Pages

Monday, 30 November 2009

" Episode 4 - Perjalanan Haji 2009 - Ke Mina..dengan berjalan kaki."

Tersergam indah Masjidl di kawasan Mina semasa aku berjalan mencari Maktba 42...
Haa...terjumpa maktab dari Negara Pakistan tuh...
Sampai sahaja di Maktab 42, bersama sama Jemaah dari Negara Briain, mereka mempelawa ku makan malam..alhamdulilah
Duk merayau nih mencari Tandas...hehehheeheh
Dah beratur Jemaah jemaah dari jam 3.00pagi menunggu giliran masuk kedalam tandas...




63 comments:

  1. Salam CL,
    Alhamdulillah, Syukur kpd Allah... CL telah menyempurnakan ibadah haji buat ayahanda tercinta.

    ReplyDelete
  2. Salam CL,
    Mina semakin cantik... segalanya untuk kemudahan tetamu Allah. Syabas KSA.

    ReplyDelete
  3. Salam CL...
    Pertama kali dapat lihat suasana di Mina...sebelum ni tengok TV jer...TQ banyak...dapatlah jugak tgk macam mane suasana sebenarnya di sana

    ReplyDelete
  4. Salam CL,
    Nampak sedap makan tu.. nasi briani ke.. khemah pun cukup selesa.

    CL, setelah siap kerja2 haji, bila nak buat umrah pula... bila haji ifrad, haji dulu selepas tu buat umrah... rehat dulu, makan chicken mandi & minum milo, masak2 ... buat tempe goreng cili dulu ...

    CL, yang lain sedang diulit mimpi indah .... saya terjaga, ada n3 baru. Jap lagi AZ dan kak ngah bangun...

    ReplyDelete
  5. Salam CL,
    No.4.
    Zie, sama lah kita ni berjaga malam, tak boleh tido.

    ReplyDelete
  6. Salam abangsulung,
    Bangun untuk terus memohon ampun dan berdoa kepadaNya... moga dijemput menjadi tetamu Allah ye abg long.

    ReplyDelete
  7. Salam CL,
    Terima kasih kerana dpt bagi kita tengok Mina. CL buat haji ifrat ye.. Saya dulupun buat haji ifrat, Cukup mencabar, 11 hari kena jaga pantang larang.

    Adalah pak arab penjual minyak wangi tu..dia panggil saya: "mari tuan, mari tuan", sampai2 saya kekedainya terus disapunya sedikit minyak wangi ke lengan saya. dia cakap "ini minyak wangi bagus". Lepas tu punya le mengelabah saya kena marah bapak, kerana berbau wangi. Terpaksa cuci buang wangi tu.. Mujur le saya tak kena dam. Itulah salah satu kenangan semasa mengerjakan haji.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Ye lah Zie, mudah-mudahan dikabulkan. Manalah tahu kita ditakdir pergi umrah serentak. Dpt lah kita sama2 berkunjung ke Studio PDKM.

    Ya Allah, kabulkanlah..

    ReplyDelete
  9. Salam CL,
    Bila melihat gambar beratur ke tandas tu, teringat lah satu kisah lucu.
    Tp ini berlaku di hotel.
    Ada seorang pak cik tu, lbhkurang 80an cam tu umurnya. Berjalan slow je.. Tingkat kita tinggal tu, cuma ada 2 bilik air je. Satu bilik tu ada 3 orang beratur manakala satu bilik lagi ada orang mandi dalam tu. Pak Cik ni, nak terkencing dah.. Mundar mandir dia cari bilik air, tiba2 dia tercegat kat depan bilik air orang mandi. Selamba je muka org tua tu senyum kat kita. Bila kita tanya.."kenapa pak cik". Rupa2nya dia terkencing depan bilik air tu, habis basah kain pelikat dia. Mau..tak tergelak kita dibuatnya. Dia pun berkata dgn selamba,"tak boleh tahan lagi" katanya.

