Pages

Thursday, 1 October 2009

" Dapat Kucup Hajar Aswad dan Solat Sunat Dalam Hijir Ismail.."

Keadaan suasana Dataran Kaabah dah agak berkurangan jemaah...
Duk beratur nak kucup Hajar Aswad ni..alhamdulilah..jam 12.30 malam tadi akhir dapat lagi kucup..syukur pada allah swt....atas Keizinan Nyer..
Dalam kawasan Hijir Ismail..sempat aku membaca surah yassin( untuk arwah Ibu ku dan arwah2 sesama islam yang telah pergi dahulu sebelum ku) solat Sunat dan membaca doa2 untuk Kak Nab,cm,KakAs dan kiriman pembaca2 serta peminat Blog PDKM..alhamdulilah...
Alhamdulilah...setelah selesai menghabis kan masa di sana selama sejam saya pun berlalu pulang ke bilik...alamak tetiba selipar ku hilang lagi...tak mengapa aar...tetapi malam tadi aku mendapat lagi mimpi arwah Ibu ku datang dengan senyuman kepada ku..alhamdulilah( mimpi kali ke 31) sungguh hepi rasanyer di hati ini..syukur kerana allah swt telah memberi Reward agaknyer pada ku ini...terubat jugak rindu ku pada arwah ibu..maaf bukan tanda riak dan sombong untuk memberitahu kisah ini tetapi hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..( Ya allah , jauhi lah hatiku dari perasaan sombong dan riak/bongkak..).mungkin kerana aku ikhlas mendoakan kan kenkawan agaknyer..fikir hati kecilku ..syukran..waslam.



75 comments:

  1. Salam
    Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat mengucup tu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam Datin sophie..

    Benar tuh..but al least saya daapt kucup lama gak malam tadi..( 7 ke 10 saat ).alhamdulilah

    wasalam

    ReplyDelete
  4. Salam Sdra Azli,

    Setiap kali you cerita dapat kucup Hajarul Aswad dan mimpi ibu you saya mmg rasa tersentuh, bagi org yang dah tak ada ibu sahaja memahaminya. Syukurlah pada Allah sdra Azli dapat baca Yasin di Hijir Ismail. Saya tak boleh nak bayangkan betapa seronoknya dapat kucup Hajarul Aswad. Tak boleh dinilai pengalaman tersebut. Amin.

    ReplyDelete
  5. salam saudara ku Rosli..

    benar kata kta suadra ituh..cuma pada sesiapa yang sudah mengalami shaja yang akan dapat merasa" keadaan sebegini kan..
    alhamdulilah..allah swt telah medekat kan sya deng arwah dengan berada disini..semua ini adalah ats Keizinan Nyer ...percaya lah...
    sya hanya menceritakan detik detik manis sya alami disni..hanya sekadar niat ikhlas bercerita ..itu sahaja..
    terima ksih kerana memahami perasaan ku..

    waslam

    ReplyDelete
  6. Salam CL,

    Tiap hari masuk ke blog PDKM tapi baru 1st time bagi komen. Alhamdullillah, atas ketekunan CL update blog beserta gambar2 di Makkah, dptlah mengubati rindu pd suasana di sana. Semoga CL meneruskan usaha murni ini. Bukan tu saja, bila hati susah/risau, masuk ke blog nie, tenang semula rasanya. Jutaan t.kasih CL.

    ReplyDelete
  7. salam saudari Nazlina mohamad..

    alhamdulilah..terima kasih ata skomen saudri tuh...alhamdulilah ketenangan yang dapt saudari ekcapi dgn memabca dan melihat gambar2 di blog PDKM..semoga allah swt memebrkati kita semua..insyalah

    waslam

    ReplyDelete
  8. salam ciklie

    n3 ni saya tak mau merapu,saya ucapkan jutaan terimakasih dan mendoakan ciklie dilindungi Allah dunia dan akhirat,berkat kehidupan,terus bahagia dan ditempatkan disyurga.Subhanaallah,terasa kerdil diri ini atas ingatan ikhlas mu,nama CM disebut ditempat mulia sebegitu.

    macam CL selalu kata,CL berdoa ganjaran pahala untuk ibu tersayang,CM disini mendoakan arwah ibu ciklie bahagia dan tenang rohnya,sejuk kuburnya bersiramkan doa tak putus dari anak soleh yang dikandungnya...

    moga Cl terus bermimpi,bermesra dan dibelai ibu tercinta atas segala kebaikan,kami tak pernah memandang CL riak,malah amat bersyukur ada insan yg sudi mewujudkan blog ini..aduhai sblm airmataku tumpah berderai,baiklah cikgu stop....tq kerana mengenangku dalam doa mu...

