MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday 5 July 2011

" LePas ShoLat..."

keadaan depan MasjidilHaram selepas solat Zuhur...
Menuju ke lorong Hijazz..jalan utama di antara Hotel Hilton dan Zam zam
Bagaimana pengalaman perjalanan pulang anda selepas solat..? ceritakan pada kami pula...

23 comments:

mancomjb said...

Salam dan terima kasih CL,

Semasa saya dan Isteri saya mengerjakan Umrah, Lepas solat Dzohor jarang balik awal kerana jalan sesak.Kami berdua terus pergi melontar di zam zam tower atau Hilton.

wasalam

Kak Mahh said...

Sentiasa berdoa agar segera dapat ke sana.

smartradz said...

Memang seronok bila keluar masjid selepas solat, macam2 gaya dan fesyen bangsa2 didunia ini. Tapi kami biasanya keluar masjid setelah reda jemaah keluar, maklumlah kita rang Malaysia kemetot2 je, orang disebelah sini semuanya besar2... tak sanggup rasanye nak bersaing dengan mereka. Anda yang lain macam mana? Kongsi dengan saya di http://radzleha.blogspot.com

Imran Paris said...

As-Salam En Li,

rindu terubat namun terus terkesan teringat lorong2 yg biasa dilalui, biar pun sesak jelas ia menbahagiakan. RINDUUUUU

rezeki said...

CL

bapak lepas solat suka berhenti seketika kat depan pharmacy situ, dok perhati jemaah yang keluar pulang ke hotel, tuk cerita 4 tahun sudah

tapi baru ni penginapan kami di Al Massa Ajyad street sebelah safwah, dok perhati jugak, tapi dok perhati van2 jenazah masjid muhajirin yang beratur kekadang sampai 5-6 buah tepi depan hotel , dan kali ini permerhatian bapak penuh dengan keinsafan kerana takut amalan bapak masih tidak mencukupi sebagai bekalan

safiudin.com said...

Assalamualaikum CL,

laluan pejalan kaki yang sering digunakan.

dekat dihati.

kadang-kadang berhenti melihat gelagat jemaah..

Wassalam.

Zalina said...

...alhamdulillah seronok dipilih ALLAH menjadisebahagaian dari jemaah yg bersesak2 lepas solat tu...

Aki44 said...

Salam CL,

Selepas solat zuhur biasa lepak di dlm MH (ruang berhawa dingin) sbb panas di luar, kekadang tertidur. Keluar MH pabila dah reda.

hmins said...

Salam CL,

Selalunya selepas solat saya usung jenazah dari dataran ke van jenazah dan kadang-kadang ke jamrat Maala...kira-kira 23 jenazah sempat saya uzung...

hilmyiskandar said...

Salam.

Lepas solat selalu lepak dulu dlm MH nak tungu jln reda.

Amin.

tq.

YB said...

Salam CL,

kalau musim haji kena tunggu 30 minit baru balik. Kalau umrah tak kisah, tak ramai sgt.

Kakzakie Purvit said...

Salam CL,

Pengalaman kakak balik lepas solat Isyak beli roti tepi jalan. Balik ke hotel jalan sesak, selipar hubby tertanggal nak tunduk bimbang tertumus, kenalah tunggulah lama baru dapat jalan pulang....(ujian Allah sebenarnya)...

ibuaish said...

Jalan yang kami lalui untuk pulang ke hotel dan dijalan inilah kami ditahan oleh seorang lelaki tua berbangsa asing meminta duit untuk membeli makanan. Dalam masa suami saya menunduk untuk mengeluarkan wang dari poket singlet, lelaki itu hilang dalam arus orang ramai . Kami berpatah balik mencari beliau tapi tidak berjumpa.

sayang said...

Kami suami isteri baru balik dari umrah awal Jun lalu. Melihat gambar2 ini, Ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa sayu dan rindunya hati.. semoga Allah makbulkan hajat kami untuk kami bersama2 anak2 pula mengerjakan umrah dlm masa terdekat. Amin.

