MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Wednesday, 8 May 2013

Khasiat dan Kelebihan Air Zam Zam....

Bismillahirahmanirahimmmm

Selalunya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.
Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya;
“Apakah ada hadith shahih yang menjelaskan mengenai khasiat air zam-zam?”
Beliau menjawab;
“Telah terdapat beberapa hadith shahih yang menjelaskan mengenai kemuliaan air zam-zam dan keberkatannya.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut air zam-zam;
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
Hadith-hadith di atas menunjukkan khasiat air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh ula menjadi ubat penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.
Termasuk sunnah adalah meminum beberapa dari air tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana di dalam air tersebut terdapat keberkatan. Air tersebut boleh menjadi makanan yang baik dan makanan yang diberkati. Air tersebut disyari’atkan untuk dinikmati jika memang mudah didapatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Hadith-hadith tadi sekali lagi menunjukkan pada kita mengenai khasiat dan keberkatannya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Air itu boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat penyakit. Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.
Alhamdulilahhhhh...

1 comment:

Unknown said...

ya alloh sampaikanlah hamba ke tempat di mana air zam zam keluar amin,,Obat Asam Urat