    ReplyDelete
  9. Salam CL,

    Bertuahnya CL dapat berjumpa arwah ibu dalam mimpi. Sejuk hati ibu mengandungkan CL.

    Hari ini bz sungguh. Malam ni nak jamu depa pulak, malam tadi depa kata nak beraya umah ayahzain.

    ReplyDelete
  10. salam,

    syukur alhamdulillah.
    hanya Allah saja yg dapat budi CL.
    smoga dapt bersama di Firdaus.

    ReplyDelete
  11. salam cikgu mas..

    alhamdulilah..terim aksih ats doa cikgu gak pad arwah ibu ku..semoga kita semua mendapt keredhaan dari allahs wt..insyalah..

    waslam

    ReplyDelete
  12. salam kak As..

    alahamdulilah...terima ksih atas ucapan akak tuh..

    syukran

    waslam

    ReplyDelete
  13. salam ayah zain...

    alhamdulilah..open house jugak yer...

    syukran

    walam

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Nikmat kesyukuran dapat kucup Hajar Awsad dan solat sunat Dalam Hijir Ismail. Allah melimpahkan dan mempermudahkan bila mendoakan utk menjernihkan menuju kebaikan.

    Terima kasih kerana mendoakan......

    Amin.

    tq.

    ReplyDelete
  15. salam Hilmy...

    alahmdulilah..semoga allah menerima doa doa kia Insyalah..
    waslam

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cik lie..hehe
    jumpa lagi kite..cik lie
    kenapala hati nie rindu sangat nak ke mekah..cik lie doakan dek sue tau.nak sangat kesana..

    ReplyDelete
  17. salam yuyeee


    yuyee adik sue yarr...cm ni kak sue jugak...aduuuh ghinduuuuuuu arr kat yuyee tu!!!meh sini nk beri duit ghaye ni...kt amoi tu..

    ReplyDelete
  18. salam...

    alhamdulillah.. subhanallah.. moga ciklie sentiasa dalam redhanya...
    insyaallah.. semoga ibu dan ayah ciklie ditempatkan disisi org beriman..insyaallah

    doakan azie ciklie

    ReplyDelete
  19. salam yuyee..

    alhamdulilah..jumpa lagi kat adik yiuyeee nih..insyalah nanti cl doakan yer

    walsm

    ReplyDelete
  20. salam,
    mari kita sama2 renung dengan mata hati:
    surah AL MU"MINUN ayat 1-11.
    janji Allah pada hamba Nya yang beriman....

    1. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.

    2. Iaitu orang yang khusyuq dalam solatnya.

    3. Dan mereka menjauhkan diri daripada segala perkara yang sia sia.

    4. Dan mereka menunaikan zakat.

    5. Dan mereka menjaga kehurmatan dirinya.

    6. kecuali kepada isteri atau hambanya sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

    7. Sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.

    8. Dan mereka menjaga amanah dan janji

    9. Dan mereka yang tetap menjaga solat pada waktunya.

    10. Mereka itulah yang berhak mewarisi,

    11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.

    smoga kita dapat menghuni Syurga Firdaus dengan Rahmat Allah.
    dan dengan berkat amalan kita yang paling ikhlas. Amin....

    ReplyDelete
  21. salam cikgu mas..

    wahh nak bagi kat yuyee jer ker..
    kat cl takda ker duit rayaa..

    walsasm

    ReplyDelete
  22. salam my life..


    insyalah..

    syukrna
    w
    aslam

    ReplyDelete
  23. Salam Cik Lie

    Alhamdulillah...berkat selalu mendoakan dan membuat umrah untuk ibu Cik Lie, dapatlah Cik Lie bertemu dengan aruah ibu walau dalam mimpi.

