Salam dari Mekah....ingin aku mencerita kan beberapa pengalaman sedih aku ketika menunaikan umrah bersama sama dgn staff staff aku di sini....Terasa terlalu riang dah gembira bila pertama kali aku menunaikannya...seperti biasa di mana aku yang menetap di dalam Hotel Al Safwah ni

harus lah keluar menaiki teksi atau bas untuk ke Tana'im (mekat) iaitu
sempadan Haram dimana kita harus melakukan solat sunat
2 rakaat di dalam masjid di
Tana'im. Kalau kita menaiki teksi cuma di kenakan bayaran
sr10 sahaja but if u take bus is only
sr2...tetapi harga tambang ni tak menentu depa charge..kalau time Ramadan dan musim haji agak mahal lah tambang teksi tu..Pernah masa bulan ramadan depa nak charge aku sebanyak
sr200 one way..wow..mahal giler....La ni dalam musim Haji lagi mahal lah...

Alahamdulilah sempat gak lah aku buat umrah sebanyak 8 kali ( 6 kali dalam bulan Ramadan) tetapi yang paling best sekali ia itu umrah pada kali ke 4 dan ke 6.....masa tu aku menunaikan umrah khas untuk
arwah ibu ku dan entah macamana dengan senang dan mudah laluan aku dapat peluk
batu Kaabah walau pun org begitu ramai dan sesak ( lebih kurang 4.5 juta org pada malam Ramadan
Lailatul Qadar) tiba tiba pada malam tu , aku rasa
insaf dan terlalu
menyesal dgn segala perbuatandan kesalahan ku waktu dulu...bila mana aku berdoa betul betul di
depan Multazam , aku betul betul menangis dan berteriak kesal atas segala perbuatan dan
dosa dosa ku....Terasa diri ini amat
kecil bagi ku dan aku sedar atas kebesaran tuhan yang
Maha Esa...Ya Allah aku amat bersyukur kerana kau telah berjaya menyedar kan diri ku ini yang selama ni aku terlalu
leka dan
lalai pada nye...tanpa berhenti aku berdoa lama di depan Multazam .....tanpa aku sedari orang orang di sekeliling aku juga berteriak menangis memohon ampun dan maaf sambil berdoa...Syukur Alahamdulilah dalam usia aku yang sebegini Allah telah memberi kesedaran dan keinsafan pada diriku....nasihat aku pada semua orang jangan kita sesekali
lupa padanye. dan
jangan tinggal solat walau
satu waktu sekali pun...percaya lah
Dia akan
mengingati dan
memberkati/tolong kita kalau kita
INGAT padanye.....
Aminn...
1 comment:
Alhamdullilah! Jika kita terasa menyesal, terasa berdosa sehingga kita menangis2...tu antara tanda2 taubat kita diterimaNya,insyaAllah.
Semoga mendapat taufik & hidayah dariNya.
Post a Comment