MAKKAH ADA LAH KOTA SUCI BAGI SETIAP UMAT ISLAM DARI SELURUH DUNIA YANG MEMPUNYAI IMPIAN DATANG BERIBADAH KE SINI DAN AKU RASA AKU ADALAH INSAN YANG SANGAT BERTUAH KERANA DAPAT BEKERJA DAN DUDUK DI SINI SERTA DAPAT MENCARI SESUATU PENGALAMAN YANG PASTI BERHARGA BUAT DIRI KU...SYUKUR ALLAHAMDULILAH DENGAN IZIN NYEE ( ALLAH ) SO I AM HERE TO SHARE MY EXPERIENCE WIZ YOU ALL INSYAALLAH......

Followers

Tuesday, 25 August 2009

" Bingkisan Ayahanda - Nginap Serengge....di Masjdil Haram.."

Cacatan Ringkas dari Ayahanda

RAmadhan Di Makkah :

Sudah Lebih seminggu ayahanda di Tanah Suci belum bertemu dengan seseorang dengan laptobnyer di MasjdilHaram, Juga tidak terjumpa Cyber -cafe disini....

# Petang Jumaat sebelum Ramadhan hujan lebat dan ribut kencang. Perjalan ke masjid untuk menunaikan sola Mahgrib agak becak. bila sampai sahaja di dataran Masjid semua sudah kering. Sejatan air cukup pantas......
# Seluruh Masjid Penuh sesak dengan jemaah..begitu meriah sekali Menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini...
# Ayahanda mendapt tempat di "Sutoh" yakni Bumbung Masjid. Suasana taidak panas serta angin dingin meniup akibat hujan lebat awal tadi telah membawa rahmat....
# Terawih pertama di Masjidil Haram cukup syahdu, terasa cukup kerdil perasaan diri ini, cukup menginsafkan diri....
# Doa Qunut sembahyang witir mendayu dayu. Jemaah disisi ayahanda menangis terisak isak. Qunut nyer panjang hampir 15 minit. Mereka boleh menangis kerana memahami makna doa tersebut, ayahanda juga terasa sebak diri ini....
#Ayahanda berbuka puasa di MasjidilHaram yakni di bahagian bawah masjid dalam tanah - perut masjid
# Seseorang anak arab yang comel menjemput ayahanda berbuka di safnyer..ayahanda menerima jemputannyer kemudian ayahanda memeluknye dengan mesra serta mencium nyer..Teringat ayahanda pada cucu cucu di Kelantan sebaya dengan Mahadi. Selepas Solat Mahgrib dian menunngu ayahanda dengan tujuh(7) bungkusan kurma yang separuh masak di isi di dalam beg ayahanda...
#Seharian hari pertama ayahanda di Masjid - beri iktikaf, Masjid ku, rumahku dan syurga ku...Hari kedua puasa ayahanda iktikaf di bahagian bawah masjid. Keadaan ayahanda yang sedikit lemah lemah dan sakit sedikit menyebabkan ayahanda tidak dapat menunaikan Umrah..
#Berjumpa dengan seorang Profesor dari Universiti Morroco ( Pengajian Islam) dan seorang pendakwah bebas dari kumpulan Ahmadiah United kingdom berpusat di Manchester kami cuma boleh berbincang ringkas tentang dunia islam akibat kesuntukan masa. Bahasa Arab dan English cukup penting untuk berkongsi ilmu dan pendapat dengan orang orang luar yang berpendidikan. Pesanan ayahanda, jangan lah malu dan segan untuk memperkenalkan diri , allah swt memberi ayahanda ilmu kenal diri seseorang..alahandulilah..

# Ayahanda doakan semua pembaca blog anakanda Manzlie mendapat peluang untuk datang berpuasa di Makkah. Kepada semua semua di doakan dalam penuh kecintaan allah...
# Kepada anak anak ayahanda di Malaysia ayahanda baru saja "top up" handset... akhir sekali..
kepada semua SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENJADI HAMBA ALLAH. Berpuasa di Makkah amat menakjubkan - tak rasa letih, tak lapar dan tak dahaga walaupun cuaca panas..

Wasalam dari ayahanda dan Bonda......

30 comments:

CM said...

salam,,,

Alhamdulillah...saya mendoakan ayahanda menjalani ibadah dengan sempurna,gembira dengan kesihatan yg mantap.Doa tulus ikhlas dari saya untuk ayahanda dan bonda.Ammiin ya rabbal Alaminn

Selamat berpuasa ayahanda dan bonda,yg sememangbya sangat bertuah dan menjadi pilihan Allah tahun ini.

Anonymous said...

Salam Ayahanda,

Alhamdulillah...semoga ayahanda & bonda terus sihat dan dapat menjalanit ibadah ramadhan dengan sempurna. seronoknye tengok bonda & ayahanda menhadi tetamu Allah selama lebih dr sebulan di sana.