    Terkenang Kak Rahmah pada masa Kak Rahmah menemani aruah adik menunaikan umrah pada tahun 2006, Kak Rahmah juga berpeluang mengucup hajar aswad beberapa kali juga solat di hijir ismail..Tak boleh nak ucap betapa syukurnya Allah memberi peluang pada hambanya yang selalu lalai menjalankan perintahnya...

    Perasaan ingin kembali kesana sentiasa membara...Semuga Allah menjemput Akak kembali kesana menunaikan fardu haji pula...

    Wassalam

    ReplyDelete
  24. salam kak As...

    satu informasi yang amat berguna utk kita semua..isnyalah


    wasalam

    ReplyDelete
  25. Salam CL

    Seronoknya kalau haji ni akak dapat lakukan seperti apa yang CL buat ari ni.

    Moga diberi segala kemudahan utk akak beribadah di sana. Doaku agar dapat juga buat umrah utk arwah ayah yg telah tiada sejak akak baby lagi.

    ReplyDelete
  26. salam kaka mala..

    insyalah semoga dapt lah nanti aka berkemseptan melakukannyer..

    waslam

    ReplyDelete
  27. Moga doa dan ibadah cik lie Allah swt kabulkan utk ibu tercinta..amiin

    ReplyDelete
  28. salam saudra Zabidi..

    alhamdulilah..semoga diterima olehnYer..insyalah

    ReplyDelete
  29. salam azli...

    terharu akak baca entri nih...sungguh terharu kerana CL selalu doakan akak...semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik & dik azli boleh terus beribadah dgn tenang di sana...
    ya ..Allah memakbulkan doa2 CL kerana keikhlasan CL membantu orang lain..

    ReplyDelete
  30. salam che li,

    terimakasih che li kerana doa che li untuk kami pengikut PDKM. Semoga apa yg che li doakan untuk kami akan dimakbulkan Allah s.w.t insyaallah...

    ReplyDelete
  31. salam kak Nab...

    alhamdulilah dan terima kasih atas doa akak juga tuh..insyalah semoga kita semua sesama islam berada di da;lam kesejahterann dan lindungan nyer...insyalah..

    waslam

    ReplyDelete
  32. salam ranting...

    syukur dan alhamdulilah..semoga kita semua beroleh kesejateraan di bwah lindungan Illahi...insyallah..

    waslam

    ReplyDelete
  33. salaam cik lie.

    alhamdulillah, berkat doa anak yang soleh...semoga ruh almarhum ibu dan ayah cik lie dicucuri rahmat oleh-Nya...dan semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah cik lie di sana.
    terima kasih atas doa cik lie kepada para peminat blog PDKM..semoga mustajab.

    :-)

    ReplyDelete
  34. salam kak Rahmah...

    alhamdulilah..doa sya semoga akak akan smapai algi kesini sebgai Tetamu Nyer..insyallah...

    waslam

    ReplyDelete
  35. salam Ummiazudin...

    alahmdulilah....semua tuh adalah tanggonjwap kita sesama islam utnuk mendoakan pada semua muslimin dna muslimat...insyaalah

    waslam

    ReplyDelete
  36. Salam Manzlie.

    Bila Allah pilih, berjayalah akhirnya.

    ReplyDelete
  37. salam cik lie..

    Alhamdulillah, lepas Ramadhan dataran lapang,mudah sikit dpt kucup hajar aswad ..tapi sekejap saja suasana lapang beginikan..tak lama lagi nak masuk musim haji ..penuh sesak semula..

    ReplyDelete
  38. Salam CL,
    alhamdulillah, nasib baik CL pakai seluar , kalau pakai kain pelikat nak pi kucup hajarul aswad, bahaya nooo ngeh,ngeh,ngeh

    lihat kiswah kaabah dlm gambar tu, dh nampak lusuh daa, dok tiap2 hari org bergayut jutaan umat tu, nti sebulan dua lagi dah berganti baru .

