MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Saturday, 6 December 2008

Hari ni BUSY Gilerrrrrrrrrrrrrrr...........

Hari ni aku nak mai habaq kat you all semua ia lah pasal Hotel A lSafwah ni penuh dah dengan para Jemaah-jemaah yang datang tadi...Depa ni semua( datang dari Indonesia ) kat sini mana ada nak bagi Alarm/Signal ke kat aku...they just masuk je 'rempuh' kat Lobby Hotel with their group and ask ADA BILIK TAK !!!!!!
Pening jugak lah aku di buat nye..mana tak !!! sekali nak masuk sampai 150 bilik , pastu nak extra bed tambah setiap bilik 2 set katil , so jadi satu kamar 4 katil ( 600 pax )...menjerit lah aku dengan staff semua...Kasi semua habis and clear the asssignment....and then kena lak get ready the room ASAP...Aduhh....letih bangat aku.........cam naik pitam lak tadi...nasib baik dah makan ubat darahtinggi aku tu...kalau tak...kena Heart attack kot..hehehheheheheh

So semua bilik aku dari Tower A sampai ke Tower B penuh lah....850 bilik semuanye..nak kira pax..sendiri kena ingat lah kalau kali 4 katil sebilik ( near 2500 pax ) mau tak pengsan aku and my team....but alhamdulilah...budak budak aku semuanye dengar cakap buat kerja and Good Teamwork...Ada Jemaah jemaah yang datang group dari Kuwait lah, Morroco, Indonesia, Canada, Pakistan and UAE...seronok tengok gelagat gelagat depa ni ....So Non Datin Sophie kalau dah ada niat nak ke rumah Allah ni Insyaalah pasti ada rezeki tu kemari..and jangan lupa singgah di sini ......Wsalam


Friday, 5 December 2008

Hotel Lobby pun meriah....

Duk tunggu waktu nak solat Jumaat tu..dah sampai ke Lobby Hotel aku ni lak...so joe best kan
Dari Lobby hotel aku ni leh nampak Masjidil Haram tu...dekat je kan..org ramai tu duk 'booking' lah tempat nak solat jumaat...




Meriahh..........Solat Jumaat Tadi......

Seronok sekarang tengok ramai org dah dtang di Mekah ni..sampai solat Jumaat tadi..woww best Meriah.....dah masuk ke Jalanraya and terowong dekat Hotel Le Meriedien
Gambar atas ni sebelah contruction( Bkt Marwah and bkt Safa ) tu pun dah penuh gak di luar sana..ramai yang datang dari belah Majid kucing tu jugak.....

Yang ni di sebelah Hotel Alsafwah and depan Hospital Ajiyad sampai ke belakang ni penuh dengan Jemaah jemaah....semua dah duduk di atas jalanraya tu.....meriah kan..Gambar ni dari pandangan sisi tepi bangunan hotel saya....emmm seronok kan dapat tengok suasana camni....ada gak ari tu aku solat kat bawah tu masa bulan ramadan...Best

Jam kul 11.00 pagi tadi before azan solat Jumaat dah penuh and ramai jemaah yang datang awal nak booking tempat..begini lah keadaannye Masjidil Haram dalam musim Haji skg ni...bersesak sesak depa duduk and doa/read Quran while waiting masuk waktu solat...Teringat aku masa di Malaysia dulu bila time solat jee...emmm faham faham je lah..tapi skg bila dah ada depan mata ni dah rasa lain macam lak..rasa terlalu seronok and gembira je bila dah dengar azan masuk ..alahamdulilah pada allah kerana dgn izin nye aku sedari kesilapan ku dulu...aminn....



Thursday, 4 December 2008

Suasana Di Depan MasjidilHaram Sekarang.......

Gambar ni baru je di ambil tadi pada waktu 3.00 petang (waktu malaysia jam 8.00malam)...Tengok lah suasana di Depan Haram(Masjidil Haram) ni..terlalu ramai Jemaah yang duk lepak disini.

Mereka ni semua datang dari jam 10.30 pagi tadi sebelum masuk waktu Zuhur ...so pas tu terus lah depa duk lepak ni..hingga ke waktu Isyak ke atas , selalu nye sampai kul 11 malam...
Di depan Menara Jam ni lah aku selalu duk tunggu semua Exec Hkeeper pas solat Magrib. Ada yang datang dari Hotel Darul Tauhid, Movenpick, Lee Meridien and banyak lagi..Kami semua berkumpul disini ( Perjumpaan selalu di Menara Jam ni) untuk berbincang mengenai masalah2 Housekeeping dan kerja2 kami..Seronok gak dapat bertukar tukar fikiran dengan mereka.tapi buat masa skg ni dah 3 minggu kami tak berjumpa..faham faham je lah kan musim Haji ni so semua Exec Busy Gilerrrrrrrrr..hehehehehheheh.....anyway they all ni semua baik baik belaka and always give me advise working here..Thanks fren...so Juraihan nanti hang boleh lah join us insyaalah...
Ramai juga Jemaah yang lepak disini siap dengan makanan di bawa sekali..ala ala berkelah lah...bila tengok depa semua ni jadi seronok lak aku...ye lah Depan Haram lah kata kan.....dan mereka ni semua dari berbilang bangsa dan negara...( masyarakat Majmuk lah tu , tul tak )..la ni kalau nak masuk dalam Al Haram kena lah kita' rempuh' mereka ni dulu..heheheheheheheeheh




Wednesday, 3 December 2008

Umrah............