    ReplyDelete
  10. Salam CL,
    Saya dah rindu sangat untuk berada di Tanah Suci... moga ada rezeki dan kesempatan utk bertamu lagi.

    Betullah abg long, moga kita menjadi tetamuNya dan dapat ke studio PDKM.. dah rasa lama sangat tak berkunjung ke Tanah Suci.

    ReplyDelete
  11. Salam LIe,
    ALhamdulillah, dekat betul kemah dengan Masjid Mina yer.

    ReplyDelete
  12. salam CL..
    indah sungguh pemandangan mina dr atas yer...

    makanan di maktab 42 tu sama tak dgn makanan maktab jemaah M'sia..seronok gak yer join dgn org luar.

    tang tandas tu yg poning mikir kannya , aduh pengalaman lampau terkenang kembali,mau2 kalu warga mas yg ada di dlm, puas nunggu nya.

    ReplyDelete
  13. salam haji,

    syukur kepadaNya. segala urusan ibadah haji dapat ddilakukan dgn baik. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  14. Salam CL,

    Tak pernah tengok Mina dari sudut ni. Tengok khemah sisi dalam, siap dgn aktiviti jemaah. Paling best tgk jemaaah beratur nak masuk tandas. Kalau lah emergency, naya kawan menunggu berjam-jam. Anyway, thanks CL.

    ReplyDelete
  15. Salam CL,

    wah zie, ratu pecut. Tahniah.

    ReplyDelete
  16. Salam CL,

    Salam abangsulong: heheh - mesti warga mas tu kata " ada aku kisah'

    ReplyDelete
  17. Salam CL,

    Kesabaran amat diperlukan dalam menunggu 'time' ke bilik air ni? hanya perlu dilakukan ialah terus berdoa ' ya Allah Engkau permudahkan la aku, jangan Engkau merumitkan' Insya Allah.

    alFatihah kepada 24 jemaah haji Malaysia yang telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
  18. Salam CL,

    Alhamdulilah telah menyempurnakan ibadah haji buat ayahanda semuga roh ayah CL mendapat rahmat dan di terangi nur syurga..

    Di mina kita kena byk bersabar..teringat ketandas fikir awal pagi tak ramai orang tapi orang ramai juga beratur..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah keadaan persekitaran Mina sungguh hebat.kemah tersusun elok dn teratur.teringgat masa buat haji dulu pembinaan tandas segera ( dinding plywood dn lantai zinc tebal size 4x8).macam2 irama apabila ditijak .Pintu tandas aduh......... bolih di angkat kesana kemari.

    ReplyDelete
  20. Salam CL,

    Tahniah Cl, telah dapat menunaikan haji utk ayah, besarnya pengorbanan anak tapi tak dapat juga kita nak balas jasa org tua yg telah mendidik dan menjaga kita.

    Pemandangan kat MIna, memang dah berubah, tapi yang tak tahan tu tandas nya, sabar je. Kalau tak memang gaduh.

    Zie, tahniah ratu lagi.akak baru masuk je, baru balik dari kg, beraya.Macam mana korban tahun ni. Abg Sulong pun macam mana korbannya.Semoga ibadah diberkati Allah.

    ReplyDelete
  21. salam cl dan semua

    alhamdulillah, syukur yg tak terhingga kpd Allah SWT kerana dapat menyempurnakan ibadat haji tahun ni.

    sememangnya di Mina yg di anggap "perut ibu " menempatkan semua jamaah yg berjumlah jutaan org memerlukan kesabaran yg tinggi.
    maklumlah jumlah kemudahan asas yg terhad seperti tandas. Sikap bertimbang rasa sangat penting ketika itu . Di mina , kita tak perlu mandi , hanya menyucikan diri dari hadas sahaja sudah memadai.Itulah kelebihan bumi Mina.