Anonymous said...

kak mas...tahniah kembali membolot no.1 sebanyak 2 kali arini.....emmmm jenuh kita nak kejar raja pecut baru kita ..en rezeki.....emmmm kalau dapat potong raja pecut tu mmg rezeki kitaa laa pulakan.....ceyoooo kak mass...

rezeki said...

Salam CL,CM ,Hanis
Semoga ayahanda , bonda dan CL sentiasa dibawah kerahmatan dan perlindungan ALLAH SWT dapat menjalani ibadat puasa di Makkah dgn baik.
Spikan salam saya buat mereka berdua.
Alhamdulillah

silversarina said...

Saya mendoakan agar ayahanda dan bonda sentiasa sihat di sana dan dapat mengerjakan ibadah puasa dan umrah dengan penuh khusyuk InsyaAllah.

Untung dapat kenal CL yang baik hati dan rendah diri Alhamdulillah.

Ayah Zain said...

Salam CL

Wow, ratu trek.

alhamdulillah.

Anonymous said...

alhamdulillah..
krim slm kt ayahanda+bonda ek cik lie..
doa2 kn lh ktorg brpeluang jd tetamu Allah plk klu brkesempatn..

Imran Paris said...

Salam Ayahanda Bonda, terima kasih atas doa2 buat kami semua pengunjung PDKM. Semoga ayahanda bonda dapat keberkatan yang tidak terhingga beRamadhan di Tanah Suci. Saya baru je pulang dari terawih di surau Pak Arab....sebak membaca bingkisan Ayahanda....

Ayah Zain said...

Salam CL,

Nak cepat tadi tu. Saya juga mendoakan ayahanda bonda sentiasa sihat di Tanah Suci dan dapat mengerjakan ibadah umrah, puasa dan solat fardu di sana.

Suhu badan anak CZ masih tinggi, tp dia nak puasa juga hari ini. Itu semua ujian Allah moga dia tabah menghadapinya.

Kepada pemina PDKM kena minum banyak minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan kita tidak kekurangan (hidrasi) dalam bulan puasa ini.

KAMATO said...

Terima kasih catatan ini, tumpang syahdu, moga ayahanda di kurniakan kesihatan sepanjang berada di tanah suci

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

assalamualaikom,
pada semua pembaca blog anakanda Mazlie diucapkan selamat berpuasa.Terimakasih juga doa2 untuk
ayahanda dan bonda.

Pada malam ini ayahanda merayau seorang diri di Makkah ke jalan menuju ke Aziziyah.Dah 1.30 pagi selepas solat taraweh.Alhamdullillah berjumpa juga dengan internet cafe di Hotel Munasek.Dah hilang rasa ketageh di sini. Puas bertanya dalam bahasa inggeris dan bahasa arab yang broken.
Kekawan sebilik dah semua tidor.Bonda pun dah tidor.Tak sapa tau ayahanda ke sini.Hari puasa ketiga ayahanda seharian di Masjidil Haram.Pergi sebelum subuh dan balik selepas teraweh.Mencari ilmu mencari kawan baru mencari apa saja yang diredhoi Allah.

Dapat berjumpa Masyhor seorang penylidik agama Islam.Menurutnya kita orang Islam dah tak ada pemimpin.Ketua2 negara juga cetek tentang Islam.Masing2 tamak kuasa dan harta.Hujjah2nya cukup menarik,tapi itulah kami masing2 tak dapat bercakap panjang kerana waktu sembahyang.Beliau dari England.

Salam untuk semua pembaca blog dan anak2 ayahanda di Malaysia: Muhammad Mahyuddin,Muhammad Ikwan,Siti Salwa dan muhammad Ihsan.

Doa untuk semua semoga di cintai Allah sokmonya.

Azemi Ali said...

Salam CL dan Ayahanda,

Semoga CL dan ayahanda dikurniakan kesihatan yang sempurna untuk terus beibadah di Tanah Suci. Amin

Atikah said...

Salam...

Selamat menjalani Ibadah puasa buat ayahnda dan bonda.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat ayahnda dan bonda sepanjang mejalani ibadah di sana... Aminn

Leenoh said...

Salam Manzlie dan Sahabatku Nginap Srengenge dan Semua pembaca blog ini.
Bersyukur kepada Allah kerana anda diizinkan Allah utk berpuasa di sana. Itulah di antara kurniaan Allah yang teristimewa.
Doakan saya dan isteri ( Mohd.Ali dan Wan Tam ) untuk dapat ke Tanah Suci tahun hadapan utk mengerjakan haji.
Sekian.Wassalam

Leenoh said...

Memohon Maaf kerana tercicir perkatyaan sebenarnya "tolong doakan saya". (pembetulan)

Yem0805 said...

Salam Ayahanda dan Bonda,

Alhamdulilah semuga puasa dan umrah ayahanda dan bonda berjln dgn suasana kusyuk. Terima kasih juga doa2 ayahanda buat pengunjung PDKM.
Ayahanda dan Bonda jaga lah kesihatan di sana.

hilmyiskandar said...

Salam.