Salam dari Mekah....ingin aku mencerita kan beberapa pengalaman sedih aku ketika menunaikan umrah bersama sama dgn staff staff aku di sini....Terasa terlalu riang dah gembira bila pertama kali aku menunaikannya...seperti biasa di mana aku yang menetap di dalam Hotel Al Safwah ni
harus lah keluar menaiki teksi atau bas untuk ke Tana'im (mekat) iaitu sempadan Haram dimana kita harus melakukan solat sunat 2 rakaat di dalam masjid di Tana'im. Kalau kita menaiki teksi cuma di kenakan bayaran sr10 sahaja but if u take bus is only sr2...tetapi harga tambang ni tak menentu depa charge..kalau time Ramadan dan musim haji agak mahal lah tambang teksi tu..Pernah masa bulan ramadan depa nak charge aku sebanyak sr200 one way..wow..mahal giler....La ni dalam musim Haji lagi mahal lah...

Alahamdulilah sempat gak lah aku buat umrah sebanyak 8 kali ( 6 kali dalam bulan Ramadan) tetapi yang paling best sekali ia itu umrah pada kali ke 4 dan ke 6.....masa tu aku menunaikan umrah khas untuk arwah ibu ku dan entah macamana dengan senang dan mudah laluan aku dapat peluk batu Kaabah walau pun org begitu ramai dan sesak ( lebih kurang 4.5 juta org pada malam Ramadan Lailatul Qadar) tiba tiba pada malam tu , aku rasa insaf dan terlalu menyesal dgn segala perbuatandan kesalahan ku waktu dulu...bila mana aku berdoa betul betul di depan Multazam , aku betul betul menangis dan berteriak kesal atas segala perbuatan dan dosa dosa ku....Terasa diri ini amat kecil bagi ku dan aku sedar atas kebesaran tuhan yang Maha Esa...Ya Allah aku amat bersyukur kerana kau telah berjaya menyedar kan diri ku ini yang selama ni aku terlalu leka dan lalai pada nye...tanpa berhenti aku berdoa lama di depan Multazam .....tanpa aku sedari orang orang di sekeliling aku juga berteriak menangis memohon ampun dan maaf sambil berdoa...Syukur Alahamdulilah dalam usia aku yang sebegini Allah telah memberi kesedaran dan keinsafan pada diriku....nasihat aku pada semua orang jangan kita sesekali lupa padanye. dan jangan tinggal solat walau satu waktu sekali pun...percaya lah Dia akan mengingati dan memberkati/tolong kita kalau kita INGAT padanye.....Aminn...




My staff - Mutawaff Abdul Samad

Assalamualaikum...Pagi tadi waktu aku masuk kedalam office aku , tiba tiba aku nampak ada satu bungkusan plastic tag BinDawood, di mana di dalam nya ada tali leher ( Tie ) baru walaupun harga nye murah tapi 'The Tought is Count ' ....Rupa rupa nye itu ada lah pemberian daripada Supervisor aku Mr Abdul Samad ( yang mana selalu org panggil dia Mutawaff ) Terperanjat aku di buat nye sebab duk buat surprise tadi ... dia bagi adalah kerana dia sedih dan risau pasal aku dah nak balik kl ni nanti cuti...dia duk takut kalau kalau aku tak mau datang balik kerja di sini...sebab tu dia nak kalau aku pakai nanti tie tu di kl dengan harapan aku akan balik kembali di Mekah and ingat depa semua di sini...So touching lah my staff ni..sian lak aku tengok dia...tak sangka pulak aku..sebab dia ni selalu gak kena marah dengan aku pasal kerja ni
Besides that si Mutawaff ni ( Mutawaff ada lah panggilan bagi para alim ulama yang berjambang cam dia ni and serba tahu dan arif pasal ugama islam ) dia ada lah ibarat 'guru' agama aku disini..dengan dia lah aku duk belajar solat solat sunat, solat Jenazah, macamner nak buat umrah serta Haji serta pengetahuan tentang sejarah sejarah di kota Mekah ...so banyak juga lah aku dapat info dan nasihat dari nye..eventhough skg ni dia duk sibuk kalut memberi panduan and tunjuk ajar pada aku camner nak menunaikan Haji..Syukur alahamdulilah ya Allah ada juga insan yang sanggup menolong aku disini..I am really apprieciate him...Semoga allah saje lah dapat membalas budi baik dan jasa dia..Aminnnn

Tuesday, 2 December 2008

Sa'i Area still under Contructions




Skg ni di dalam Masjidil Haram dah mula sesak dgn jutaan Jemaah dari seluruh dunia...almaklum lah 6 hari lagi Raya Haji akan menjelang tiba so berkumpul lah mereka disini untuk beribadah..Atas bumbumg Haram ni pun di tingkat atas sekali dah ramai Jemaah melakukan Tawaf (mengellingi Kaabah Sebanyak 7 kali) sebab di bahagian bawah sudah hampir sesak dan di tingkat 2...tapi alahamudulilah , untuk melakukan Sa'i ( sebanyak 7 kali berulang alik, berlari anak dan berjalan dari Bukit Marwah ke bukit Safa ) dah buka di tingkat 3 and 4 and sudah di lebarkan menjadi 2 hala perjalanan..cuma belum lagi complete 100% sepenuh nye, masa bulan 8 cuma tingkat 2 sahaja yang dah siap tapi sekarang dah sampai ke tingkat 4....as u all can see the picture above tapi masih ramai jugak Jemaah. Mereka masih lagi dalam proses pembinaan untuk mengelakkan kesesakan bila dah ramai Jemaah ...alhamdullah...So Non Datin Sophie thanks for your advise and information tempoh hari... Sukrannn.........