    Keadaan dlm khemah juga padat , hanya ruang yg secukupnya utk melepaskan lelah dan kepenatan, namun seronok . Pengalaman bermalam di Mina yg datang hanya kepada jemaah haji sahaja, takde jemaah yg saja2 datang bukan dalam musim haji yg akan bermalam di sini.Bumi Mina yg hanya berpenghuni hanya beberapa hari dalam setahun.

    Jadi marilah kita bersama2 menghidupkan semangat seperti mana di bumi Mina dalam hati kita spt bertimbang rasa dan bertolakansur dlm kehidupan kita seharian , insyallah.

    ReplyDelete
  22. menarik sungguh dok baca perjalanan hajj ni

    ReplyDelete
  23. Salam CL,

    Sungguhlah bagai dikata CR, Sesungguhnya Bandaraya Mina yang wujud beberapa hari sahaja dalam setahun. Hanya jemaah haji sahaja berpengalaman tinggal di bandaraya ini. Subahana Allah.

    ReplyDelete
  24. Salam CL,

    Alhamdulillah CL dah sempurna mengerjakan Haji. Pengalaman yang sama saya rasai sewaktu di Mina. Kesabaran adalah kunci utama. Pengelaman di Mina tidak akan semua rasai kerana orang yang mengerjakan haji sahaja yang akan merasainya dan bermalam di sana. Rindu pada saat sebegini..

    ReplyDelete
  25. salam,

    Alhamdulillah...abang sihat & dah dapat menyelesai ibadah haji untuk ayahanda abang tersayang...

    ReplyDelete
  26. Salam..

    terimakasih atas paparan ni,sangat menarik gambaran di MIna...Maktab CL nampak selesa dan luas,selama ni tengok di TV jer suasana khemah di Mina...


    pssst; Entry ni kenapa CL tak possingg???hehehe,cikgu tahu kenapa,sbb sure muka berkerut sbb nk pi tandas,tak encemmm,jangan marah!!!!

    ReplyDelete
  27. Salam sdra Azli dan rakan,

    Bila tgk keadaan di Arafah, Muzdalifah dan Mina melalui post sdra dan jugak secara life di Astro,RTM dan TV3, saya lebih faham keadaan di sini.

    Dulu bimbang soal tmpt tido, bilik air dsbgnya, tetapi bila sorang ustaz dlm Khabar haji terangkan pasal jemaah hadir di ketiga2 tmpt ini dalam keadaan 'kusut masai ' dan ganjaran yang Allah beri, saya lebih faham dan lebih bersemangat nak buat haji di masa akan datang. Bila ustaz Zul ( Astro Oasis )ceritakan pasal graf semangat dan prestasi jemaah dari Madinah, Makkah dan setrusnya ke Arafah dan Mina , saya nampak lebih jelas.

    Lepas ni bila tgk entri2 sdra yg akan datang akan lebih jelas dan menaikkan semangat untuk berusaha lebih kuat dan doa lebih awal untuk mengerjakan haji .InsyAllah.

    ReplyDelete
  28. salam CL... seronoknya! alahai...best sgt kan waktu kat Mina...rasa mcm kita hidup ni...smntara jerr...apa yg ada cukup dah...tak ingt pasal duniawi lg,.....

    ReplyDelete
  29. salam...tumpng lalu , Zie...kakal kan prestasi...pecut saja dia yer...tahniah! akk tak der dalm ranking ...hahahaha. Salam manis wat suma warga PDKM...tg baru tu...salam ukhuwah...abng long...naper tak speed lg....hehehe

    ReplyDelete
  30. Salam CL..

    Alhamdulillah..dpt tgok gambar dlm khemah...pulak..

    Inilah antara permintaan peminat siaran lansung program haji untuk melihat dari dekat aktiviti jemaah hingga kedalam kehemah...

    Seronoknya....
    Bole rasa nak nangis bila tgok siaran lansung kt TV...bila agaknya giliran saya dn suami akan tiba ...kawan2 yg dah pergi ..pun teruja inikan saya yg blum pernah jejak kesana lagik...bole menitik air mata...berkobar2 rasa jiwa raga..nih..