    ReplyDelete
  39. semoga CL mjadi insan soleh yg sentiasa mdoakan kedua ibubapa CL jua guru2 ,sekelian muslimin & muslimat tmasuk juga rakan2 yg sentiasa mrindui blog PDKM ni....
    kami tak pernah rasa pun apa yg CL cerita di blog ni sebagai riak , tetapi sebagai perkongsian pengalaman yg amat di rindui dan amat diminati oleh kami semua yg tidak mdpt peluang istimewa seperti CL.

    siapa yg pernah mencium nya dpt ler bayangkan haruman hajarul aswad,teringat ummi pd haji pertama dulu,masa muda2 ,minta tolong pd polis yg bdiri ditebing kaabah(hajar aswad) pastu dia bagi ruang pd ummi kucup,aduhai bahagianya..
    pada haji kedua ummi nak sangat2 solat dlm hijr Ismail ,masa tu dah nk balik M'sia,mau tak mau hubby ummi yg demam terpaksa juga jd pengiring isteri dia yg mengandung ank k3 berasak2 dgn jemaah yg lain. Alhamdulillah .

    ReplyDelete
  40. Salam cl,

    Alhamdullilah. Bila berdoa tu, tlg2 lah doakan kesejahteraan untuk akak dan keluarga ye.

    ReplyDelete
  41. Salam,

    Alhamdulillah , alangkah bertuahnya Cik Lie dipermudahkan untuk kucup Hajarul Aswad .Agak2 kalu musim haji bilala masa yg pling sesuai untuk Q kat situ utk kucup Hajarul Aswad?

    Bestnya dapat mimpi jumpa arwah ibu . Walaupun dalam mimpi , tapi pasti dpat mengubat rindu ngan ibu tersayang . Alangkah bestnya ,kalau saya yg x pernah rasa kasih syg arwah ayah ,dpt mimpi bertemu dgn arwah walaupun seketika .Sekurangnya dptlah menatap wajah arwah yg x terbayang selama ini .

    ReplyDelete
  42. Salam CL.

    Berbahagialah mereka2 yang mendapat kesempatan mengucup Hajar Aswad dan semuga roh arwah ibu CL dan lain2 sentiasa dibawa kerahmatanNYA. Aminnnn

    ReplyDelete
  43. Salam CL,

    Terima kasih kerana doakan untk sya dan kawan2 kat PDKM ni...tak terbalas oleh kami semua...sya doakan juga moga CL sentiasa dirahmati Allah..dn ada utk kami semua selagi hayat dikandung bdn..mengirim kan berita dn gambr dr sana setiap hari..yg mana secara tidak lansung mengukuhkan ingatan, keimanan dan ketakwaan pd sya dn kwan2 semua thdp Allah s.w.t

    info:
    Doa yg sya pohon CL buat tsbt amat bermakna pd sya krn hmpir 1 1/2 thun sya menjadi insan yg memimpin ke jln yg benar kpd mrk baik dr segi peribadi dn juga perniagaan..smlm adlh hr yg sukar pd sya setelah sekian lama..hingga timbul rasa putus asa pd diri sya..kesal akan sikap mrk..susah hidup kalau brlwn arus dgn syariat Allah..perjlnan kembali dh ada tetapi ..pyah..lmbt..krn ilmu ctek blum dicari dgn sempurna..khususnya pd suaminya...
    wlaupun sya tlh nasihat setiap hr..
    Mungkin ada pdpt kta tinggalkn sja mrk..tpi sya ada tjawab dn amanah yg perlu diselesaikn..semua ketentuan Allah.

    sbb tu sya minta tolong pd CL..doakan..bg phak sya..dn sya tidk malu utk menulis disini ..maaf klau terpjng.

    selebihnya urusan Dia..Allah lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  44. Salam che lie, jgn lupa tolong doakan kami semoga selamat sampai ke Makkah nanti bagi mengerjakan haji. Ni first time dok komen, selalu e mail aje. Syukur che lie dapat mimpi jumpa ibu, saya pun rindu pada Almarhumah Ibu dan Ayah saya. Semoga di sana nanti saya dapat bertemu dengan mereka walau pun dalam mimpi. Amin

    Salam Hj Hanafe

    ReplyDelete
  45. Salam Cik Lie...
    Beruntung nya dapat peluang kucup Hajar Aswad...saya dan Nisha banyak kali mencuba, waktu yang berlainan, dan ikut tips Prof, tapi tak menerima rezeki tersebut, jelas nampak Allah tak beri lagi peluang tu...dah dekat, tertolak keluar, dah dekat, tertolak keluar...saya gunakan pengalaman tu utk muhasabah diri...

