MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Saturday, 24 October 2009

" Solat Jumaat semalam..."

Keadaan di dalam Dataran Kaabah sebelum solat Jummat
Keadaan di Luar Haram sebelum solat Jumaat...
BIsmillah... suasana di dalam Majidil Haram semalam semasa waktu solat Jumaat agak ramai dengan para jemaah jemaah jika dibanding kan dengan minggu lepas...kemasukan jemaah jemaah dari negara luar telah menambahkan bilangan jemaah didalam Masjidil Haram..alhamdulilah.syukran..waslam


"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 7 = Bermalam di Mudzaliffah.."

Setiap area padang pasir di Mudzaliffah sudah di sediakan berkotak-kotak air mineral water untuk kegunaan Jemaah jemaah...
Beberapa bas bas persiaran akan menurunkan jemaah di pintu masuk pagar di padang Muzadliffah untuk bermalam disitu...
Beginilah keadaan kami sewaktu bermalam di Mudzaliffah tanpa khemah khemah seperti di Arafah...alhamdulilah..
Bismilah....selepas sahaja 5 das tembakan di lepaskan di Araffah( menandakan semua jemaah boleh bergerak ke Muzdaliffah) kami pun meneruskan perjalanan ke sana..alahamdulilah...Mudzalifah adalah kawasan padang pasir yang amat luas sekali dan tanpa khemah khemah kami bermalam disitu , yang ada hanya lah beberapa tiang tiang lampu yang menyuluh seluruh kawasan padang Mudzalifah....seperti biasa melakukan solat solat sunat dan berdoa serta berzikir disitu adalah rutin kami sepanjang masa yang terhad.....disamping ituh jugak kami telah mengutip anak anak batu untuk dibawa ke Mina bagi ritual yang seterusnyer yakni Melontar Jamrat...syukran..waslam


TIPs Berguna..
P/s: Bakal bakal Haji dinasihat kan bawa bersama selimut serta kain alas tido ketika di Mudzalifah, pada waktu malam agak sejuk cuaca di situ...

Friday, 23 October 2009

" Jemaah Pakistan....."

Bismillah...alhamdulilah...hari nih sudah kelihatan rombongan Jemaah dari Negara Pakistan sudah pun mula sampai di Kota Makkah nih untuk melakukan Umrah sebentar tadi...juga kelihatan tadi jemaah dari negara India melakukan tawaf...keadaan di sekitar Dataran Kaabah sudah mula sesak sedikit jika dibanding kan pada mingu lepas..alahamdulilah...syukran..waslam

" Makkah HUJANNNN......"

Hujan mula turun tetapi Jemaah still tak berganjak dari Dataran Kaabah tu..syukur alhamdulilah...
Lihat lah di sebelah area Mansoor street hujan turun dgn Lebat nyer..syukur alhamdulilah....

Bismillah.....HUJANNN......bila tiba jer hujan jer di Masjidil Haram aku mula lah dah nak jadi JAKUN...almaklum lah sini memang cuaca yang selalu berkeadaan panas so bila ada jer hujan hati mula jadi girang...seronok alang kepalang...walaupun gerimis ker or hujan lebat ker aku tetap akan turun keluar pergi secepat mungkin ke dataran Kaabah...suka merasa keadaan hujan disitu....semalam sebelum masuk waktu mahgrib jam 5.00pm hujan turun di sini...alhamdulilah...lihat lah gambar gambar yang sempat aku rakam kan sewaktu HUJAN turun di Masjidil Haram..syukran..wasalam...
P/s; Jeles dengar member di mesia cerita hujan turun lebat, so bila dapat jer Hujan semalam kat sini punya lah gembira hati ku..syukur.alahmdulilah



"Musim Haji Tahun Lepas - Episod 6 = Berdoa Mengadap Qiblat di Araffah..

Kebanyakkan Jemaah jemaah keluar dari Maktab berdiri mengadap Qiblat sambil berDOA tanpa henti...Ya allah amponilah segala kesalahan2 kami...insyalah
Bismillah.....Inilah masa yang ditunggu tunggu oleh semua Jemaah yang menunaikan Haji..selepas sahaja Khutbah solat Zuhur maka bermula lah semua Jemaah jemaah Haji berdoa pada Ilahi hingga jatuh matahari waktu Mahgrib..(5 das tembakan meriam menanda kan Jemaah akan bergerak ke Mudazaliffah.)....kerana pada masa itulah Pintu doa dari Langit allah swt buka kan sekali dalam setahun yakni ketika waktu wukuf di Arafah ini lah..berbagai peristiwa telah ku lihat..ada yang terisak isak menangis, ada yang mencekup muka sambil menangis dan tak kurang juga menangis tanpa berhenti bila waktu berdoa...aku juga tak lari dari keadaan sebegitu..semuanyer timbul rasa KEINSAFAN dan KEKESALAN yang AMAT sangat pada diri sendiri ATAS PERBUATAN MASA LAMPAU dari dosa dosa kita ,Insyalah semoga allah makbulkan doa doa kita itu.....gambaran di atas menjelaskan keadaan sebenar waktu BERDOA DI ARAFAH...syukran..waslam
Tip paling berharga....
P/s: Kepada bakal bakal Haji nanti...pesanan ku..ingat lah pada waktu ini jangan lah kita membuang masa dengan berehat atau tido atau berbual kerana pada waktu ini lah sahaja PELUANG kita untuk memohon keamponan DAri Allah Yang Maha Esa. dan kepada saudari Zie dan En Imran ini lah jawapan dari soalan arituh...wsalm

Thursday, 22 October 2009

" Jemaah dari Bangladesh dan China dah masuk...."

Jemaah dari Negara Bangladesh....
Keadaaan Dataran Kaabah pada waktu solat Zuhur tadi...
Jemaah dari Negra China.....

Bismillah...hari nih jam 10.00 pagi tadi aku melihat dataran Kaabah agak ramai dengan jemaah jemaah yang baru datang ke kota Makkah almukaramah nih...Jemaah dari negara Bangladesh dan negara China agak kelihatan melakukan Tawaf..sudah tersa kemeriahan nyer di sini...insyalah dalam masa dua tiga hari nih pasti akan kembali mula sesak di Dataran Kaabah ..insyalah...syukran..waslam
P/s; Kepada saudara Rezeki(Tn Ismet) dari Jb dan En Mohamad dari Bangi terima kasih kerana sudi menalipon saya tadi....syukran...

" Redupp....Masa solat Asar ...."

Keadaan Dataran Kaabah selepas solat Asar...
Jemaah melakukan tawaf dan ada yang beratur untuk mencium Hajarul Aswad..alhamdulilah
Sementara menunngu masuk waktu solat Asar...
Permandangan dari tempat duduk ku ini...
Bismillah....salam from Makkah...selepas jer aku selesai makan then terus masuk ke dalam Haram...alhamdulilah hari nih awan cuma mendung sahja..tiada panas terik matahari ketika waktu ni..so ramai lah jemaah termasuk aku duduk di sekeliling Kaabah di atas hamparan kapet yang telah di bentang kan untuk jemaah jemaah...terasa sungguh sejuk ketika ini, cuaca yang agak redup telah memberikan kami keselesaan beribadah dan bertawaf dengan penuh kesyukuran pada mu yang maha Esa...syukur Alhamdulilah...waslam