    Ya Allah kau pilihlah aku dan suami serta anak2 untuk hadir menjadi tetamuMU ya Allah...samaada melalui ibadah haji, atau umrah..amin..

    p/s: CL dah tak terjawap..dah ucapan kita satu persatu...bawa berihat yer...insyallah..tapi ingat siaran jgn dibawa berihat..nohh..minta tulun ngan bang samad..atau..bang kadir ker bang zakaria...(teringat surau kat tempat saya international juga..ada jemaah, myanmar,nepal, bangladesh, indon, dll sbb dekat ngan kawasan kilang...baik2 deper tuh..

    ReplyDelete
  31. Salam.

    Alhamdulillah, bakti dicurahkan oleh bapa bukti dituai dianugerahkan dengan menyempurnakan Haji utk aruah.

    Amin.

    tq.

    ReplyDelete
  32. salam Cejak jumpa blog PDKM, mokde hari-hari jenguk blog PDKM, skrg dah letak link di blog mokde,maaf tanpa izin dulu

    surf blg ini teringat musim haji 2004 dulu, mina dah banyak berubah, mokde tunggu gambar Arafah ni

    Teringin sangat kesana lagi,
    Ya Rabbi, jemput lah kami menjadi tetamu mu lagi,amin

    ReplyDelete
  33. Tentu seronok kan berjalan kaki dengan saudara seagama Islam...Teruskan perjuangan suci

    ReplyDelete
  34. Salam CL,

    Salam Rosli, az pun terttengok graf jemaah haji masa astro oasis tuh. Baru tahu ada graf hehf. Memnag kat Mina sangat mencabar sebab tu di kata dalam Perut ibu yer. Baru tahu hikmah kenapa tak terpilih tahun ini, kena belajar betul2 sebelum menunaikan haji.

    ReplyDelete
  35. Salam,
    Betullah tuan rezeki, Mina perlu kesabaran yg tinggi, saya lalui dugaan Mina dengan kesejukan teramat sangat. Teringat banjir di Mina yang mengorbankan ramai jemaah haji pada tahun 2004, masa tu kat sini Tsunami. Moga Allah tempatkan mereka di syurga.

    Apabila hari terakhir di Mina, rasa sayu sangat... ntah bila akan bertamu lagi, hanya haji sahaja kita akan berada disini. Mina.. jemputlah kami lagi.

    ReplyDelete
  36. Salam,
    Ayah Zain, selepas pulang dari haji.. kini saya rasai kemanisan belajar haji. Dulu belajar kurang paham, rupanya kena banyak belajar.

    ReplyDelete
  37. Salam CL,

    Betul tu CM, kemah depa kat zon sini besau-besau.

    ReplyDelete
  38. Salamm

    yer ler Zie, dulu masa az g haji belajar memang kurang faham, abih tu pergi pun kurang persediaan. Ni berazam nak belajar n minta pada Allah agar Allah dapat memberikan kita faham selok belok mengerjakan haji ini.

    ReplyDelete
  39. Salam CL,

    Semua cabaran lain rasanya boleh diharungai dengan cekal. Tapi cabaran berbaris di tandas menunggu giliran....tak boleh nak bayangkan. Teringat masa dulu tengah menyempurnakan hajat kat dlm, pak arab gendang pintu kat luar. Yg lain boleh sabar. tang yg ini tak boleh toleransi...fuhhh

    ReplyDelete
  40. Salam CL

    Lie, awat Lie pilih kemah orang Pakistan? Dia orang ada pakej juga ker, then u duduk ngan jemaah negara Briain? Britain kot

    ReplyDelete
  41. salam , ni yg 41 kot..hahaha top50, yg pic beratrur kat bilik kecik tu...mngingatkan saya di dua tahun lalu...ohhh ada idea utk n3 baru, copyn lg pic CL noooo...karang Ummi jenguk arrr ada macam2 cerita...CR ada ke singgah...simpul dah dapat ku lupakan...sedikit2...yg 3 ekor lg...alhamdulillah sehat.

