MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Sunday 20 June 2010

" SeLaMaT HaRi BaPa - A B A H..."

DI PUSARA ABAH KU..keramat permai

Pada 28 Jun 1992 Ahad jam 9.30 pagi..adalah saat yang paling sedih dalam hidup aku....pada waktu ituh lah aku telah kehilangan orang yang paling aku sayangi...yakni abahhh ku (Arwah Abdul Aziz 66 tahun )...abahh ku telah pergi buat selama lamanyer...meninggalkan kami semua..pergi takkan kembali lagi , pergi menemui ILLAHI....Allah Yang Maha Esa...

Abahh banyak mengajar aku erti hidup dan mengenali diri sendiri...banyak berpesan padaku...banyak mengajar aku bagaimana menghadapi hidup berdikari tanpa meminta pada sesiapa... Pernah di suatu hari ketika umur baru mengjangkau 10 tahun, aku lewat bangun tido pada jam 7 pagi...dicurahnyer ayer sejuk ke atas muka ku....amat marah dia kalau anak anaknyer bangun lewat...kalau ada" kematian" atau khenduri for sure aku akan di suruh pergi melawat atau menziarahi...kalau tidak faham faham jer alah apa yang akan aku DAPAT darinyer (kena libas dengan getah paip lah) abahh ku mendidik aku sejak dari kecil lagi......abaah ku amat garang dan tegas orangnyer...tau taulah bekas askar...semuanyer harus berdisiplin....jadi kami semua telah di ajar untuk mendisiplinkan diri...walau hidup kami susah macamana sekali pun tetapi hidup kami sekeluarga amatlah bahagia kerana abah membesarkan kami penuh dengan kasih sayang dan baginyer bukan harta, itu semua adalah lumrah kehidupan manusia didunia yang sementara ini..
Abahhh selalu berpesan pada ku...."Jangan sekali kali kau menghina orang..!" kerana mereka juga adalah mahluk allah...kalau kau menghina mereka bererti kau jugak menghina ciptaan allah...!" dan abahh juga selalu berpesan padaku...Jangan suka bersikap sombong dan tinggi diri...harus ada rasa rendah diri..ituh yang dia mau pada ku....Pernah kami tak makan selama sebulan dek sebab abah kehilangan wang pencennyer.(dicuri dalam bas ketika baru pulang mengambilnyer), cuba meminta pertolongan pada sedara mara yang ada tapi HAMPA abahh...cuma kami makan ubi kayu jerr yang abah dan aku cari di belukar....lalu abah berpesan..."Kalau kau ada banyak makanan di rumah atau mampu tolong orang...Bagilah pada mereka yang memerlukan...INGAT REZEKI YANG KAU ADA TUH BUKAN SEBENARNYER HANYA UNTUK KAU SAJER YANG ALLAH BERI...tapi untuk pada orang yang memerlukan jika ada yang meminta....percaya lah cakap abahhh tau...kami bertujuh hanya mendiamkan diri tanda faham akan isi hatinyer pada waktu tersebut....
Abahh banyak mengajar aku ERTI sedar diri., jangan mudah lupa asal usul dan insaf..baginyer bukan harta dan kekayaan yang boleh beri kebahagiaan pada kami tapi kasih sayang dan keikhlasan pada kami adalah segalanyer....bagi beliau semua harta dan kekayaan hanyalah pinjaman semata mata di dunia yang hanya sementara... Kerap abahh berpesan pada ku..." Kalau kau hidup senang jangan lupa tolong pada orang yang memerlukan..." Bantulah mereka dengan penuh keikhlasan... ..Selama 13 hari aku menjaganyer di hospital semasa beliau sakit dan selalu berpesan padaku...' KALAU ABAH TAKDA ATEH JAGA LAH MAK BAIK BAIK TAU.." sebak rasa hati ku waktu itu...kerana abahh ku amat rapat dengan ku..beliau lah kawan, sahabat,teman , guru dan bapa yang paling hebat bagiku di dunia ini...
Dan tiap pesanan dan 'kata kata hikmat'nyer selalu tersemat di dalam hati dan fikiran ku untuk dijadikan pedoman serta panduan hidup yang sementra ini... Kerana Abahh lah aku bisa membaca ABC, kerana abah lah aku mampu berdiri dengan sendiri dan kerana abahlah aku masih TIDAK lupa asal usul ku...akan ku semat segala PESANAN abah padaku.Aku amat berterimakasih pada abahh atas segala yang di lakukan terhadap ku dulu baru sekarang aku nampak dan tau KENAPA?..
Kini abahh ku tiada lagi...hampir 18 tahun meninggalkan aku...Tinggalkan aku keseorangan tanpa teman ...Jasamu takkan dapat aku membalasnyer walaupun sekelumit....Hanya iringan DOA sahaja yang dapat aku hadiahkan setiap waktu selepas solat bagi nyer..Doa ku moga Allah swt memberkati dan merahmati nyer di 'sana..insyallah amennn...
AlFatihah...
Pada mereka yang masih punya ayah, bapa ,papa, abah...tatangi lah sayangilah, hormati lah mereka dengan penuh kasih sayang dan keihklasan..kerana tanpa mereka kita tak mampu mengecapi hidup di dunia ini...
dan pada semua rakan rakan blog serta pembaca blog yang sudah bergelar abah/bapa CL ingin mengucapkan
SELAMAT HARI BAPA....
Posted by Picasa

45 comments:

atuk said...

