Pages

Tuesday, 7 June 2011

" JaM 7.00 Pagi...."

subhanaalah....
sungguh syahdu dan tenang rasa di jiwa......
pengalaman anda pula bagaimana...?

24 comments:

  1. Salam CL

    Rindunya kami sekeluarga pada MH... bertawaf di awal pagi...

    memang pada waktu begini.... jemaah tak berapa ramai lagi... jadi senang nak bertawaf...

    ReplyDelete
  2. salam cl

    biasanye lepas subuh saya akan gi tgk kaabah...tp tme sy pegi tu musim haji...org sentiasa penuh n payah sket nk masuk ke dataran kaabah

    ReplyDelete
  3. Salam CL

    Waktu dhuha di depan kaabah memang syahdu. Orang tidak ramai jadi boleh duduk dengan tenang di dataran kaabah tanpa banyak gangguan.

    ReplyDelete
  4. Waktu begini memang ditunggu-tunggu sebab orang sudah beredar ke hotel masing-masing. Oleh itu mudah sedikit jika hendak cium hajar aswad, jika Allah izin. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Salam CL,

    Selamat bersiaran di awal pagi. Sangat rindu pd MH di waktu ini. Selepas solat subuh, sungguh tenang utk bertawaf/membaca alQuran /bermunajat sambil menunggu waktu utk solat sunat dhuha.

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Alhamdulillah cukup indah + jernih + penuh kerinduan.

    Amin.

    tq.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum CL,

    Pengalaman kakak pukul 7 pagi tawaf Umrah kerana sebaik habis solat subuh terus pergi Tanaim. Jalan pergi ke Tanaim dan balik ke MH terlalu smooth. Kakak ditumpangkan oleh sepasang jemaah yg tak tahu berbahasa Inggeris langsung tapi baik. Kami tawaf pun sama-sama hingga selesai umrah. Keadaan masa itu pun terlalu selesa tidak ramai jemaah.

    ReplyDelete
  8. Salam. Saya suka pergi tawaf pagi2 hari, lepas tu buat dhuha - insyaallah tak ramai orang... kalau tak silap waktu ini orang Arab tidur semula...sampai jam 10 am memang tak ramai orang...

    ReplyDelete
  9. sabaanur cik li

    ya betul tu tuan haji mohd saad hamid...

    hamba bermohon YA ALLAH...jemputlah hamba ke tanah suci ini ..lagi dan lagi...tak puas puas sebanarnya nak kemari...makbulkan lah YA ALLAH....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tn Hj,

    Amatlah berbeza dengan musim haji tahun lepas dimana di dataran Kaabah sentiasa penuh dengan jemaah di setiap waktu....walaupun di waktu solat Maghrib & Isyak berusaha untuk bersolat di dataran Kaabah..............

    ReplyDelete
  11. Salam pada semua dan CL,

    Kalau nak bersedekah berilah lah pada yang berbaju hijau kesian mereka tak berhenti berkerja.

    wasallam.

    ReplyDelete
  12. Salam CL..pengalaman tak dapat digambarkan dengan kata2...siapa yg dah sampai di sana saja yg memahami..syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. Salam CL,

    masih teringat di musim haji yang lalu..selalu dapat solat di dataran, sekali sekala kena pindah tempat sebab jemaah perempuan tidak dibenarkan solat di dataran masa waktu suboh.

    ReplyDelete
  14. Salam CL..ouh rindunya pd Baitullah..best btl..lengang jek..time ni org sume sibuk breakfast ni..hehe

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Ina, CL dan lainnya.

    CL memang bijak dia hantar gambar kita semua yang ulas, itu lagi berkesan, terima kasih CL.

    ReplyDelete
  16. Salam CL.... rindu sungguh bila menatap rumah Allah ini,

    hrp murah rezeki saya & suami smoga dpt mengunjungi nya thun hadapan

    Insyaallah

    ReplyDelete
  17. Salam CL

    Waktu begini biasanya buat solat dhuha, baca Quran dan perbanyakkan zikir...

    Lepas tu melawat keseluruh bahagian MH...naik ketingkat atas, turun ke tingkat bawah...lawat kawasan air zamzam dan lain-lain lagi..jumpa macam macam.....

    Rindu nak menziarahi MH lagi ...Ya Allah perkenankanlah permohonan hambamu ini...ameen

    TQ.

    ReplyDelete
  18. CL,

    Susah nak ucap dengan kata2 waktu dan ketika ini, tenang dan hati rasa lega wpun tgk gambar....apatah lagi kalau betul2 berada di depan Kaabah....rindu teramat rindu

    ReplyDelete
  19. rindu rasanya pada Masjidil haram... terutamanya bertawaf dan menghayati kebesaran Allah ....
    Rindu rasanya untuk datang semula kesana....

    ReplyDelete
  20. damai & tenang.. rindu nk kesana lagi. CL doakan saya dapat MH lagi. Doa setahun lalu termakbul.. bila dapat ke MH.. Syukur.

    ReplyDelete
  21. Saya di sini pd tarikh ini ataupun esoknya (Rabu 10/6) tak berapa ingat. Tapi yg paling terkesan di hati sbb dpt kucup Hajatul Aswad pkl 3:20 pagi. Dtgnya saya sendirian tanpa ditemani suami yg masih menunggu anak lelaki kami berusia 10 thn mengambil wudhu'. Subhanallah, laluan saya dipermudahkanNya. Mungkin kerana keinginan yg terlalu kuat, dan ihsan Allah; saya melaluinya dgn cukup mudah. X smp 10 minit... Suami pun terkejut bila saya beritahu....

    ReplyDelete