MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday 18 November 2008

Kaabah - Kain Kiswah Di Buka Separuh

Gambar ni baru tadi aku amik masa solat Zuhur dan Magbrib tadi....dah seminggu lebih aku solat di luar Haram sebab aku fikir biarlah bagi peluang pada bakal bakal Haji yang datang dari jauh masuk Haram so ari ni aku saje je nak solat kat dalam ...tadi aku duk selit selit cari tempat dapat seat no C21 (Means belah depan sekali atau pendek kata paling dekat dengan Kaabah....) Heheheheheheheeh

Sekarang ni pada musim Haji Kain kiswah Kabaah ni akan di angkat tinggi sikit separuh pada kedudukan asal nye...According to my staff bila tiba je Musim Haji nak bermula mereka akan tinggi kan sedikit kain tersebut because selalu terjadi pada musim haji....these people will use cutter atau gunting , mereka akan gunting kain kaabah tu sejengkal then boleh di jual dengan harga sehingga belasan ribu ringgit...besides that ada yang gunting kain kaabah tu untuk simpanan peribadi.....macam macam hal berlaku dalam kawasan Haram ni....
Ada juga yang berkata sebab kenapa kain Kaabah ni di tinggi kan ada lah kerana untuk memberi peluang pada semua bakal bakal Haji untuk melihat dengan jelas Batu Kaabah yang sebenar nye...kerana hampir 11 bulan Batu Kaabah ni di litupi oleh Kain Kiswah yang berwarna Hitam ni...tapi u all semua jangan teperanjat kenapa ada warna Putih tu..sebab kain kiswah warna Hitam di luar tapi di belakang nye ada lagi di baluti oleh kain yang berwarna Putih, tu sal bila di lipatkan ke atas kita nampak dari belakang Kiswah hitam ni warna Putih Cuaca pada hari ni boleh tahan gak panas nye.. lebih kurang 37c temperatures...but batu marmar yang di sekeliling kaabah yang berwarna putih ni amat sejuk sekali...I understand that there's a water running under the marble floor so....tak terasa panas atas marble tu walaupun kita solat tanpa sejadah...fell so cool

Waktu nak solat Magrib tadi pun depa dah buka Bumbung MasjidilHaram so awal jam 5 ptg dah ramai org naik kat atas nak solat berjamaah( waktu magrib tadi 5.40pm)...aku pun sempat lah gi kat situ sebab depa duk tutup atas bumbung tu sejak abih ramadan dulu...ramai jugak yang naik atas tadi. Ada Jemaah dari Turki, Indon, Bangladesh, Pakistan dah sebelah aku tadi aku sempat borak dgn jemaah dari South Africa Mr Ismail, masa tu dia duk mengaji sebelah aku..dia solat mengunakan kerusi kecik mungkin dia tak sihat kot ( usia dia lebih kurang 60 an) sempat dia kata yang dia doakan aku supaya dapat isteri yang baik serta anak anak yang sedap mata memandang akidah nye...aduhhh so touching lah pakcik ni..i dapat rasa sesuatu dari pada ungkapan nye tadi membuat kan aku lebih rendah diri pada nye.......masa balik dari solat tadi aku jumpa dua org pakcik dari malaysia turun sama sama..sempat gak kami bertanya kabar pada mereka...sehingga lah aku sampai di Alsafwah kami terpaksa berpisah sebab pakcik ni duk jauh di belakang hotel Al Syuhada....sian gak tengok jemaah kita yang dah berusia( 60 an) kena berjalan jauh dari tempat tinggal mereka ke Haram lebih kurang 750 meter ke 1000meter....Aku doakan semoga mereka akan di berkati oleh Allah hendaknye....Aminn



3 comments:

Dhil said...

eemmm betapa syukurnya berada di sanakan..mudah2an..apa yg dilafazkan pakcik tu..(pasal isteri) akan jadi kenyataan..ehhehehe..

jgn lupa doakan org disini..

salammmm..dhil...

Non datin sophie said...

Salam. Untuk pengetahuan dia bawah lantai itu ada telaga zam-zam. Sekarang jalan ke telaga zam-zam telah ditutup dengan lantai marmar kerana banyak-banyak aktiviti yang tidak eluk yang dilakukan oleh jemaah. Sayang sekali jemaah sekarang tidak lagi dapat melihat macam mana rupanya telaga ini. Kalau tidak silap ia di tutup sekitar tahun 2001. Saya dapt melihat nya waktu mengerjakan haji pada tahun 1999. Rindu kan Mekah.....

abang sulong said...

Yang selalu buat kerja pelik-pelik tu kebanyakkan jemaah india. Sampai paip air zam-zam pun diaorang pegang & cium. Diaorang tu lah yang selalu kena pukul dek polis haji. Polis haji tu cakap "khurafat-khurafat" berulang kali.