berada.
Pernah terjumpa jemaah iran atau turki (tak sure) bawa toto letak kat tempat orang baca al-Quran dlm gambar di atas musim haji 2007 - nak tidur kat situ mungkin senang nak bangun mlm buat solat tahajjud dsb.
...semoga mereka dan kita di rahmati ALLAH..
Pengalaman saya di Nabawi dan Masjidilharam..akan mengaji sebelum masuk waktu solat..datang masjid awal sebab nak lari dari sesak orang ramai..indahnya kalau di Malaysia pun dapat habiskan helaian2 al-Quran seperti di Tanah Suci....
salam cl,
tidak digalakkan membaca Quran sambil bersandar. Kalau dah sakit pinggang drpd tak baca baik bersandar. Wallahuaklam.
Assalamualaikum CL,
Kakak kalau di dalam MH mesti cari yg mengadap pintu Kaabah. Suka duduk yg dibahagian belakang tempai saei. Selalu kakak pergi dari Asar jejak Isyak. So in-between waktu itulah sambil bersandar sambil membaca Quran. Rasa seronok. Kalau di bumbung agak silau kalau baca waktu Asar...
Salam CL,
Tiap kali waktu suboh pd. musim haji yg. lepas, memang atas sekali kak solat bertentang pintu kaabah. Ambil saf depan sekali. Sambil tunggu waktu suboh masuk, dapat pandang kaabah. Masuk waktu aje..diusirnya semua jemaah perempuan ke saf belakang. Syukur..alhamdullilah kerana dijemput menjadi Tetamu Allah pd. musim haji yg. lalu.
Salam CL
Masa yang terluang eloklah dipenuhkan dengan kerja yang berfaedah. Baca Quran , berzikir dan banyakkan berselawat serta perbanyakkan mohon ampun dari Allah... mudah mudahan diberi keampunan kepada kita semua...
Salam CL,
Mengaji al Quran diantara solat fardu dan selepas subuh menjadi amalan wajib bagi sy semasa berada di sana pd bulan2 ramadhan. Baca secara tartil tidak gopoh2 maka dapatlah khatam beberapa kali sepanjang sebulan ramadhan.
Tempat pebret di atas bumbung MH. Lebih aman, tiada gangguan dari jemaah lain. Waktu lepas subuh baca Quran sehingga waktu dhuha. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh NYA.
Salam CL,
Saya pernah duduk di tempat ini sewaktu solah Jumaat terakhir sebelum wukuf akibat lewat beberapa minit ke masjidil haram. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebab cuaca panas hanya berlindung dengan bayang-bayang kubah ini.
Saya ingin kembali ke tempat ini... ya Allah perkenankanlah doaku...
salam cl
tu semua geng bapak tu heheheh
pasal nak berlama2 di majid, jadi kena cari tempat menyandar hehehe
kalau yang kat dalam , pak arab siap bawak lagi tempat sandar yg banyak di jual di ben dowood
Post a Comment