    ReplyDelete
  42. Salam CL..
    Mcm mana bolih joint Org Brtn tu?... Ye lah kat sana semuanya sama kan... cuma satu nak share pasal "bilik istimewa" tu.. walau diguna beratus ribu bergilir2 tanpa henti, tak lah pulak menyengat hidung duduk kat dlm nya... betul tak CL.. Itulah walau ditempat tersebut, kita tetamuNYA dipermudah dan dimuliakan...

    ReplyDelete
  43. Salam,
    Ayah Zain, sekarang banyak pelajaran baru yang diperolehi melalui PDKM. Terima kasih CL.., boleh dah AZ jd mutawwif TH ni, alhamdulillah.

    CL, sebagai jemaah haji Mekah, kena daftar tak mengerjakan haji, dan berape bayaran yg dikenakan?.

    ReplyDelete
  44. ni kena byk sabar ni
    beratur panjang tu

    ReplyDelete
  45. Salam,

    Zie, hang ni ada ada jer. Nak jadi mutafif TH? hahaha, ilmu belum secukup mana ni,

    ReplyDelete
  46. Salam,
    Ayah Zain, kalau jd mutawwif tentu selalu ke Tanah Suci.. kalau saya ndak je, tapi takde saper yg sudi.. hehehe. Mula2 kita jd mutawwif umrah dulu ye.... AZ dah berape kali ke tanah suci, pergi sewaktu muda belia lagi..

    ReplyDelete
  47. Salam

    Salam Zie,

    haji sekali, lama dah dulu 1988. umrah 2 kali tahun 1999 dan 2009. OK juga idea zie tu, mula jadi mutawiff umrah kan? ermm boleh di cobak tu

    ReplyDelete
  48. Salam CL..

    tumpang lalu...

    Aik kak zie,AZ depa dok sembang sakan tuhh..

    AZ pi haji 1988 yer cheq baru tingkatan 3 masa tu, kalau tak salah masa tu atuk ngan nenek pi buat haji...tahun tu...masa tu pak sedara jdi mutawif utk org kg...maklumlah org kg tak pernah pi...ada seorang wakil org kg sendiri oklahkan...tapi pak sedara tu tak kembali kerahmatullah dah...setelah lebih kurang 10 kali kut pi haji dan umrah...alhamdulillah...dia meninggal atas riba isterinya...dgn mudah sekali...seorang ank yg soleh...utk ibunya..Al fatihah utk dia...sya panggil nama dia Pak Cik Lie...(CL hya nama tuh tak der aper2) tumpang semangat kt CL kita lah pulak sekarang..nih

    ReplyDelete
  49. salam..

    macam-macam cerita dpt kita dengar kt sini,jadi ruangan sembang sementara tuan rumah yg keletihan tu masih berehat,seronok cm dtg sini...

    setiap haji terasa teruja nk tahu episod seterusnya perjalanan Haji CL ni,lebih teruja dari menanti episod demi episod drama Nur Kasih yg meletooop tu..CL rehat dulu,kalau masih sengal benggal badan tu mintak abg samad urutkan yer!!!...

    ReplyDelete
  50. Salam Manzlie.

    Mungkin sdr sedang sibuk skrg ni atau keletihan. Sudah habis tahlul thani ke? InsyaAllah, haji mabrur menanti anda.

    ReplyDelete
  51. Salam CL,
    Untung sungguh kerana saudara dapat mengerjakan ibadah haji untuk kesekian kalinya...

    Perlukan kesabaran yang amat tinggi masa nak menggunakan tandas di Mina kan...?!

    ReplyDelete
  52. Salam,
    Hajah Zakiah dari Sabah berkirim salam untuk pembaca PDKM. Alhamdulillah, beliau juga dah selesai rukun dan wajib haji.. Dik NiNa mana?, seronoknya dia..