Nur Fatin Zulaikha said...

Salam.
Lorong hijjaz ni lah saya gunakan utk pulang ke hotel.
Macam2 gelagat manusia boleh dilihat disini.
Ya Allah betapa rindunya hati ini untuk kesana lagi..

Norbaya said...

salam,biasanya tak tunggu lama terus keluar pasal nak tengok orang usung jenazah.jadi iktibar dan berharap agar dapat habiskan hayat semasa disini.

Kasmin said...

Salam CL,

Inilah kenangan mengusik jiwa. Jalan antara Hotel Hilton & Zam Zam inilah yang saya sering lalui dari tempat penginapan ke MH dan begitu jua balik dari MH ketempat penginapan pada musim haji tahun 2008. Terima kasih CL dengan paparan gambar2 yang sungguh istimewa buat pribadi ni.

boxhousestudio said...

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh ya cik li

BHS akak terkenang-kenang area ni sampai bila-bila...saja nak buat orang sebak ke cik li?...sayu, syahdu segala ada bersarang di dada ni...^_*...ALLAH ALLAH ALLAH....

jemput BHS and family kemari lagi dan lagi YA ALLAH...makbulkan lah...

kaknOOr said...

Salam CL,

Musim haji... saya tidak akan terus keluar iktikaf lagi dlm masjid... bila keadaan dah reda baru keluar.
Musim umrah tidaka da masalah tidak terlalu sesak....suka tgk gelagat penjual di tepi jalan yg sentiasa berhati-hati takut kena serbu dgn polis.....Kadang2 kita pun dilanggar bila mereka lari sewaktu polis buat serbuan.....

ainmohd. said...

salam. teringin juga nak bekongsi pengalaman.

ni jalan saya juga sebab menginap do hotel rawabi.

sepanjang jalan kalau subuh tuh banyak sngt budak2 sindiket minta derma konon2 kudung. tapi sebenarnya mereka masukkan tangan dalam baju untuk, so nampak lah mamcam kudung,

pernah seklai sy cuba nak tangkap gambar mereka, lepas tuh dia pulak nak tangkap kamera saya. hehe

lepas subuh jugak ramai jual jubah 10 riyal..

ya allah. rindu nya nak ke baitullah.izinkan lah kami ke sana lagi yaALlah.....

manja said...

salam..pernah pulang dr mesjid berkaki ayam berstokin sja...seliper saya yg merah cantik tu d ambil orang.harap2 org tu pakai ke mesjid pula...

paklang67 said...

Assalamua'laikum,
Alhamdulillah, tahun 2010/1431h saya menunaikan haji. Pengalaman yg dapat dikongsikan adalah betapa di bawah lindungan Ka'bah, saya tersedu sendiri ketika solat Jumaat. Beberapa orang jemaah lelaki dan perempuan Iran membawa botol air zam-zam. Lalu mereka menuangkan air zam2 kepada sesiapa sahaja dengan senyum melirik di bibir. Walau nampak kecil khidmat mereka, namun ketika terik matahari dengan sukarnya ke tempat air zam2, bakti mereka besar di sisi Allah. Terkilan rasa hati kerena ada juga tergerak untuk melakukan perkara yg sama namun perasaan malu, sombong memenuhi dada....ketika solat di Raudhah, saya sempat merakamkan jemaah yg memanjat tirai Raudhah tanpa rasa malu pada Rasulullah.

Jemputlah ke http://paklang67.blogspot.com untuk sama-sama berkongsi Pengalaman di Kota Haramain

Wassalam

Nor Aishah said...

Ini lah lorong yg kami lalui tiap kali pulang dari solat...begitu ramai umat Islam dengan pelbagai bangsa dari seluruh dunia...tetapi keseronokan beribadah disana Allah saja yang tahu..Moga di izinkan Allah, diberi kesihatan yang baik untuk kami berkunjung lagi kesana..Amin