MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Wednesday, 10 December 2008

Perjalanan Haji ku....Part 6 - Tawaf dan Sa'i

Baru lepas buat Sa'i tadi so kuar jap kat luar bergambar di depan Bkt Marwah and Safa....
Aku melakukan Sa'i di tingkat yang atas sekali iaitu di tingkat 4 as u can see masih belum complete sepenuhnya.....tapi ramai jugak jemaah masa ni..is take us 2 hour to complete our Tawaf and Sa'i....but sukran alahamdulilah


Tawaf di atas bumbung sekali...quite far lah distant nye tapi is ok for me sebab tak berapa sangat ramai org sesak sesak..so that why take us 2 hours to complete...
Mula mula nak buat Tawaf di bawah tapi bila tengok ni ramai and sesak susah orang nak bergerak aku dan kawan aku pun terus naik di atas bumbng sekali buat tawaf di situ...so many people here...but alhamdulilah aku dapat selesaikan tawaf and sa'i ni dengan jaya nye..tapi satu je nak cerita ia itu kami kehilangan selipar kami...so balik hotel jalan kaki ayam je lah heheheheheheh..Dugaannnn..........




Tuesday, 9 December 2008

Perjalanan Haji ku....Part 5 - Selesai melontar dan balik ke Hotel


semasa aku ingin mengambil teksi di penghujung jalan dari Jamrat terdapat beberapa buah van yang telah sedia menanti para jemaah untuk bersedekah yakni mereka memberi serta distribute bungkusan makanan ( as picture above ) kepada semua para Jemaah yang ingin menerima..aku pun amik je untuk mengetahui apa yang ada di dalamnye....Alhamdulilah...

Selesai saje aku habis melontar terus kami berjalan ke penghujung simpang di mana terdapat kiri dan kanan bahu jalan tukang2 gunting rambut telah sedia menunggu para jemaah yang ingin bercukur/bertahalul...so aku pun yang baru bertama kali menunaikan kan ibadah haji ni terus ke situ untuk melakukannye, bayaran nye cuma sr10 sahaje....
Ketika kami menunggu kenderaan yakni teksi/bas untuk pulang ke Hotel beberapa' ulat ' motosikal menawarkan perhidmatan untuk pulang dengan bayaran sebanyak sr50..woww mahal giler depa ni nak charge aku..terus tak jadi..then i walk further up to aziziah road and manage to get a bus which fare only sr10.....Sampai sahaja kami di Hotel pada pukul 2.0o pagi and ketika itu lah baru aku tersa terlalu penat yang amat sangat...Betul cakap u Non Datin Shopie...God is Great...while we walking to mina from Mudzalifaah bila berjalan beramai ramai dgn berbagai bangsa kita rasa terlalu khuyuk dan tiada istilah kepenatan serta keperitan...alahamdullah dengan pertolongan serta izin nye we manage to complete our ritual as we plan...Syukur pada mu ya Allah....



Perjalanan Haji ku....Part 4 - Berjalan Kaki Ke Mina dan Melontar Jamrat

Tempat melontar yang baru siap di bina setinggi 4 tingkat
Para jemaah melaku kan lontaran ke arah tiang


Melalui terowong Ke Jamrat sebelum sampai ke tempat lontaran
Kami pun berjalan kaki dgn ramai para Jemaah jemah yang ada bersama sama kami..Jemaah dari turki, indonesia, China, Japan , ada lah di antara Jemaah yang paling awal berjalan kaki untuk melontar di Jamrat....It takes us nearly 2 hour walking to the place but i feel so enjoying and seronok bila dah jalan beramai ramai ni sempat jugak kami bertakbir serta bertalbiah beramai ramai...ya Allah satu pengalaman yang amat berharga pada diri ku ini......timbul jugak rasa keinsafan di dalam hati ini bila mana nampak beberapa jemaah yang baring dan tidur di bahu jalan sambil menunggu waktu melontar tiba....



Perjalanan Haji ku....Part 3 - Di Mudzalifaah

Sampai saje aku di Mudzalifah selepas magrib then aku cuba lah cari tempat untuk berehat dan lepak...selepas itu aku berlegar legar di Kawasan tersebut untuk mencari anak anak batu( gambar di bawah ) bagi tujuan melontar di Jamrah nanti.....