    AZ, alhamdulillah... dah banyak kali pun tetap nak kesana lagi kan. Saya juga tak diduga dijemput menjadi tetamuNya diusia masih muda.

    ReplyDelete
  53. wah seronoknya Cl dah dapat sempurnakan haji..teringin nak rasa pengalaman di Mina. Orang yang buat haji je bole rasa pengalaman kat situ..apa pun tahniah CL

    ReplyDelete
  54. Salam,

    Betul Zie, berapa kali pun ke Makkah, tidak akan berapa puas, tetap ingin ke sana. Tmbahan pula sekarang hari-hari kita didedahkan dengan keadaan makkah oleh Manzlie. Terasa seolah2 kita berada di sana. Alhamdulillah,

    ReplyDelete
  55. Salam,
    Ayah Zain, dulukan kat dataran kaabah ada garisan permulaan tawaf (sama dgn hajar aswad), ingat tak ramai jemaah terjatuh sebab terlanggar org yg berhenti. Dulu ada tanda zam2 kat dataran & telaga zam2 dibwh tu.. semua ni dah tak ada, rasanya tahun 2002.

    Maaf CL, Shami2.. nak borak dgn AZ.

    ReplyDelete
  56. Salam CL..

    Tumpang lalu nohh..tuan rumah penat yer..

    Kak Zie, AZ biasalah tuhh beborak ler tak der masalah buatlah macam rumah sendiri..cheq tukang jga kunci rumah jarr...ramai sgat tetamu...kuar masuk..tak putus2 meriah nohh...studio PDKM

    CL..jgan lupa yer...doakan kami semua ni...yg jauh nih..rumahmu dah jadik macam studio tmpt adik bradik..kumpul sembang2 tukar2 citer bagai...

    Kak Noor rendang ada lagik kor...ramai ni tetamu..

    CM..shift petang jgan lupa aarrr
    Kak Zie n AZ bersiaran tuh skrg .. abg sulong pun sama tuh bersiaran tuh dr studio PDKM...ngeh..ngeh.ngeh

    ReplyDelete
  57. Salam

    Garisan tu sekarang dah tak ada.Mula2 nak buat tawaf selamat datamg, g le cari, rupanya dah tak ada. oo sebab ramai yang jatuh yer zie. heheh

    ReplyDelete
  58. Salam,

    Hhheh Shami2, ada yang layan ni, az no problem hehheh

    ReplyDelete
  59. Salam,

    Tandas lelaki kita dah tengok keadaannya dan dah rasa pengalaman tu.
    Agak agak tandas jemaah wanita sama jugak kot.

    ReplyDelete
  60. Salam,
    Shami2, saje nak kongsi pengalaman sbb AZ lebih awal pergi. Insya Allah Shami akan dijemput menjadi tetamuNya. Pertama kali saya dijemput atas doa sahabat sejati.. tak sampai 3 bln giliran saya pula, dpt rezeki diluar dugaan.

    ReplyDelete
  61. salam syanag semua Pembaca serta komen2 tersebut..

    alhamdulilah..keadaan di Mina pada malam tersebut amat lah meriah sekali..tidak terasa penat berjalan walaupun sejuah 4 kilometer bila bersama sama dgn mereka semua dgn SATU tujuan..alhamdulilah..
    Makanan yang di beri adalah nasi beriani ayam..sedap dan syukur pada allah swt...dgn izinnnyer rezeki kami..saya takperlu mendaftar untuk menunaikan Haji kerana sudah diria mukim di Makkah...alhamdulilah..
    tandas2 di Mina amat lah bersih sekali...syukura banyak perubahan telah di lakukan jika di bandingkan pada tahun lepas..

    waslam

    ReplyDelete
  62. CL jumpa tak khemah Malaysia? Ambek gambar sikit..

    ReplyDelete