Assalamualaikum CL

Al Fatihah untuk mereka

iBu...gUru said...

salam cl
alfatihah untuk yg telah tiada.....amin

iBu...gUru said...

bagi yg masih mempunyai bapa ......hargailah mereka

alamanda said...

salam cl...
semoga roh beliau ditempatkan disyurga....
al fatihah.

Ayah Zain said...

Salam

semoga roh abah CL dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan roh yang soleh dan diterima

rozaini said...

Salam, Cl,

Al fatihah untuk yang telah tiada, saya pun kehilangan abah yang di kasihi dan di rindui pda 17.4.2007, selepas kami sekeluarga menunaikan umrah buat kali pertama dengan beliau.......

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam CL,

al-fatihah buat arwah abah CL dan juga arwah2 abah semua...

kisah ini mengimbau kenangan yang ada juga seakan2 terjadi pada diri akak...

Unknown said...

salam CL....

Alfaatihah buat abah CL , ayah akak dan semua arwah muslimin muslimat...

sedih baca kisah dlm n3 CL kali ni ...
akak pun dah kehilangan ayah pd 1992 dulu ... hanya doa dan hadiah umrah yg dpt akak iringkan buat ayah tersayang..

SELAMAT HARI BAPA buat rakan2 yg bergelar bapa

mama ju said...

Salam CL

Mama dah bacakan Fatihah utk arwah bapa CL
Sebak baca cerita CL.

Moga kita semua jadi anak soleh dan selalu mendoakan ibubapa kita.

CL sangat beruntung sebab duduk di Meakh..byk sgt kelebihan.

mak siti said...

salam CL. alfatihah buat abah CL. memang kita akan sentiasa rasa kehilangan,sunyi dan rindu teramat sgt kpd ibu dan bapa kita setelah mereka tiada. banyakkan berdoa utk mereka. mereka amat memerlukan doa kita.

maklang said...

Salam Cik Li..

Moga abah Cik Li dicucuri rahmatNya...Al fatihah...

Abah kirim salam...

Ustaz Ashraf said...

Salam abg cl...
Moga abah abg cl..di cucuri rahmat..beruntung dia dapat abg cl..sentiasa mendoakannya..mudah2an kita ingat dia..kita doakannya..itulah gambaran anak yg soleh..harta paling bernilai bg seorang ayah dan ibu..moga sentiasa tabah dalam kehidupan ini yang hanya tinggal sisa2 shj..

SUHAIMI said...

salam CL..

Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada.......amin

Kak Sidah said...

salam CL,

Semoga roh allahyarham abah cl dalam lingkungan para solihin dan di cucuri rahmat Allah..abah cl beruntung ada cl mendoakan dia setiap hari..insyaallah

akak ada abah lagi ..nak g jumpa dia lah kejap lagi

Kak Sidah said...

salam cl,

ucap tahniah pada rozali raja pecut dan ibu guru...

S said...

salam,

smoga mereka berada ditaman Syurga.

hjh mai said...

Salam...,
Selamat Hari Bapa utk semua warga PDKM...
Al-Fatihah utk bapa2 yg telah kembali ke rahmatullah....semoga mereka diletakkan disamping org2 yg beriman....

rokiah said...

Assalamualikum CL,

Lama tak hantar komen kat sini. Tapi terpanggil dan terharu bila membaca posting CL mengenai 'abah' CL yang tentunya merupakan seorang insan yang sungguh hebat yang telah mewariskan kehebatannya kepada CL pulak.

Al Fatihah untuk arwah abah CL dan juga insan yang bergelar bapa yang telah meninggalkan kita semua

kak su said...

Salam CL

Al-Fatihah untuk semua bapa2 yg telah pergi dahulu sebelum kita.

Pada yang bergelar ayah 'Selamat Hari Bapa'

Wslm

Azima said...

Salam CL,

AL-FATIHAH disedekahkan buat arwah abah CL...dan juga arwah bapa2 yang telah meninggalkan kita...
semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yang soleh & beriman..

sayu baca cite CL (^_^)...

Wassalam

Azima said...

"Selamat Hari Bapa" buat semua yg bergelar abah,ayah,daddy,baba,papa,abi,dan semuanya...

