MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday 13 December 2011

" PinTu KinG Abdul AziZ 1..."

Pintu laluan Utama dari ajiyad road and Misfalah...
tersergam indahh...
Pernahkan anda melalui Pintu masuk ini..? Tell us..

31 comments:

Non datin sophie said...

Assalam. Ini lah pintu yang kak masuk dan keluar selama lebih kurang 38 hari pada tahun 1999, Haji yang pertama...Adakah pemandangan kearah luarnya nya masih sama??. Banyak perubahan...

Mohd Saad Hamid said...

Salam CL

Nak masuk ke dalamnya kena lalu pak guard dulu, ambil plastik alas selipar, turun beberapa mata tangga dah nampak kaabah. Allahu Akbar!

Che'gu Mimah said...

salam CL...

sudah semestinya...w/pn ini bukan jalan terdekat ke hotel tp sedaya upaya akan guna pintu nie utk kluar...

malek said...

Salam CL

Lalu pintu ni masa musim haji tahun 2005, duduk di hotel Habibah, Ajyad St.

mancomjb said...

Salam CL,

Pintu ni lah yang saya lalui pertama kali masuk ke MH.

Mak Wan said...

Assalamualaikum CL

Subhanallah..pintu ini yang menyaksikan deraian air mata saya kali pertama melangkah masuk ke MH.
alhamdulillah terima kasih CL

Kak Ina said...

Salam CL,

Selalu juga masuk pintu ni..lepas sarapan kat D'Saji masa musim haji 2010.
Insyallah akan kesana lagi jika umur panjang dan dimurahkan rezeki..

Cik Ina said...

Salam CL..apabila memasuki pintu nilah..perasaan sebak & aliran airmata tidak dapat saya kawal..tak terucap gan kata2..pengalaman pertama melihat kaabah sukar saya lupakan..

Anonymous said...

Kali pertama memasuki MH Oktober lepas memang lalu pintu King Abdul Aziz. Menginap di Jauharat Khazindar, Ajyad.

Betul, masuk ambil plastik kasut kalau tak bawa uncang sendiri, turun tangga, ada deretan tong zamzam kat sebelah kanan. Lepas minum, letak kasut kat rak sebelum tangga kedua dah nampak Baitullah.

Plastik kasut tu kat pintu masuk bahagian atas ke tingkat 1 tak ada pulak...

shami2 said...

Salam..cik lie

Insyallah suatu hari dapat betul2 berdiri di depan pintu ni..

Natra said...

Salam

Pintu ni merupakan laluan utama saya...

Banyak kenangan kami sekeluarga di pintu ini.

Rocco Shamz said...

Salam Cl...
sesungguhnya ku teramat merindui untuk melewati pintu ini..semenjak kali pertama ku jejaki pada Mac 2011 lalu...setelah melewatinya...menuruni beberapa anak tangga...terpampang keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya..Kiblat umat Islam seantero dunia di depan mata...Baitullah...Ya Allah...izinkan ku kembali beribadat kepadaMU di MasjidilHaram... amiiiinnn...

Aki44 said...

Salam CL,

Tahun lepas selalu guna pintu nih, tapi haji baru2 ni x guna sbb menginap dikawasan Naqa'/Gazzah. InsyaAllah tahun mendatang nak duduk dikawasan Misfalah pulak.

bukhari said...

pintu masuk daripada hotel kat aiyad ( haji tahun 2002) dan umrah (2008) dari penginapan kawasan misfalah.....insya'Allah feb/mac 2012 akan sampai kesana lagi...

KakTi said...

Assalamu'alaikum

Tak selalu guna pintu ni. Lebih kerap guna pintu umrah/bilal.
Pintu 1 juga ada laluan khas utk yg berkerusi roda.

hilmyiskandar said...

Salam.

Alhamdulillah ini laluan keluar/masuk bilamana berada disana.

Amin.

tq.

ROZILA said...

Salam Tn.HjCL,

Tak pernah masuk pintu tu,selalu masuk ikut pintu saie (babusalam)2006...umrah.

Insyaallah,sekiranya di izinkan Allah 2012.....haji

yop radhi said...

Assalamualaikum

Ini lah pintu masuk dan keluar kami sekeluarga... sempat juga ambil gambar dihadapan pintu dan masih segar ingatan ketika di sana walaupun sudah 8 bulan berlalu..... ya ALLAH... izinkanlah hambamu ini kesana lagi untuk beribadat di masjidilharam... izinkan la hambamu ini kesana sekerap yg mungkin..... amin

rosli said...

CL,

Saya suka sangat. Rindu

beejeanne said...

Salam CL,
Subhanallah.....melalui pintu inilah pertama kali kali saya menatap Baitullah dgn deraian airmata.....dan melalui pintu inilah juga saya ke MH setiap hari selama berada di sana pd 10 Oktober - 14 November 2011. Saya menginap di Hotel Jauharat Khazindar Ajyad.....semoga Allah panjangkan usia & murahkan rezeki saya untuk ke sana lagi.InsyaAllah... Terima kasih CL

En iLHAM said...

Assalammualaikum CL,
inilah pintu keluar masuk saya pergi balik hotel
rasanya ada sekali sahaja terkeluar daripada pintu lain sepanjang mengerjakan umurah julai lepas
itupun kerana berjalan2 mengelilingi haram

Ann Taha said...

Subhanallah..

Unknown said...

assalamualaikum,

king abdul aziz gate 1 nie memang menjadi laluan para jemaah. teringat masa umrah bulan april lepas dgn wife. hari2 kami lalu kat situ, tempat pertemuan lak kat rak kasut no. 22.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Tepi Sungai Batu said...

Salam CL,
Sihat ke?.....saya selalu masuk ikut pintu ni.....musim haji 2010.

Nova Rosa Delicious said...

As salam CL.ini lah pintu keluar masuk saya pada musim haji yg lalu.ALLAHHU AKBAR. sayu hati.allah permudahkan saya kerna dekat sangat dgn safwah towers-ghufran htl.alhamdullilah

safiudin.com said...

Assalamualaikum CL,

CL,

Pintu yang selalu saya gunakan untuk masuk/keluar.

~ dekat dihati...

Wassalam.

rezeki said...

salam cl a.k.a tuan tanah

hehehe

kerusi beso kayu bapak ado laie tak kek pintu tu hehehe

aznaz said...

salam semua Hajjah/haji yang Budiman..


alhamdulilah...memang nostalgia laluan ini...boleh di kata kan hampir serupa semua pengalaman serta perasaan kita semua lalui bila melihat gambar gambar tersebut...syukur alhamdulilah atasnikmat yang di beri oleh Nyer pada kita sermua.....


waslam

p/s: pak rejeki..kerusi tuh masih ada lagi pak..hehhehehe...(udah kurus yer pak rejeki..)

Noriee said...

alhamdulillah..pintu ni adalah laluan kami semasa first time mengerjakan umrah tahun 2002. masa tu hotel aziz khoger(dah roboh) dia tapak hotel safwah.haji tahun 2004 kami duduk dia bruj riyadh(dah roboh), laluan bab fatah. umrah mac 2011, laluan kami sekali lagi pintu king aziz.tp oleh krn terlalu ramai jemaah dan bertolak2, kami tukar ke pintu kecik, pintu 5..mudah2an kami dijemput lagi menjadi tetamu Allah dimasa akan dtg

Lightnur said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya pernah melalui pintu ini semasa diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menunaikan ibadah haji beberapa tahun lalu.