    Seronok nyer dengar Cik Lie berjumpa dengan bonda lagi...

    ReplyDelete
  46. salam abang,

    Alhamdulillah, kerana berpeluang lg abang mengucup Hajar Aswad...terus bermimpi kedatangan ibu...semuanya kuasa Allah...terima kasih kerana terus mendoakan kami pembaca PDKM..semoga doa2 abang dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  47. salam Hanis..

    alhamdulilah..semoga doa daoa kita di terima olehNyer..insalah..

    waslam

    ReplyDelete
  48. Salam Datin Asnija..

    insyaalah..nanti ada lah tuh rezeki datin nak kucup Hajar Aswad nohhh...saya doakan

    waslam

    ReplyDelete
  49. salam Leenoh...

    alhamdullah

    waslam

    ReplyDelete
  50. salam Rezeki...

    kalau pakai kain pelikat alamt terbang lah...duk berasak rasak jugaknih..

    yup 10 zuljijah nih depa akan tukar kain kiswah tuh nanti..pas solat subuh selalunyer..

    waslam

    ReplyDelete
  51. salam eina..

    musim haji..aduhhh ramai lah..tak berani nak cakap....


    waslam

    ReplyDelete
  52. salam kak pINAT..

    YUP..SAMPAI ABIH SYAWAL NI JER..PASTUH PENUH BALIK LAH..

    WASLAM

    ReplyDelete
  53. salam mnasir...

    amin..


    waslam

    ReplyDelete
  54. salam babyazly...



    insyaalah semoga allah swt permudahkan perjalanan Haji suadra..

    waslam

    ReplyDelete
  55. salam shami2..

    alhamdulilah..sesuatu perkara yang mulia kita lakukan ..tidak harus merasa malu..alhamdulilah....inysalah akan ku titipkan lagi doa buat saudari ..semoga allah swt bersama mu...


    waslam

    ReplyDelete
  56. salam Ummi_Humaira..

    alhamdulilah kerana ummi memahami gerak ahti sya...syukur pada allah swt...

    insyalah semoga kita semua di berkati oleh allah yang maha esa..

    waslam

    ReplyDelete
  57. Bila plak CL tukar pic. CM, Noor perasan tak ni

    ReplyDelete
  58. Salam

    Saya juga antara yang selalu mengunjungi blog saudara semenjak 2-3 bulan yang lepas. Dapat jugak tengok gambar2 terbaru di tanah suci. Banyak jugak perubahan sejak kunjugan saya dulu pada tahun 2005. Lagi semarak di hati ini untuk berkunjung dan beribadat ke sana. InsyaAllah bila ada rezeki nanti. Buat sekarang saya banyak download gambar2 yang saudara paparkan - cuma belum mintak keizinan dulu. Boleh izinkan saya - boleh jugak buat pengubat rindu Sekarang tengah nak catch-up posting saudara yang lama-lama tu. Wasallam.

    ReplyDelete
  59. Salam Sdra Azli dan rakan,

    Sdra Azli saya mintak laluan untuk share skit pengalaman dgn Shami2, jgn putus asa berdoa dan memohon kepada Allah. Wife saya hampir give up dengan saya dari tahun 1988 hingga tahun 2004, Ogos 2004 dia gi umrah dengan kakaknya, dia tidak putus2 berdoa agar saya yang keras hati ini berubah dan supaya rajin solat.
    Tahun 2008 bulan Julai , saya pulak terbukak hati nak gi umrah dan byk perkara penting berlaku di sana, antaranya hati saya yang keras dan degil ini jadi lembut dan cair pada hari keempat semasa depan Kaabah....masa tu hari jadi saya yang ke 45....syukur pada Allah....

    Saya harap Shami2 jgn putus asa dan sentiasa berdoa dan mengemukakan permohonan kepada Allah, saya sgt yakin permohonan dan doa Shami2 sedang dalam pertimbangan Allah....