Dipanjatkan syukur utk. semua.....

Amin.

tq.

azlina said...

salam...
alhamdulillah...indah dan tenangnya kalau dapat berada di sana...
semuga kita semua di beri allah kesihatan yg baik dan dapat menjalani ibadah puasa dan sebagainya dgn sempurna..insyaallah

PINATBATE said...

Salam Cik Lie..
semuga bertambah ganjaran Ramadhan kerana memanjangkan silaturrahim sesama pembaca blog PDKM ini..

Salam Ayahanda dan Bonda..
mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan di sana.

taj said...

salam ayahanda dan semua,

tersentuh hati membaca bingkisan dr ayahanda,dan Taj berangan spt diri ini di sana...Ya Allah kau maha besar kau yg agung...
dan terimakasih atas doa2 ayahanda buat kami... insyaAllah akan kami menyusul...
sukran alhamdulillah

Ayah Zain said...

Salam CL dan ayahanda Nginap,

terharu anakanda membaca coretan ayahanda. Moga Allah memberkatinya. Ayahanda kena jaga kesihatan juga tu,, air dan tidor kena cukup juga tu.

Anakanda Zain mendoakan ayahanda dan bonda sentiasa sihat di Tanah Suci. Doakan anakanada agar dapat menuanaikan haji pada musim ini.

Imran Paris said...

En Li pohon laluan....

Taj...sebenarnya saya pun sama, tiap hari gi terawih di surau Pak Arab, saya berilusi berada di depan Baitullah...terasa diri teramat2 kecil, kecil sekecil kecilnya. Saya terfikir dlm jemaah yang tak 300 org pun saya dah rasa begitu, bgm agaknya perasaan Ayahanda, Bonda dan En Li kita berterawih dgn jutaan jemaah...masyaAllah.

Ayahanda, bonda, En Li....ucapan terima kasih atas doa2 yg dititipkan buat kami semua. Moga kita berjumpa di bumi yg penuh barakah hendaknya, insyaAllah

taj said...

salam Imran,

itulah kenikmatan yg Allah beri pd kita, pengalaman indah disana yg masih lagi lekat terpahat di sanubari, sampai boleh berilusi dan berangan spt di dalam majid haram...
Allah maha pengasih dan maha penyanyang...

Ayahanda, bonda dan CLie... doakan kami, semoga mendapat bahagian spt anda semua...amin

shami2 said...

Salam CL,
Salam juga untuk ayahanda dan bonda itu..semoga beroleh kesihatan yg baik, dapat beribadah dan menambahkan ilmu ...serta berukhwah sesama rakan seagama..di sana....
jangan lupa doakan anak2 di PDKM ini agar beroleh jua kejayaan di dunia dan akhirat..

kak jose said...

salam clie,
first and foremost nak ucap selamat menyambut ramadan al kareem kat cik lie n kawan2 kat pdkm ni.

pdkm dah semakin meriah sejak cik lie kembali ke mekah. banyak bingkisan2 yg menarik dapat di kongsi bersama.

buat ayahanda dan bonda, anakanda doakan supaya di kurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan disana.selamat berpuasa!dan semoga Allah swt sentiasa memberkati ayanda dan bonda berdua.amin.

kak jose said...

salam clie,
first and foremost nak ucap selamat menyambut ramadan al kareem kat cik lie n kawan2 kat pdkm ni.

pdkm dah semakin meriah sejak cik lie kembali ke mekah. banyak bingkisan2 yg menarik dapat di kongsi bersama.

buat ayahanda dan bonda, anakanda doakan supaya di kurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan disana.selamat berpuasa!dan semoga Allah swt sentiasa memberkati ayanda dan bonda berdua.amin.

ijoi said...

Ayahanda, bonda, Lie dll

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi anugerah dan rahmat-Nya kepada kita semua.

"Seseorang yg selalu mengerjakan ketaatan kpd Allah SWT, sudah tentu amat gembira dan ingin sekali menjadi manusia gembira, malahan terus bertambah kegembiraan dan sukacitanya itu sepanjang masa (atau lebih gembira lagi sekiranya dapat menambahkan amal solehnya)"

shami2 said...

Salam CL

Ayahanda & bonda anakanda minta izin tanya khabar ...kwan2

dah petang dah nih..tunggu N3 baru..saper ratu or raja pecut arini...

S said...

salam buat ayahnda dan bonda,

smoga kalian berdua sihat dan dapat menunaikan ibadat dengan sempurna dan diterima Allah hendaknya. amin.

Anonymous said...

salam buat cik lie dan ayahanda-bonda,

tersentuh benar hati membaca catatan ayahanda. terngiang suasana yg pernah di depan mata dua bulan lalu. indahnya, baunya, hawanya, desiran anginnya, bisikan kering dari gunung ganang berbatu, sapaan mesra burung-burung pagi, sungguh-sungguh diri ini berdoa agar dapat kembali menajdi tetamu di sana. Ya Rabb hamparkan perjalanan itu buat ku...