Untuk pengetahuan you all masa kami masuk di dalam kawasan ini memang sudah tersedia beberapa kotak air mineral water untuk kegunaan semua para jemaah yang duduk bermalam di sini..as picture below....sempat juga kami solat berjemaah beramai ramai di sini..alahamdulilah..apa bila jam sudah hampir ke pukul 12malam aku pun bersiap sedia untuk berjalan kaki ke Mina.....





Perjalanan Haji ku....Part 2 - Di Arafah

Sampai sahaja di Arafah lebih kurang jam 9.oopagi..aku pun berehat seketika di dalam khemah yang telah di sedia kan at our maktab....gambar atas tu as u can see semua org duk berdoa mengadap kiblat pada allah s.w.t.
Tong -tong yang banyak tu ada la air zam zam yang telah di sediakan untuk para Jemaah - jemaah yang duduk di dalam khemah sewaktu berehat dan makan di situ

Kami duduk di sini sehingga lah tembakan meriam sebanyak 5 das di lepaskan yakni waktu semua para jemaah berangkat ke Mudzalifah
Kami pun belepas sehingga jam 6.00pm terus ke Mudzalifah untuk bermalam disana serta mengutip anak anak batu bagi ritual seterus nye yakni melontar di Jamrat.....Gambar di atas tu ada lah permandangan di bukit Arafah dari jauh.......



Perjalanan Haji ku Part 1......Bermalam di Mina

Pada malam sabtu lepas yakni jam 10.30pm baru lah aku dan kawan aku Sharil dapat kuar dari Hotel untuk pergi bermalam di Mina ( menunaikan ibadah Haji )..kami telah di bawa hingga ke simpang jalan di Aziziah sebab jalan di tutup /Jammed dan terus ke jalan utama ke Mina dengan bantuan seorang insan pendudk tempatan yang menolong kami ke situ.... Alahamdulilah
Hampir selama 2 jam kami berjalan ke situ untuk mencari Khemah atau pun kem kami untuk bermalam( maktab no 42), kami mengikuti rombangan dari negara Britain..oleh sebab aku tak leh nak kuar awal mengikuti mereka pada jam 1.00 tengahari due to we busy with our guest in the Hotel so we have no choice to go by ourself to the Kem..anyway mafi muskillah (No problem) and we manage to find the place....alahamdullah again kerana kami di sambut dengan mesra oleh mereka pada jam 12.30 malam.....

aku telah di beri tempat tidur bersama sama dgn mereka di dalam kemah tu but satu perkara yang aku tergelak sampai tak leh nak lena tidur ia itu..almaklum lah aku sampai lewat so bila masuk dalam kem tu semua dah tido sakan, ada lebih kurang 9 org (out of 50 people inside our kem ) aku kira berdengkur dengkur dgn bermacam macam bunyi aku dengar cam tiup trumpet pun ada heheheh... aku duk fikir boleh ker aku tido nih...so aku cuba lah lelapkan mata tapi cuma 2 jam je lah bole lena..jam 4 pagi dah bangun nak rounding sekitar kemah aku just jalan jalan cari angin ..hehheheheheh..selepas solat Subuh kami pun menjamah sarapan pagi iaitu roti bakar and butter plus teh tarikkkkkkk.......Sukran alahamdullah......at jam 8 pagi kami pun berangkat lah ke Arafah dengan menaiki bus.(Gambar di atas sekali tu...)


Saturday, 6 December 2008

Perjalanan Haji ku....

Salam dari Mekah....Hari ni ada lah hari yang akan menjadi sejarah dalam hidup ku, kerna pada malam ni nanti aku akan berangkat bermalam di Mina untuk menunaikan Ibadah Haji buat kali pertama. ...aku akan pergi mengikuti group dari negeri Britain bersama sama jemaah mereka di sana nanti...
segala persediaan untuk aku menunaikan haji
berjalan dengan lancar sekali...kepada semua sanak saudara, teman teman dan sesiapa yang mengenali ku..aku ingin menyusun jari sepuluh memohon ampon dan maaf jika ada salah dan silap serta terkasar bahasa dari ku insan yang lemah ini yang mungkin menyingung serta menguris perasaan kamu semua....maaaf kan lah aku.....doakan la perjalanan haji ku berjalan dengan lancar dan di terima oleh nye (haji mabrur )...Amiinnn...........