    Saya tidak berniat untuk menunjuk pandai atau ada niat riak, sekadar berkongsi pengalaman dengan rakan2 PDKM. Satu hari nanti doa dan permohonan kita Allah akan perkenankan...Amin.

    ReplyDelete
  60. Saudaraku.Blh sy add blog ni dalam blog sy.mohon permisi yer...

    ReplyDelete
  61. salam ijoi....

    jgn lah camtuh....sesaje jer nih...heheh


    waslam

    ReplyDelete
  62. salam Malek..

    alhamdulilah...kalau nak just amek jer gamabr gamabr tuh..sya izin kan...lagi pun tuh semua bukan hak sya..allah swt yang punya ..kita semua hanya meminjam jer ...
    ok

    waslam

    ReplyDelete
  63. salam Malek..

    alhamdulilah...kalau nak just amek jer gamabr gamabr tuh..sya izin kan...lagi pun tuh semua bukan hak sya..allah swt yang punya ..kita semua hanya meminjam jer ...
    ok

    waslam

    ReplyDelete
  64. salam Noorazeraf..

    boleh apa slahnyer..

    waslam

    ReplyDelete
  65. salam Rosli..

    benar cakap saudra tuh..alhamdulilah..allah maha kaya , maha mendengar setipa doa hamba hamba yang ,engingatinyer...jgn risau shami..berusaha lah..jgn berputus asa..nih semua adalah ujian allah swt pada kita semua...insyalah akan di perkanankan pada kita semua...
    dan saudra rosli sya anggap ini bukan lah riak atau trakbur..sememngnyer kita harus bersama sama berkongsi pengalaman yang paling berharga diberikan allah swt pada kita semua..syabas saudra..sya rasakan stau benda yang mulia telah suadra kongsi bersama kita semua...alhamdulilah..

    waslam

    ReplyDelete
  66. Salam CL

    Kpd CL n Crosli, terima kasih atas sokongan kalian itu.
    Hakikatnya depar dua da pi umrah, nak pi lagi tahun 2010 satu family..insyallah..
    Kehidupan yg diulit kemewahan...kurangnya pengisian rohani..itulah ..keadaannya..smoga mereka beroleh taufik dn hidayah segera dariNya.

    ReplyDelete
  67. salam shami...

    insyalah..

    waslam

    ReplyDelete
  68. Salam,

    Alhamdulilah CL mendpt mengucup hajar aswad dan solat serta baca yassin hi hijir ismail juga terima kasih doa pada kami di sini.

    ReplyDelete
  69. salam saudara Yem..

    alhamdulilah....semoga allah swt memebrkatai kita..

    waslam

    ReplyDelete
  70. salam saudara saifuddin...


    alhamdulilah....semoga allah swt memebrkati mereka semua yang telah tiada..insyalah

    waslam

    ReplyDelete
  71. salam saudara. saudara sgt beruntung dpt mengucup Hajar Aswad bila-bila masa saudara mahu.

    ReplyDelete
  72. Salam abg.
    Ayah dan ibu....
    Ayah dan ibu...,itulah permulaan kami,dapat melihat bulan dan matahari,
    Ayah...,ayah dan ibu...,ayah dan ibu mestilah dihormati.

    -Kasihnya ayah dan ibu tiada
    pengganti,
    Ia bersemadi di dalam hati,
    Hanya Allah yg mengerti,
    Kerinduan yg abadi.

    -Abg masih ingat adik tak !
    cuba teka siapa saya ?

    ReplyDelete
  73. salam ..

    cerita en mazlie ttg keadaan di sana...memg menarik.saya dan anak2 selalu mlayari blog en mazlie utk mliht keadaan di sana.anak2 saya begitu excited sekali.

    doakanlah kami sekeluarga dpt tunaikn umrh hujung thn ini...dan merasai sendiri keadaan di sana.amin.

    ariff sekeluarga.

    ReplyDelete
  74. selalu baca blog ni, amat tersentuh melihat foto2 . saya berpeluang menjadi tetamu allah 2009 lalu. sampai hari ni menjadi igauan bila lihat gambar yang cik li upload. doakan saya ke sana lagi. sedang simpan duit untuk umrah. moga berkat rezaeki.

    ReplyDelete