Tahniah Atuk & ibu..guru,

Daun said...

sedih... alfatihah untuk cl

INUDIRIN said...

Selamat hari Bapa CL..
Moga Cl jadi bapa yang mithali.

Rahmat Ilahi said...

Salam CL & sahabat PDKM

Tahniah atuk ngan ibu guru

N3 yang sungguh memilukan huk huk huk.....

Rahmat Ilahi said...

Al-fatihah buat ayah CL,
semoga rohnya mendapat rahmat dr Ilahi,

Rahmat Ilahi said...

Saya yakin CL selalu mendoakan beliau,

Beliau tentu bersyukur kerana punya anak yang soleh...

aznaz said...

salam semua...


Jutaan terima kasih pada anda semua yang turut mendoakan 'mereka' yang telah tiada...alhamdulilah

dan cl mengucapkan SELAMAT HARI BAPA' pada semua yang bergelar bapa...


syukran

wasalm

CM said...

salam CL


sedih!!!!!!!lah cl...

arwah adalah bapa yg hebat..Alfatihah..

irinah said...

Cedih2..baca tulisan CL.

hilmyiskandar said...

Salam.

Alhamdulillah CL anak yg terlalu baik. AlFatihah utk bapa CL. Semuga semua coretan utk kita renung sama2. Saya pun sama tiada bapa hanya ada ibu dikampung. Namun tiap kali pergi ke Mekah pasti saya akan dapat pandang kelibat aruah abah di depan Kaabah. Itulah saja bakti kita selepas pemergiannya. Semuga titik peluhnya kpd kita dibayar dengan doa dan Umrah untuknya.

Amin.

tq.

aznaz said...

salam hilmy


alahmdulilah..

ameennn ya rabil alaminn


wsalm

aznaz said...

salam irinah


jgnlah sedih


waslam

aznaz said...

salam cikgu mas


janglah camtuh...


waslam

Zie said...

Salam CL,
Saya seperti yang lain tengok gambar pun sedih, apatah lagi membacanya... Insya Allah abah CL berbahagia disana dengan kiriman doa & umrah dari CL anak yang soleh. Al fatihah.

rosli said...

salam CL,

Saya terharu dan sedih baca citer CL. Kisah abah dan bapak kita banyak persamaan, begitulah orang dulu2 mendidik anak. Saya akur jasa mereka dan rindu dengan abah saya juga.

aznaz said...

salam rosli


alhamdulilah...berkat asuhan dari mereka kita jadi manusia sebenryer...syukur cl atas jasa mereka semua tuh..
marilah kita sesama mendoakan kesejateraan ayah ayah kita di sana..alfatihah..ameenn


waslam

aznaz said...

salam zie


ameeennn yanrabilalaminn


waslam

Imran Paris said...

En Li...sebak membaca catatan ini. Tak terlauh kata yg ingin dibicara. Alfatihah buat arwah Abah. Membaca nukilan En Li, buatkan sy terasa bagai mengenali arwah Abah.

Doa sy, agar dpt sy benar2 berbakti pada kedua2 org tua sy sblm mereka pergi meninggalkan kami selamanya.

TQ my brother Azli

boxhousestudio said...

salam CL

sedekah Al-fatihah sudah di beri...

amanat arwah ayah sudah di kongsi

terasa sebak di dalam hati

moga semua saudara se Islam yang bernama anak dapat contohi...

Seamat Hari Bapa buat arwah ayah Cl dan semua yang bergelar ayah..

safiudin.com said...

salam sdr,

terkedu, sayu dan insaf membaca n3 ini.

terasa ada persamaan antara kita, sdr.

saya didik dengan disiplin (arwah ayah juga seorang tentera)

hampir 2 tahun meninggal (dalam usia 65 tahun) akibat 'scleroderma crest syndrome'.

Al-Fatihah untuk semua.

ps: untuk yang masih mempunyai ayah, bapa, walid atau apa juga panggilan... curahkan rasa sayang, berkorbanlah apa sahaja untuk menggembirakan mereka...hargailah mereka...

aznaz said...

salam saffiudin


ameennn ya rabil alaminn


wsalm

aznaz said...

salam dato imran parisss..



syukur dato masih mempunyai abah dan mak...hargai lah mereka dikala mereka masih hidup...doa cl moga dato akan senantiasa bersmaa mereka..insyallah


wslam

aznaz said...

salam boxhouse


syukur...

ameenn yarabilalaminnn


wsam

مسافر اسلام said...

Salam bang lie...sedih MI baca. MI tak dapat nak ckp apa2. MI terasa sangat...MI rindu kat arwah ayah, ayah baru je pergi...
MI tak ada tempat nak sembang2...nak luahkan kasih sayang...

Syukran PDKM.

aznaz said...

salam from Makkah


adik musafir boleh lah berbicara dng abg disini jika perlukan seseorang untuk berbicara..jgnlah irsau yer


wasalm