MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday 31 May 2011

" ShoLaT Di Mana Mana saJe...."

Depan haram jemaah sudah berkumpul untuk menunaikan sholat..
tak kira panas atau terik...alahmdulilah
Bagaimana pula pengalaman anda..? cuba ceritakan...

13 comments:

mancomjb said...

Salam CL,

Pada saya rugi kalau dah sampai di MH tidak sembayang depan Kaabah.
Ada jemaah yang datang sekali dengan saya mengajak sembayang tempat aicon. saya jawab kalau nak aircon tak payah datang sini di malaysia banyak mesjid aircon

terima kasih CL.

Aki44 said...

Salam CL,

Boleh dikatakan semua jemaah dah tahu/maklum fadilat solah dalam MH tetapi kenapa masih ramai mengambil tempat diluar MH walau pun masih banyak ruang solat didalam. Terdapat ketikanya sy menasihatkan jemaah Mesia supaya masuk ke dlm MH dan elakkan solat di luar MH atau di kawasan saei.

Kak Ina said...

Salam CL,

Memang benar, kat tingkat satu banyak ruangan kosong. Betul-betul berhadapan pintu Kaabah. Kalau nak dapat tempat yg. betul berdepan pintu kaabah, kena pergi awal. At least 2 jam sebelum masuk waktu. Ada juga yg solat di hotel sahaja dan tidak mahu ke Masjidil Haram.

Kakzakie Purvit said...

Salam CL,

Alhamdulillah selama kakak menjejak kaki di sana kakak belum pernah kena solat di luar MH. Tapi pernah sekali kakak solat di bhgn bumbung waktu asar, wow masa itu panas tapi sebab angin kuat ok juga.

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wtb saudara tuan haji CL. Apa kaabr hari ini.

Waktu jemaah dari luar banyak masuk ke Mekkah. Sungguh indah suasana disana waktu begini. Allahhuakbar.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam CL,

Moga Allah terima ibadat mereka

hilmyiskandar said...

Salam

Alhamdulillah seboleh2nya biar Kaabah depan mata waktu solat. Besar fadilatnya.

Amin.

tq.

smartradz said...

InsyaAllah kami berdua akan mengalami situasi itu kerana akan menjejakkan kaki di bumi HARRAM pada 1 JUN 2011. Jumpa CL di sana,

Norbaya said...

kalau dah sampai sana janganlah lepaskan peluang solat dlam masjid,sebab nak datang kesana bukannya senang.

Zalina said...

Salam

Yang penting kita cuba untuk bersolat dirumah Nya yang mulia ini...samada nak solat diluar atau didalam..terserah kepada masing2 kerana ALLAh lebih mengetahui dari kita...sahabat hilmi..(kalua salah maaf ye..)semasa solat kita lihat tempat sujud bukannya lihat Kaabah ...

PESONA said...

Assalamualaikum Tn Hj,

Pada musim Haji tahun lepas walaupun ramai jemaah, masih lagi dapat bersolat bersama isteri didalam MH...terasa rugi kalau bersolat di kawasan luar MH.....

ani yunan said...

Assalamualaikum CL,
Di Masjidilharam, seingat saya ada sekali, saya dan suami terpaksa sembahyang di dataran, bawah jambatan. Difikir-fikirkan, mungkin sebab kami selalu berkata-kata, "Kenapalah jemaah haji ni tak masuk kedalam masjid. Dalam Masjidilharam ni, sebenarnya banyak lagi ruang kosong. Insyallah."

Nak jadi pengajaran, satu Asar, tak ingat sebab apa, kami terlewat ke Masjid (dalam perjalanan azan berkumandang).Apalagi tak cukup kaki kami melangkah laju... malangnya sampai dataran, orang iqamat. Kelamkabut cari port. Nampak sekumpulan jemaah wanita di bawah jambatan sedang buat saf, ada satu sejadah yang dah siap dibentang. saya minta izin untuk solat disitu. Seolah-olah tempat tu memang untuk saya, Masyallah... Terasa benar, Allah nak mendidik kami. Sekarang saya tau kenapa diorang solat didataran. Antara sebabnya ialah macam saya, terlewat ke Masjid.

Astaghfirullah. Ampunkan ketelanjuran kami, Ya Allah...

safiudin.com said...

Assalamualaikum CL,

dekat dihati...


Wassaslam.