MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday, 3 November 2009

" Berita Terkini..."

Dataran Kaabah begityu TERUJA melihatnyer....alhamdulilah

Nak POSING jugak nih......

Tidak terkata lidah ku bila menatap LIVE from rooftop MasjidilHaram..subhanallah
Bismillah....salam....itu lah dia gambaran dan paparan yang dapat anda semua saksikan sekarang keadaan Masjidil Haram pada waktu solat Isyak malam tadi...keadaan di Dataran Kaabah dan Tingkat satu sudah mula sesak dengan Jemaah jemaah yang tidak putus menbanjiri Kota Makkah bagi menunaikan rukun islam yang ke5 yakni Fardhu Haji...anda semua dapat saksikan sekarang kebanjiran jemaah jemaah melalui gambar gambar tersebut..alhamdulilah..cuaca yang agak dingin sedikit 37c juga membuat semua jemaah terasa sedikit kedinginan...Manzlie from Makkah melaporkan untuk berita PDKM..sekian terima kasih..wasalam



" Blog Follower yang PERTAMA datang menjenguk ku.."

En Mohd Yusof dan isteri Puan Azhana
Hari nih kita makan Chicken mandy....

Menerima " Hadiah" dari nyer...Syukran Ya habibi...

Bismillah...salam from Makkah..hari nih saya menerima kunjungan " TETAMU ALLAH" yang PERTAMA dari seorang blog follwer yakni En Mohd Yusof dan isteri ( silent reader) datang ke Hotel Alsafwah...alhamdulilah...aku pun menjemput mereka untuk makan tengahari bersama sama didalam bilik ku..selepas puas berbicara dan bertukar fikiran En Yusof telahmenghadiahkan sebuah buku kepadaku ( HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIAWI )..terima kasih suadara ku..semoga allah swt merahmati dan murahkan rezeki saudara sekeluarga..insyalah..syukran..waslam



" Dah Busy......."

Duk meeting tentang Persiapan hajj...Sapa yang leh perform Hajj and spa yang kena jaga bilik during Hajj period...
Duk dengar briefing dengan Tekun jer mereka tuh..alhamdulilah
Last Ramadan kami berjaya mendapat 220 guest good comments and only 1 comment to improve..alhamdulilah..so my target for Hajj 300 comment? insyaalah
900 extra Bed dah sampai semalam untuk dimasukkan kedalam bilik bilik.Expected 4000 tetamu akan menginap di Hotel during Hajj .with Occupancy 105%..alhamdulilah
Bismillah....BUSY.....itu lah unkapan yang boleh dikatakan sekarang di Al Safwah..menunggu kemasukan jemaah jemaah pada Hari Jumaat ini bermula dengan jemaah dari Indonesia..bagi Department ku Housekeeping kami sudah bersiap sedia menyambut ketibaan mereka..berbagai perancangan telah pun aku lakukan demi memastikan para tetamu gembira bila mereka duduk tinggal di tempat kami...Bermula dengan meeting, persiapan bilik 858 bilik akan penuh dan katil ( lebih kurang 900 tambahan katil dan 4000 tetamu akan duduk) serta 'draw lot' bagi staff yang berjaya menunaikan Haji pada tahun ini - ikut giliranlah (hanya 14 staff sahaja yang boleh menunaikan Haji tahun ini, itu pun yang minima 2 kali sudah melakukan kerana kebanyakan pekerja saya minima 7 kali hingga ke 18 kali sudah melakukan Haji) serta guest supply sudah pun mencukupi untuk menampung penginapan mereka disini.Harapan ku " Our Best For The Guest" akan tercapai hendaknyer...Insyalah.Alahmdulilah semenjak aku bekerja disini dari tahun lepas hingga ke sekrang tiada ISTILAH penat, boring, malas or putus asa bahkan lebih TERUJA dan TAK SABAR melayan TETAMU ALLAH yang akan menginap disini..itulah kebesaran TANAH HARAM nih..semoga kami success lagi dalam menghadapi musim Haji yang kali ke2 disini..Doakan kan kami yaa...insyallah..waslam




" Nostalgia Musim Haji Tahun 1953... Episod 1 .."

Jemaah mula mula sampai di Pelabuhan Jeddah pada tahun 1953..
Juga kedatangan mereka di Lapangan Terbang Jeddah.....
Jemaah Jemaah Haji sewaktu duduk di Mina. ketika menyediakan makanan...
Ketika wukuf di Arafah ....

Bismillah....Salam from Makkah...kali nih saya akan keluarkan beberapa paparan paparan yang menarik ISTIMEWA untuk tatapan pembaca blog PDKM yang budiman..beberapa keping gambar gambar yang senantiasa menjadi kenang kenangan bagi kita semua menyaksikan bagaimana keadaan para jemaah jemaah yang menunaikan Haji pada tahun 1953..alhamdulilah...Harapan saya semoga anda semua akan terhibur dengan paparan di atas..insyalah..syukran..waslam
P/s: Nantikan kemunculan Gambar Kaabah pada zaman dahulu...Subhanaallah..

Monday, 2 November 2009

" Sesak dahhh..."

Suasana Dataran Kaabah pada waktu malam tadi selepas solat Isyak...

Pemandangan dari dalam Masjidil Haram...

Salam from Makkah....SESAK..itulah yang boleh di perkatakan sekarang di dalam Dataran Kaabah di mana jemaah sudah mula masuk kedalam Kota Makkah skng..alhamdulilah..terasa sungguh teruja bila mana melihat mereka semua melakukan TAWAF serta solat solat sunat di situ..Hajarul Aswad dan Hijir Ismail dah tak perlu di perkatakan keaadannyer sekrang..berbeza dari 2 minggu lepas....alhamdulilah..marilah kita semua berdoa semoga semua bakal bakal haji disini mendapat Haji yang mahbrur..insyalah..syukran..wasalm



"Bumbung Masjidil Haram dan di bukä..."

Bumbung Masjidil Haram sudah di Buka untuk Kegunaan solat
Keadaan di Luar Haram masih ramai jugak jemaah duk berpusu pusu masuk kedalam Haram...
Bismillah....salam from Makakah....alahamdulilah malam tadi sewaktu solat Mahgrib kawasan Bumbung MasjidlHaram telah di buka untuk kegunaan para Jemaah..sudah lama kami tidak kesitu ( lebih kurang 2 bulan) jadi aku pun mengambil kesempatan solat di tempat "peberet" ku ni...sungguh sujuk keadaan di sini ( hembusan angin yang mendayu dayu) menambahkan lagi ke kusyukan bersolat..alhamdulilah..syukran..wasalam


Sunday, 1 November 2009

"Pas solat Asar tadi..."

Bismillah...Salam from Makkah...lihat lah suasana terkini di Dataran Kaabah tadi selepas solat Asar...kebanjiran Jemaah skg sudah jelas kelihatan di dalam Masjidil Haram nih..alhamdulilah..sewaktu solat Subuh pagi tadi , agak SESAK kelihatan di DAtaran Kaabah dimana ramai sungguh Jemaah jemaah sudah "berkampung" di sekeliling Kaabah..masyaalah..nanti saya paparkan gambar gambar tersebut di entry yang akan datang..syukran..wasalm...